17 August, 2009

STATEMENT ORANG MABUK BOLEH PAKAI KE?

Gambar hiasan - Ini bukanlah gambar sesiapa - 'beer itu bukan arak', tetapi gambar orang utan yang sedang mabuk - gambar ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup dan yang telah mati bahkan juga mereka yang mati pucuk sekalipun.



Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya diberi penghormatan sewajarnya kerana kedudukan beliau yang sah sebagai Ketua Pembangkang dalam Perlimen Negara dan bukannya dianggap musuh yang mesti dimaki serta dicerca setiap masa. Demikian kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sepertimana dilaporkan oleh Harian Nasional Sinar edisi Ahad 16.8.2009 di MS N4.

Sungguh wajar saranan yang diberklan oleh Zaid itu, cuma yang tidak wajarnya adalah ianya diucapkan oleh seseorang yang seperti Zaid yang mungkin ketika mengucapkannya tidak dalam keadaan waras mungkin akibat isu ‘beer itu bukan arak’ sepertiamana fatwa yang diberikan oleh DAP Selangor. Dirasakan tidak juga wajar ucapan ini jika ditujukan kepada DS Anwar sebagai orang yang hendak diberikan penghormatan itu kerana rekod buruk DS Anwar juga menunjukkan beliau tidak menghormati pemimpin-pemimpin kerajaan selama ini dan sering menaburkan fitnah dan mencaci maki mereka.

Sungguh bijak dan licik permainan politik Pakatan Pembangkang namun rakyat semua sudah jemu dengan helah mereka yang sentiasa mengunakan neraca yang tidak pernah memberikan pertimbangan yang betul dan adil. Seperti biasa, jika pihak UMNO/BN melakukannya dianggap tidak wajar sedangkan perkara sama apabila dilakukan oleh pihak PR maka ianya adalah patut dan wajar.

Mereka inginkan DS Anwar dihormati sebagai Ketua Pembangkang tetapi apakah mereka serta DS Anwar sendiri menghormati DS Najib sebagai Pemimpin Negara? Jika kita mahu orang berlaku adil kepada kita, maka kita juga harus berlaku adil kepada orang lain. Saya tidak menganggap Datuk Zain tidak bijak ketika membuat kenyataan ini, tetapi saya cuma beranggapan bahawa beliau tidak waras atau mungkin dalam keadaan mabuk kerana isu ‘beer bukan arak’ yang dianggap sebagi perkara kecil oleh DS Anwar. Hukum Islam hanyalah permainan dan dianggap sebagai hanya suatu perkara kecil oleh pemimpin besar (cita-cita) ini.

3 comments:

Apache said...

semuanya giler dah...tak sedar percakapan dan perangai diri sendiri..kena batang idung masing-masing baru tahu

Unknown said...

semuanya giler dah...tak sedar percakapan dan perangai diri sendiri..kena batang idung masing-masing baru tahu<----termasuk ko sdiri..cakap boleh lah..

.@blogger.com said...

Salam,

Terima kasih komen terutama dari sdr Apache yang pastinya sedar apa yang diperkatakan. Kepada sdr alblanco, tentunya segala tuduhan sdr itu tidak termasuk diri sdr sendiri yang sangat mulia sebagai makhluk pilihan Allah, hehehe ~ bRAVEhEART

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...