13 January, 2010

Blogger Pahang

Logo Blogger Umno yang suam-suam kuku atau hangat-hangat tahi ayam



Merayau-rayau di internet dan saya menemui sebuah blog – www.pemuda-enggang.org Blog Pemuda Umno Malaysia Cawangan Jalan Enggang Bahagian Ampang. http://pemudaenggang.wordpress.com/senarai-blog-umno/ . Saya sangat menghargai usaha orang-orang kecil ini yang bercita-cita dan berhati besar dalam megumpul segala blog-blog yang mewakili Umno seluruh Malaysia. Tahniah dan syabas. Ada hampir 100 laman blog dari Umno bahagian dan Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri. Blog tokoh-tokoh Umno juga disenaraikan di situ. Saya jangka ada kira-kira hampir 200 laman blog yang dilink-kan dari situ. Semuga ‘Allah’ bukan ‘god’ akan membalas jasa dan usaha murni saudara ini.


Sebagai orang Pahang, saya tertarik untuk melihat blog Umno Pahang. Terdapat 4 blog yang dilink-kan disini:

Pahang :
Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang
UMNO Bahagian Kuantan
UMNO Cawangan Gambang, Paya Besar
Pemuda UMNO Cawangan Rumah Pangsa Alor Akar, Kuantan

Namun diantara 4 itu hanya Umno Cawangan Gambang, Paya Besar yang boleh di masukki walaupun tiada kandungan didalamnya. Yang lainnya hanya ada alamat dan tidak dapat dimasukki kerana blog berkenaan tidak ujud atau sudah hilang tenggelam. Saya teringat pada blog MB Pahang yang sudah lebih setahun tidak di-update. (Klik) Jauh bezanya dari blog MB Perak yang lebih berwawasan (klik)


Ini mengenai tidak peka atau memang pekak? Atau tak tau blog atau memang goblok? Atau yakin ampuh dan yakin pembangkang tidak mungkin akan mampu menawan Pahang dalam misi tawan Pahang pembangkang di PRU13 nanti?


Padakah ‘Small Talk’ dengan hanya purata pengunjung 30 orang sehari untuk menyebar maklumat Umno Pahang kepada rakyat dan pertahankan politik Pahang? (Pemilik blog telah membuang visitor counter-nya) Tak ada satu pun blog anak negeri Pahang dalam link diblog ini, diskriminasikah? Atau blogger Pahang lain tak layak kerana mereka hanya blogger jalanan? Bertuahlah blogger negeri-negeri lain! Blogger Umno Pahang yang dilatih dahulu bersembunyi dimana? Atau mereka itu jadi tentera kawad di raja saja?


Pemimpin Umno Pahang tak baca pun blog ni, jadi teguran ni sebenarnya bukanlah memberi apa-apa makna langsung.


~ bh/

5 comments:

Unknown said...

salam bloger pahang
dema orang pahang ni masih lagi tak
sedar zaman kegemilangan umno telah
brlalu .so orang umno pun rilek je... tunggu depa jadi macam ds khir toyo dan macam orang perak dan p pinang habis ditendang olih pihak pembangkang,saya tengok sepanjang jalan gambang penoh dgn kertas iklan ceramah pas, tapi umno senyap sunyi..habuk tarak
-anak perak dipahang

YANG GAMBI said...

Salam BH, inilah kalau tiada keihlasan menulis blog........ tiada upah tiadalah tulisan... hangat-hangat tahi ayam..... bila ada je perasmian VVIP,muncullahmacam cendawan blog UMNO..... lepas tu tenggelam...

Jeepers Creepers said...

aduh memalukan sungguh..UMNO bentong pun langsung tak ada aktiviti..sedih sedih

Jeepers Creepers said...

yang buat blog datok adnan itupun rasanya bukan dibuat sendiri. entah sapa sapalah yang buat.

bRAVEhEART said...

Salam YangGambi dan YB Raz,
Blogger Jalanan dan haprak seperti sdr berdua tidak langsung diberikan perhatian oleh Umno walaupun pada dasarnya sdr lebih komited dalam berblog. Umno akan memilih dari kalangan korni mereka sendiri untuk mengendalikan blog Umno masing-masing walaupun mereka itu tidak nampak jalan yang terang. Susahnya jika pemimpin dari kalangan yang pekak bukan peka ~ bh

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...