15 August, 2010

LANJUTAN: UMNO PAHANG ~ PERTEMUAN DENGAN TPM DAN SETUJU DS ADNAN TIDAK DIKEKALKAN

Isyarat penghargaan MB Pahang terhadap blogger






Berikut adalah sebahagian dari komen yang saya pilih untuk disiarkan sebagai posting kali ini.


Saya sedar posting begini tidak akan menambah jumlah pembaca kerana mereka tidak berminat untuk mebaca hal yang remeh temeh begini, namun saya lakukan ini dengan penuh tanggumgjawab. Supaya pihak yang berkenaan dapat membaca dan menyedarinya. Supaya pihak lain juga akan tahu dan dapat membuat pertimbangan siapa benar dan siapa salahnya.


Saya masih berpendapat bahawa jika orang yang bekenaan masih memimpin UMB Pahang, saya pasti madia sosial Pahang tidak akan kemana dan ;pihak pembangkang akan mengambil kesempatan dari kelemahan ini untuk kemenangan mereka dalam propaganda dalam PRU13 nanti.


Terima kasih kepada semua yang ikhlas memberikan komen mereka;





Blogger MymassaVoice said...
bro,
belajarlah dari pengalaman dulu. umno selangor, umno penang, umno kedah semuanya berpecah sampai ada yang tolong kempen poster dan video puak2 haram jadah pembangkang. skrg apa dah jadi? negeri tergadai kat cina lg! tolonglah stop
kan kerja sonsang nih! kalau kita tak puas hati pun usahakanlah dengan cara yang lebih bijaksana. bukan dgn cara memanjangkan lagi kempen pembangkang haram jadah kepada org lain!
August 13, 2010 3:25 PM
Delete
Anonymous Anonymous said...
Saudara Mymassavoice, 

Memang benar kalah pecah akan jatuh kpd pembangkang tapi sapa yg wujudkan perpecahan? Mengapa juak2 MB pilih bulu dlm soal blogger menyokong kerajaan?
Mungkin MB tak tahu tapi 'little napoleon' dia tau, diaorg yg decide sapa boleh dan sapa tidak boleh berjuang utk UMNO. UMNO akan hancur bukan kerana pembangkang kuat tapi UMNO banyak masalah dalaman.

Musa Kumil
August 13, 2010 11:04 PM
Delete
Blogger bRAVEhEART said...
Salam sdr. MymassaVoice, Malang awak tidak berada ditempat saya, dan malangnya awak juga tidak cukup bijaksana untuk selesaikan permasalahan ini dengan cara bijaksana dengan pemimpin yang tidak ada kebijaksanaan langsung. Pemimpin UMNO tidak pernah belajar untuk berubah. Kejatuhan Kedah bukan kerana pencacai UMNO tetapi kerana pemimpin UMNO yang lebih pentingkan diri masing-masing. Ingat, sedangkan Tun Mahathir sanggup mereka khianati, ini kan pula rakyat marhaen. Dan yang lebih penting adalah awak perlu belajar lebih banyak lagi sebelum cuba mengajar saya tentang pengkhianatan ini, bukan saya yang mengkhianatyi mereka tetapi mereka yang mengkhianati saya. Saya cadangkan awak diam saja kerana itu lebih baik untuk awak kerana pemimpin UMNO Pahang tidak pun merasakan ini sebagai ancaman dan awak pun bukan pemimpin UMNO Pahang. Just shut-up!
August 14, 2010 12:19 AM
DeleteAnonymous 
Anonymous sangkakala said...
Apa yang braveheart cakap itu betul. Dah banyak juga blog-blog bersuara sebelum ini. Bloggers jangan dikucai. Kalau dikucai tahulah akibatnya. Jangan atur bloggers seperti pemilihan umno kampung. Sebaliknya peranan pemimpin menerima semua tanpa ada usaha melaga. Ini tidak, gunakan bloggers baru untuk tibai orang lama buat apa?.
August 14, 2010 9:38 AM
Delete
Anonymous SPU said...
Salam Tuan,
Blogger generasi pertama Pahang tentu lebih faham mengenai segala yang berlaku. Kami masih berharap agar pihak UMNO Pahang mengambil tindakan yang bijak dan menyelesaikan kekusutan ini dengan segera kerana jika tidak ianya akan merugikan UMNO Pahang sendiri. Saya rasa bh tentu akan ingin bertolak ansur sekiranya penyelesaian ingin dicari dan sebagai seorang dari blogger generasi pertama Pahang saya juga rasa disisihkan selama ini dan saya rasa ramai lagi pihak yang merasakan demikian, seseorang harus berani bertanggungjawab atas apa yang mereka lakukan.
August 14, 2010 9:52 AM
Delete
Anonymous UMBJerantut said...
Cuba lihat apa sebenarnya yang berlalu sehingga blogger Pahang seperti Warisan pahang, Yanggambi,seratah, jurirakyat, musang tembaga dan banyak lagi sudah tidak lagi aktif berblog? Cuba tanya kenapa? Dan manakah blogger generasi kedua Pahang dari UMB Pahang? Ini semua kes mengenyangkan perut little napoleon tu saja..gamaknya..
August 14, 2010 9:59 AM
Delete
Anonymous
Anonymous Anonymous said...
Inilah jadinya bila kepimpinan UMNO Pahang meletakkan unit media/blogger di atas bahu org yg ada kepentingan... MB Pahang dan lain-lain pemimpin tidak pernah peka dgn blogger-blogger pro kerajaan... kalau ada yg ikhlas menulis, ada pihak yg menghentam, mengenepikannya.. kalau kita lihat, ketua UMB UMNO Pahang lebih byk menerajui golongan muda FB dgn cerita2 bertonyeh.....bukan nak menangkis tomahan pembangkang....
August 14, 2010 11:58 AM
Delete
Blogger bRAVEhEART said...
Salam,
Saya pernah menegur bahawa UMB Pahang dibawat Dato' Sam hanya memberi tumpuan kepada facebook semata-mata dan leka dengan rakan2 muda remaja dengan isu-isu yang menyukakan hati mereka sendiri saja. Saya melihat bahawa demi kemajuan UMB Pahang sesuatu harus dilakukan dan seseorang harus mengundurkan diri bila sudah tidak mampu berperanan dengan baik lagi.
August 14, 2010 12:08 PM
DeleteDelete
Anonymous Anonymous said...
Salam bro, ada beberapa perkara yg saya mungkin tidak setuju dgn cara tulisan tuan dlm blog.... itu ikhlas dari saya... tetapi dlm bab artikel ini saya setuju amat...banyak kebenarannya...

Saya teringat sewaktu menjadi peserta Konvokesyen UMNO Pahang di UITM Jengka yang lalu, kebetulan saya dipilih menjadi peserta dalam bengkel Unit Media baru.... disitulah saya lihat ada pihak yang berkepentingan untuk mengaburi mata MB Pahang serta Kepimpinan lain... dari tinjauan saya dalam dunia blog pro UMNO di Pahang, terlalu banyak blogger-blogger yang menulis secara ikhlas dan banyak yang terkenal, seperti tuan BH berserta sahabat2 blogger yanggambi, warispahang, YB Raz dan lain-lain yang menulis tanpa berhenti. Tetapi apa yang berlaku, penganjur bengkel lebih mengenengahkan blog Dtk Sam dan Dtk Shaharniza, walau ada dikalangan peserta bengkel menyebut2 nama blogger ini untuk dipaparkan..apa yang saya tahu dua orang ini sudah lama tidak menulis blog, kalau ada pun sekadar mempromot diri sendiri...

Inilah UMNO Pahang, sentiasa mencemburui akan kelbihan serta keikhlsan perjuangan orang lain...UMB yang diterajui Dtk Sam melalui FB,
cuba kita sama-sama tinjau betul-betul, apa mereka buat.....

Saya ada juga meniliti beberapa penulis blog yang dilahirkan oleh JASA Pahang, banyak saya lihat mereka menulis utk menangkis segala kemungkaran pembangkang, tapi langsung tiada keperhatinan UMNO pada mereka, malah saya pernah jumpa UMB Pemuda UMNO dalam FB menghentam, mengkritik JASA secara terbuka, sedangkan kita tahu dikalangan JASA boleh dikatakan 100% pegawainya lahir dari perut UMNO.....

Kalau inilah sikap kepimpinan UMB Pahang dibawah bosnya Dtk Sam, saya yakin Kepimpinan UMNO Pahang akan sentiasa dikaburi mata dengan kepincangan mereka.....

Saya pada mula tertarik dengan paparan-paparan blogger-blogger Pahang, tetapi mulai hari ini saya namapk ianya lebih kepada syok sendiri mengikut acuan Dtk Sam...tak salah kalau saya katakan kejatuhan Datuk Seri Adnan selaku Menteri Besar Pahang kerana sikap Datuk Sam selaku Setiausaha Politiknya..... Datuk Shakar juga syok sendiri dengan
gaya tersendiri, berlagak.......
August 14, 2010 2:42 PM
DeleteDeleteDelete
Blogger bRAVEhEART said...
Salam Anon 2:42,
Tuan telah menyatakan kebenarannya. Apakah ada sesiapa fikir bahawa saya sengaja ingin memburukkan dan meruntuhkan UMNO? Tetapi dalam masa sama pemimpin itu yang memimpin UMNO maka mereka patut diperbetulkan dengan apa cara sekalipun. Tahukah bahawa saya telah datang pada hari konvensyen bersama Parpukari dan Samsul @ Marahku bagi mencari perdamaian tetapi pihak satu lagi menolak dan melarikan diri. Dia sememangnya seorang pengecut, dan setelah itu saya sedar bahawa sememangnya UMB Pahang sudah tidak ingin memperbaiki keadaan ini dan akan terus menyalahkan saya. Tetapi saya akan tetap bersuara walau sebagai pembangkang sekalipun. Saya tidak akan berketuakan sipengecut sampai bila-bila pun dan saya akan terus menulis mengenai ini sehingga ianya berakhir. Blogger Megat Pisau juga telah menceritakan kepada saya apa sebenarnya yang berlaku didalam kursus blog yang UMB Pahang anjurkan dulu. Sebenarnya saya terhimpin diantara 2 kumpulan yang ingin berkuasa. Mungkin saya dianggap sebagai pro kepada satu kumpulan itu maka kumpulan yang satu lagi terus menyisihkan saya. Inilah buruknya politik dalam UMNO di Pahang. Suka atau tidak saya akan tetap bersuara dan terus menulis mengenainya dan mereka itu. Cuma saya harap mereka diluar
sana akan faham dimana kebenarannya ~ bh
August 15, 2010 5:24 AM

4 comments:

Ular Menyusur Akar said...

Lantak engkau oranglah. Orang lain semua dah masuk fasa bangkit, Pahang masih dengan isu kuasa. Patut negeri PM lebih aman. Sebaliknya kerana negeri PM lah masing-masing bersangka kuasa lobi melobi paling berkuasa.

agbr47: Kalau tak betul-betul, dengan-dengan PM sekali kalah PRU13.

Anonymous said...

Inin semua kerana Dato' Sam yg berpolitik dalam blogger. Ini juga kesalahan Dato ' Nan kerana mempercayai Dato' Sam yang tidak jujur dengannya. Biar Pahang tumbang dan ditawan pembangkang apa kita nak heran kerana pemimpin pun bukan benar2 sayangkan UMNO.

Peneroka Lepar Utara said...

Salam,
Memang patutnya gitu tapi inilah yg tak kena dengan MB yang sorang ni. Masalahnya dikeliling pinggang, susah nak selesaikan. Bayangkanlah tiap tahu bentang belanjawan defisit. Dia ni GU (Guru Besar) yang dok angkat jadi menteri besar tu wat apa. Mentalitinya tetap mentaliti Guru Besar bukan Menteri Besar

ababina328 said...

Sdr, bRAVEhEART,
satu je saya anak komplen tentang penulisan sdr ni....

Tulisannya halus sangat, sakit mata nak membacanya.....

Apa-apa pun teruskan usaha sdr utk membela kerajaan BN agar kekal selepas PRU13 nanti.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...