08 August, 2010

PERASMIAN PERKASA DAERAH NEGERI PAHANG DI JERANTUT







Saya akan kembali membongkar mengenai konspirasi blogger selepas ini, tetapi sekarang harus mengenai Perkasa kerana masih hangat.


Hari ini dimaklumkan bahawa Perkasa akan berada di Selangor bagi Program Pelancaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Daerah-daerah Peringkat Negeri Selangor. Jika diibaratkan melompat, sudah tentulah akan kepenatan Dato' Paduka Ibrahim Ali melompat dari sana kesini dan dari sini kesana. Namun kita percaya bahawa Dato' Ibrahim Ali dianugerahkan Allah sedikit kekuatan semangat untuk melompat-lompat.


Semalam 7hb Ogos bertempat di Jerantut, Pahang, Dato' Paduka Ibrahim Ali telah berkenan menyampaikan Watikah Perlantikan kepada Pengerusi-Pengerusi Perkasa Peringkat Daerah. Sebelumnya beliau merasmikan Pelancaran Perubumi Perkasa Malaysia Peringkat Negeri Pahang.


Dalam waktu yang singkat dipagi itu sempat juga saya berbual dengan Dr. Zubir Harun, YDP Perkasa Negeri Pahang merangkap Naib Presiden Perkasa dan dalam beberapa hal berkaitan politik semasa kami mencapai persetujuan. Malang bagi saya tidak dapat berbual lama dengan Dato' Paduka Ibrahim Ali kerana kesuntukan waktu masing-masing. Mungkin saya akan mencari peluang lain satu hari nanti.


Seperti semua sedia maklum bahawa Perkasa ditubuhkan atas keinsafan apabila melihatkan kuasa melayu terhakis dalam PRU12 lalu. Parti-parti yang dianggotai oleh kaum Melayu seperti UMNO dan Pas sudah tidak mampu bersuara demi memperjuangkan bangsa Melayu atas apa alasan sekalipun. Disinilah paksi kepada kekuatan pertubuhan Perkasa - memperjuangkan dan menyatukan bangsa.


Mereka dari Pas dengan sinis memandang Dato' Ibrahim Ali sebagai katak yang melompat tanpa arah tujuan sedangkan mereka dalam UMNO pula melihatnya sebagai katak yang ingin melompat masuk kembali kedalam kolam.


Namun saya melihat Dato Ibrahim Ali dengan pandangan yang positif. Kerana dikala Pas tenggelam dalam pelukan DAP dan diliwat olih PKR serta ketika UMNO yang sebagai jalang tuan menjaja diri dilorong-lorong belakang mengemis simpati ketika dibenci rakyat, Perkasa dahang dengan gagah dan suara lantangnya memperjuangkan sebuah bangsa bernama Melayu.


Saya tidak ingin berbicara terlalu banyak mengenai Perkasa kerana saya percaya semua sudah tahu dan faham mengenai asas-asas penubuhannya dan halatujunya. Saya sangat setuju dan menyokong penubuhan Perkasa ini selagi sasaran dan halatujunya untuk menyatukan bangsa Melayu yang sangat terkenal dengan susahnya untuk bersatu disamping selalu adanya pengkhianat yang akan menikam belakang.


Cuma, Perkasa harus benar-benar diperkasakan dengan jujur dan ikhlas. Jangan biarkan ada pihak yang mengambil kesempatan hanya untuk memperkosakan Perkasa, atau membiarkan Perkasa untuk diperkasamkan.


Didalam jawatankuasa pengurusan Perkasa disetiap peringkat, janganlah terlalu banyak orang-orang UMNO atau pemimpin-pemimpin atau bekas-bekas pemimpin UMNO yang memegang jawatan penting sehinggakan Perkasa dicop sebagai pendua kepada UMNO. Kerana ini akan menakutkan penyokong-penyokong Pas untuk menyertai Perkasa.


Perkasa janganlah dibiarkan dijadikan sebagai gudang barang-barang lusuh dengan menerima bekas-bekas pemimpin UMNO yang sudah tergelincir untuk mendapat peluang naik semula, jika ini terjadi rakyat juga akan benci. Perkasa harus bersihkan diri dari segala ini kerana jika ini dibiarkan terjadi, yang pasti Perkasa akan jadi Perkasam.


Kepada Dato' Ibrahim Ali @ Tok Him, Dr. Zubir dan YDP-YDP Perkasa Negeri-Negeri serta Pengerusi-Pengerusi Perkasa Daerah-Daerah saya ingin sekali lagi mengingatkan agar jangan biarkan dijadikan Perkasa ini sebagai gudang barang-barang lusuh, sebaliknya pastikanlah supaya ianya benar-benar akan berupaya menyatukan umat Melayu kerana inilah harapan terakhir bagi bangsa Melayu....


Kerana apa yang saya lihat Perkasa adalah klon kepada UMNO dan tempat orang UMNO yang dah tersungkur untuk memanjat semula. Boleh Dato' Ibrahim Ali katakan ini tidak berlaku? Hehehe....lompat lagi Dato'...lompat...lompat..!!



6 comments:

denai semantan said...

Jika Perkasa berjaya membuat penyatuan keatas bangsa Melayu,. apa releventnya parti UMNO lagi.. bubarkan saja UMNO/APCO itu,..muaaaaaaahh

MESAFIR said...

AKU PUN FIKIR MACAM KAU FIKIR DENAI, BUBAR AJE UMNOAPCO TU.

Anonymous said...

Ya, aku pun setuju juga tetapi terlebih dahulu bubarkan PKR dan Pas yang menjdai balaci DAP dan penghisap konek tak berpotong DAP itu, hehehe

pandikar mustar pinang dua batang said...

umno bukan saja akan bersaing dgn pas.....tapi jika perkasa di daftarkan sebagai sebuah parti politik.....camne umno nanti.....pas dah memang ada penyokong setia.....org umno akan lari ke perkasa ke nanti.....sebab perkasa tu lahir dari kentutnya umno

bRAVEhEART said...

Salam,
Perkasa adalah badan NGO dan bukan parti politik seperti Pas dan UMNO. Jadi membubarkan UMNO bahkan Pas sekalipun kerana adanya Perkasa adalah diluar tajuk. Kenapa susah sangat Melayu hendak bersatu? Cina mampu bersatu dalam menentukan undi mereka tanpa membubarkan MCA,DAP dan Gerakan pun. Apakah Denai Semantan dan Mesafir adalah Si-Kitol abad ini?

Pendikar Pinang 2 Buitr said...

Pendikar Mustar juga mesti ingat bahawa Pas itu juga lahir sebagai najis UMNO apabila golongan yang mengaku dan merasai mereka ulamak tidak mendapat tempat dalam jawatan politik. Jadi segalanya hanya berkenaan dengan kuasa dan pangkat, kerana tu sehingga kini Pas rela perjudikan Agama semata2 untuk mendapat kuasa. Pas rela menghidu kentut DAP bahkan memberikan bontot kepada PKR hanya kerana kuasa.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...