14 August, 2010

UMNO PAHANG ~ PERTEMUAN DENGAN TPM DAN SETUJU DS ADNAN TIDAK DIKEKALKAN



Beginilah foto dari sebuah blog dari pembangkang, apa yang UMB dan Biro ICT Pahang mampu lakukan? Atau memang mereka pun ada agenda tersembunyi untuk tidak menjaga tuannya?




Entah kali yang keberapa, namun saya tidak akan jemu mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Pahang Daily Online, (klik sini) portal berita pembangkang yang peka dan memberikan respon kepada tulisan di blog bh selama ini. Blogger pro kerajaan (?) lebih dihargai (portal blog) pembangkang dari kerajaan sendiri(?).


Membaca posting di PDO, dalam banyak hal nampaknya PDO bersetuju dengan bh bahawa; UMB Pahang tidak berfungsi sama sekali selama ini. Blogger upahan kerajaan Pahang juga tidak memainkan peranannya (melainkan atas kepentingan sendiri dengan sering menghentam DS Najib dalam tulisannya). Blogger yang dikursuskan oleh UMB Pahang dan Biro ICT UMNO Pahang masih belum mampu menulis blog sedangkan penganjurnya sudah 'montek' kekenyangan. UMNO Pahang tidak peka dan tidak pendulikan Media Sosial di Pahang kerana mereka sendiri masih buta IT ( dalam masa sama penyokong pembangkang sibuk menghentam mereka di blog dan facebook)


Nampaknya PDO dan banyak pihak lagi bersetuju bahawa MB Pahang tidak lagi perlu dikekalkan menjelang PRU13 nanti, berikut kegagalannya menjana ekonomi negeri selama ini. (Sering membentangkan belanjawan defisit). Harap pemimpin UMNO pusat sudah mendapat isyarat yang sangat jelas dari rakyat marhaen. Baca disini dan disini juga.


13/8/10
2:36pm

19 comments:

MymassaVoice said...

bro,
belajarlah dari pengalaman dulu. umno selangor, umno penang, umno kedah semuanya berpecah sampai ada yang tolong kempen poster dan video puak2 haram jadah pembangkang. skrg apa dah jadi? negeri tergadai kat cina lg! tolonglah stop kan kerja sonsang nih! kalau kita tak puas hati pun usahakanlah dengan cara yang lebih bijaksana. bukan dgn cara memanjangkan lagi kempen pembangkang haram jadah kepada org lain!

MymassaVoice said...

bro,
belajarlah dari pengalaman dulu. umno selangor, umno penang, umno kedah semuanya berpecah sampai ada yang tolong kempen poster dan video puak2 haram jadah pembangkang. skrg apa dah jadi? negeri tergadai kat cina lg! tolonglah stop kan kerja sonsang nih! kalau kita tak puas hati pun usahakanlah dengan cara yang lebih bijaksana. bukan dgn cara memanjangkan lagi kempen pembangkang haram jadah kepada org lain!

Anonymous said...

Saudara Mymassavoice,

Memang benar kalah pecah akan jatuh kpd pembangkang tapi sapa yg wujudkan perpecahan? Mengapa juak2 MB pilih bulu dlm soal blogger menyokong kerajaan? Mungkin MB tak tahu tapi 'little napoleon' dia tau, diaorg yg decide sapa boleh dan sapa tidak boleh berjuang utk UMNO. UMNO akan hancur bukan kerana pembangkang kuat tapi UMNO banyak masalah dalaman.

Musa Kumil

bRAVEhEART said...

Salam sdr. MymassaVoice,
Malang awak tidak berada ditempat saya, dan malangnya awak juga tidak cukup bijaksana untuk selesaikan permasalahan ini dengan cara bijaksana dengan pemimpin yang tidak ada kebijaksanaan langsung. Pemimpin UMNO tidak pernah belajar untuk berubah. Kejatuhan Kedah bukan kerana pencacai UMNO tetapi kerana pemimpin UMNO yang lebih pentingkan diri masing-masing. Ingat, sedangkan Tun Mahathir sanggup mereka khianati, ini kan pula rakyat marhaen. Dan yang lebih penting adalah awak perlu belajar lebih banyak lagi sebelum cuba mengajar saya tentang pengkhianatan ini, bukan saya yang mengkhianatyi mereka tetapi mereka yang mengkhianati saya. Saya cadangkan awak diam saja kerana itu lebih baik untuk awak kerana pemimpin UMNO Pahang tidak pun merasakan ini sebagai ancaman dan awak pun bukan pemimpin UMNO Pahang. Just shut-up!

uRag dRrulug said...

Salam,
Kami faham keadaan sdr bh selama ini dan kam tau apa yg berlaku tetapi mungkin mymassa voice tidak faham sama sekali. Parpukari dan Syamsul marahku lebih tahu dan sudah tentu D' Sam sangat tahu tetapi cuma mendiamkan diri, ingat ini akan menjadi barah nanti...

Anonymous said...

mymassavoice,

Yang awak sulur leher campur ni kenapa? kalau tak berapa tahu jangan campor, buat hal sendiri dah.

Awak tau tak, kerja tok nan dan tok sangkar buat ini nak ruyupkan pahang? sebab itu di tegur.

Saya nak tanya saudara, kalau ahli-ahli umno itu mereka devide and rules tak apa.Biasalah orang politi. Tapi jika bloggers dipecah belahkan macam mana?

sangkakala said...

Apa yang braveheart cakap itu betul. Dah banyak juga blog-blog bersuara sebelum ini. Bloggers jangan dikucai. Kalau dikucai tahulah akibatnya. Jangan atur bloggers seperti pemilihan umno kampung. Sebaliknya peranan pemimpin menerima semua tanpa ada usaha melaga. Ini tidak, gunakan bloggers baru untuk tibai orang lama buat apa?.

SPU said...

Salam Tuan,
Blogger generasi pertama Pahang tentu lebih faham mengenai segala yang berlaku. Kami masih berharap agar pihak UMNO Pahang mengambil tindakan yang bijak dan menyelesaikan kekusutan ini dengan segera kerana jika tidak ianya akan merugikan UMNO Pahang sendiri. Saya rasa bh tentu akan ingin bertolak ansur sekiranya penyelesaian ingin dicari dan sebagai seorang dari blogger generasi pertama Pahang saya juga rasa disisihkan selama ini dan saya rasa ramai lagi pihak yang merasakan demikian, seseorang harus berani bertanggungjawab atas apa yang mereka lakukan.

UMBJerantut said...

Cuba lihat apa sebenarnya yang berlalu sehingga blogger Pahang seperti Warisan pahang, Yanggambi,seratah, jurirakyat, musang tembaga dan banyak lagi sudah tidak lagi aktif berblog? Cuba tanya kenapa? Dan manakah blogger generasi kedua Pahang dari UMB Pahang? Ini semua kes mengenyangkan perut little napoleon tu saja..gamaknya..

Anak Pahang Jati said...

Salam. Saya percaya bh masih ada pertimbangan, cuma pihak berkenaan harus juga boleh bertolakansur dengannya. Jika wang bukan ukuran kenapa tidak datang dengan pendekatan memberikan penghargaan berupa jawatan dalam UMB Pahang atau Biro ICT itu sendiri. Namun pasti masih ada jalan untuk mengendurkan ketegangan dan terpulang kepada pemimpin UMNO Pahang sendiri, jika bukan Dato Sharkar atau Dato Samsuddin, mungkin MB sendiri perlu lakukan sesuatu dan tidak lagi mempercayai orang kanannya yang mungkin ada niat lain.

Anonymous said...

Inilah jadinya bila kepimpinan UMNO Pahang meletakkan unit media/blogger di atas bahu org yg ada kepentingan... MB Pahang dan lain-lain pemimpin tidak pernah peka dgn blogger-blogger pro kerajaan... kalau ada yg ikhlas menulis, ada pihak yg menghentam, mengenepikannya.. kalau kita lihat, ketua UMB UMNO Pahang lebih byk menerajui golongan muda FB dgn cerita2 bertonyeh.....bukan nak menangkis tomahan pembangkang....

bRAVEhEART said...

Salam,
Saya pernah menegur bahawa UMB Pahang dibawat Dato' Sam hanya memberi tumpuan kepada facebook semata-mata dan leka dengan rakan2 muda remaja dengan isu-isu yang menyukakan hati mereka sendiri saja. Saya melihat bahawa demi kemajuan UMB Pahang sesuatu harus dilakukan dan seseorang harus mengundurkan diri bila sudah tidak mampu berperanan dengan baik lagi.

maranUMNO said...

semua ini adalah kisah cinta tiga segi PHD, pahang dibawah dato' nan telah berjaya dipertahankan dari gelombang pembangkang, nak jadi MB, caranya adalah jatuhkan dato' nan, cucuk situ cucuk sana, upah blogger tu bayar penulis ni, kalau pahang jatuh selepas dato' nan dijatuhkan jgn salahkan sesiapa.
HIDUP DATO' NAN.

pembangkangMaran said...

Hahaha, UMNO Maran. Ini juga cerita cinta tiga segi - ampu sana ampu sini dan dapat kenyang dan burrppp sendiri. Berapa projek awak dapat kerana kuat ampu nampaknya, bila dia jatuh nanti awak akan ampu orang lain pulak kan?

Anonymous said...

Salam bro, ada beberapa perkara yg saya mungkin tidak setuju dgn cara tulisan tuan dlm blog.... itu ikhlas dari saya... tetapi dlm bab artikel ini saya setuju amat...banyak kebenarannya...

Saya teringat sewaktu menjadi peserta Konvokesyen UMNO Pahang di UITM Jengka yang lalu, kebetulan saya dipilih menjadi peserta dalam bengkel Unit Media baru.... disitulah saya lihat ada pihak yang berkepentingan untuk mengaburi mata MB Pahang serta Kepimpinan lain... dari tinjauan saya dalam dunia blog pro UMNO di Pahang, terlalu banyak blogger-blogger yang menulis secara ikhlas dan banyak yang terkenal, seperti tuan BH berserta sahabat2 blogger yanggambi, warispahang, YB Raz dan lain-lain yang menulis tanpa berhenti. Tetapi apa yang berlaku, penganjur bengkel lebih mengenengahkan blog Dtk Sam dan Dtk Shaharniza, walau ada dikalangan peserta bengkel menyebut2 nama blogger ini untuk dipaparkan..apa yang saya tahu dua orang ini sudah lama tidak menulis blog, kalau ada pun sekadar mempromot diri sendiri...

Inilah UMNO Pahang, sentiasa mencemburui akan kelbihan serta keikhlsan perjuangan orang lain...UMB yang diterajui Dtk Sam melalui FB, cuba kita sama-sama tinjau betul-betul, apa mereka buat.....

Saya ada juga meniliti beberapa penulis blog yang dilahirkan oleh JASA Pahang, banyak saya lihat mereka menulis utk menangkis segala kemungkaran pembangkang, tapi langsung tiada keperhatinan UMNO pada mereka, malah saya pernah jumpa UMB Pemuda UMNO dalam FB menghentam, mengkritik JASA secara terbuka, sedangkan kita tahu dikalangan JASA boleh dikatakan 100% pegawainya lahir dari perut UMNO.....

Kalau inilah sikap kepimpinan UMB Pahang dibawah bosnya Dtk Sam, saya yakin Kepimpinan UMNO Pahang akan sentiasa dikaburi mata dengan kepincangan mereka.....

Saya pada mula tertarik dengan paparan-paparan blogger-blogger Pahang, tetapi mulai hari ini saya namapk ianya lebih kepada syok sendiri mengikut acuan Dtk Sam...tak salah kalau saya katakan kejatuhan Datuk Seri Adnan selaku Menteri Besar Pahang kerana sikap Datuk Sam selaku Setiausaha Politiknya..... Datuk Shakar juga syok sendiri dengan gaya tersendiri, berlagak.......

one one no belen said...

Salam.Pemimpin pemimpin UMNO sekarang sudah terlalu bangsat.sudah tak dapat nak diubahkan lagi.Jatuhkan aje pemimpin pemimpin yang bangsat ni dulu jika kita nak kuatkan UMNO.selagi ramai pemimpin pemimpin yang bangsat masih lagi jadi calon.selagi tu lah UMNO tak akan kuat

Ampuno said...

Tunggulah saat kejatuhan UMNO seterusnya

Godisuno said...

Kuasa boleh sebabkan sengketa. Bila merasa kuasa, mereka mahu tambahkan lagi kuasa. Kuasa akan menyebabkan mereka hilang kewarasan. Kuasa akan menghasilkan harta. harta akan menggodam nafsu supaya menambahkan harta lagi. Keikhlasan perjuangan akan hilang dari minda. Yang ada hanya kuasa, harta dan nafsu. maka mereka bermuka-muka. Berlagak suci demi harta dan kuasa yang diperkuda oleh nafsu. Manakah perjuangan sebenar untuk rakyat? perjuangan yang ditunjukkan kepada awam hanyalah bermuka-muka...yang nyata mereka mengejar harta dan kuasa.

bRAVEhEART said...

Salam Anon 2:42,
Tuan telah menyatakan kebenarannya. Apakah ada sesiapa fikir bahawa saya sengaja ingin memburukkan dan meruntuhkan UMNO? Tetapi dalam masa sama pemimpin itu yang memimpin UMNO maka mereka patut diperbetulkan dengan apa cara sekalipun. Tahukah bahawa saya telah datang pada hari konvensyen bersama Parpukari dan Samsul @ Marahku bagi mencari perdamaian tetapi pihak satu lagi menolak dan melarikan diri. Dia sememangnya seorang pengecut, dan setelah itu saya sedar bahawa sememangnya UMB Pahang sudah tidak ingin memperbaiki keadaan ini dan akan terus menyalahkan saya. Tetapi saya akan tetap bersuara walau sebagai pembangkang sekalipun. Saya tidak akan berketuakan sipengecut sampai bila-bila pun dan saya akan terus menulis mengenai ini sehingga ianya berakhir. Blogger Megat Pisau juga telah menceritakan kepada saya apa sebenarnya yang berlaku didalam kursus blog yang UMB Pahang anjurkan dulu. Sebenarnya saya terhimpin diantara 2 kumpulan yang ingin berkuasa. Mungkin saya dianggap sebagai pro kepada satu kumpulan itu maka kumpulan yang satu lagi terus menyisihkan saya. Inilah buruknya politik dalam UMNO di Pahang. Suka atau tidak saya akan tetap bersuara dan terus menulis mengenainya dan mereka itu. Cuma saya harap mereka diluar sana akan faham dimana kebenarannya ~ bh

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...