1. Nik Aziz jangan pura-pura tidur atau tertidur. Jangan pura-pura pengsan atau terpengsan. Atau jangan pura-pura..............! PRU semakin hampir dan rakyat mahukan segala janji ditunaikan atau setidak-tidaknya berikan rakyat bayangan bahawa kerajaan Pas Kelantan sedang berusaha bersungguh-sungguh mengkotakan janjinya.
2. Ini mengenai janji membina Lebuhraya yang menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai. Konon nak bina Lebuhraya Tanpa Tol. Namun derma dari rakyat sudah dipungut dengan memberi janji syurga kepada penderma. Jikalaulah berbayar bukanlah percuma, cuma berbeza diantara prepaid dengan postpaid. (Baca Sini)
3. Rakyat masih belum mendengar berapakah jumlah kutipan yang telah dapat dikutip. Segalanya mesti dibentangkan kepada umum bukannya senyap sesama mereka sendiri sahaja. Kita bimbang apa yang telah terjadi dengan Tabung Memali dulu akan berulang kembali. Mat 'Sapu' masih ada lagi....kenangan dengan Normah masih teringat-ingat....masih berbau...tidak mustahil sejarah lama diulang semula. (Klik Sini)
4. Sikap para pemimpin Pas serta pengikutnya sudah kita ketahui sejak lama. Segalanya hanyalah lakonan semata-mata. Kononnya zuhud dan yang nampaknya alim namun segalanya hanyalah sendiwara belaka. Mereka sentiasa menganggap diri mereka lebih baik dari orang lain, menganggap agama mereka lebih baik dari agama orang lain. Benarlah bahawa mereka itu mewarisi ciri-ciri puak khawarij. (Baca Sini)
5. Jika Nik Aziz bukan mengejar dunia, sudah lama beliau bersara dari politik. Nik Aziz juga sudah lupa pada janjinya untuk bersara apabila Tun Mahathir bersara, namun sampai langit hampir runtuh dia tetap ingin berkuasa. Nik Aziz sudah tua, sudah penat, sudah tiada berdaya, sudah lupa dan sudah nyanyuk. Eloklah berundur. Kesihatan pun bukan bertambah baik tetapi bertambah buruk.
1 comment:
Awang Liku Said:
Pas PECAH tanah BN TOLAK tanah!
Post a Comment