Suara Anak Pahang - Perlu Baca

12 April, 2010

HANGAT POLITIK PAHANG - SIAPA SELEPAS INI?

Hiasan: Gambar ini saya ambil dari sebuah laman blog yang jarang dikunjungi,
namun saya menyukainya kerana inilah suara rakyat yang jarang sesiapa ingin mendengarnya.



Ari ni kawan nak tulis pasal komen di blog ini. Macam biasalah dalam kehidupan, ande yang suka dan ande yang tak suke. Koi nok buat guane kan? Komen di posting koi semalam begini:

Anonymous said...

BH,

Sudah lah tu. Posting yang baik je. Bangkit sampai anak cucu, bimbang ye. Dulu bagaimana, mu juga menjilat. Kalau tak dipeduli, merajuk. MB kamu tu banyak jasa nya, dia yang dulu mengadakan beri sumbangan kepada anak negeri mu masuk pengajian tinggi dan bantuan kepada oku dan miskin dsb nya, selangor dan PP tiru model beliau. Itu fakta kan.

April 11, 2010 3:36 PM

Delete

Anonymous aku cucu mamak kutty said...

syabas kau semakin berani menegur demi kebenaran.....tegur kl;u yg tak betul....tapi bukan memfitnah....u are a braveheart.....

April 11, 2010 4:49 PM

Delete

Berbeza amat antara dua tu. Ande yang suruh posting yang baik je. Maknanya puji je lah MB kita ni. Tapi itulah yang selama ini merosakkan UMNO bila pemimpinnya dikelilingi oleh pengampu. Apa kita tak amboh sedor lagi?

Cucu Mamak Kutty ni sedara lama koi sebelum ni, mase ni dia dah ke sebeloh sanun, mengikut PKR. Itu hak dia, suke ati dia lah. Dia selalunya mengutuk koi, tapi kali ni memuji pulok, apa dia ingat koi kembang buntut bila ken puji macam tu?

--------------------


Koi terbaca sebuah blog dari Jerantut (sini) Tajuknya sungguh sensasi: Politik Pahang – Siapa Layak Ganti Adnan? Koi nak ‘copy’ sebahagian, yang lebih tu aok kena baca diblog berkenaan;

Beberapa buah blog menulis mengenai MB Pahang dan membuat provokasi dengan menyatakan bahawa beliau bakal dibawa ke pusat sebagai sebahagian dari usaha menyingkirkan beliau dari kerusi empuk MB Pahang.


Antara isu penting yang dimainkan adalah berkenaan belanjawan defisit selama 10 tahun memerintah dan beberapa saman terhadap kerajaan oleh beberapa syarikat sama ada yang terlibat dengan pemberian kawasan pembalakan dan yang terlibat dengan projek perladangan hutan di negeri Pahang……

Berikut laporan kelemahan pengurusan dan permasalahan saman oleh syarikat-syarikat perladangan dan pembalakan terhadap kerajaan Pahang di blog-blog berkenaan, membuatkan reputasi DS Adnan tercalar. Tambahan pula Pas Pahang telah menjadikan isu itu sebagai modal politik bagi menjayakan visi menawan Pahang di PRU13 nanti. Maka terpaksalah Dato’ Samsuddin Nawawi sebagai Tok Gending berhempas pulas (berpera-pera) menjawab isu berkenaan dan mempertahankan bos nya di blog ‘Small Talk’ nya. Kemana agaknya blogger-blogger UMNO yang Dato’ Sam hantarkan berkursus dulu? Masih belum matang lagikah? Atau mereka itu hanya mampu jadi pesilat pulut? Hehe. Blogger-blogger jasa yang sudah kecewa pun turut membisu agaknya. Akhirnya tinggallah Tok Gending dengan’Big Talk @ Mouth’ nya. Mudah-mudahan Tok Gending ini akan menjadi contoh pemimpin yang berjaya walau tanpa pengikut. Mudah-mudahanlah – huhu!

Blog Rujukan:

http://merdekareview.com/bm/news.php?n=10480

http://nuraflah.blogspot.com/2009/12/awat-jadi-lagu-ni.html

http://gomalaysian.blogspot.com/2009/12/beri-laluan-kepada-orang-najib-adnan.html

Ada dua komen dari posting tu, koi salin juga dibawah ni;

Blogger ababina 328 said...

Perihal DS Adnan boleh bertahan selama 10 tahun di jawatan MB nya, sedangkan reputasinya tidaklah sebagus mana, adalah banyak bergantung kepada sesanggup mana seseorang MB Pahang itu mengizinkan dirinya di peralatkan oleh pihak-pihak tertentu.

Sebagai contoh, Kita di Pahang pernah mempunyai seorang MB paling bagus di Malaysia, iaitu jika diukur terhadap jasa dan kesanggupan dirinya menjadi lilin kepada rakyat bawahan, tetapi beliau hanya boleh bertahan selama 3 tahun sahaja.

Orang yang saya maksudkan ialah Allah Yarham Datuk Abdul Rahim Bakar.

Rupanya orang bagus seperti ini tidak boleh bertahan lama, tetapi sebaliknya orang seperti DS Adnan Yaakob boleh pula bertahan selama 10 tahun.....

Begitulah adat berpolitik di Negeri Pahang.............

December 11, 2009 9:35 AM

Blogger MANTRA said...

Tok Gending memang sentiasa dengan big talknya... maklumlah hayat dah di hujung tanduk!!!

Tok Gending memang mahir dengan personality assasination... sesiapa yang baru kenal beliau akan terpesona dengan gaya warlordsnya... tapi sesiapa bijak akan dengan mudah terbau langkah serba sumbangnya.

Kejatuhan Tok Nan adalah disebabkan bencinya mereka kepada Tok Gending... lebih sudu dari kuah!!!

Lihat saja bila Tok Gending berFB, memang memalukan... inikah orang harapan MB Pahang???

December 12, 2009 9:50 PM

------------------

Minat saya (dulu) cuma satu saja dan dah saya nyatakan dengan jelas dahulu. Ingin melihat blogger-blogger penyokong kerajaan di Pahang ini disatukan dan diberikan perhatian serta diberikan kesempatan dan peluang untuk bersama-sama membantu mengembangkan ‘media sosial’ di Pahang.

Suara kami tidak pernah didengar. Blog seperti ini tidak pernah dibaca oleh MB, setpolnya pun tidak akan peduli. Kita tulis apapun, mereka kita akan membacanya, jadi kenapa ada yang meminta saya berhenti? Kenapa harus dipeduli?

Saya akan terus menulis, bersuara. Saya akan meneruskannya sehingga suara saya didengari. Masalah dengan pemimpin ini adalah mereka menganggap mereka dari golongan bangsawan dan kita adalah golongan marhaen. Apa yang mereka lakukan semuanya betul dan kita semuanya salah.

Saya dah suarakan tidak puas hati saya beberapa kali namun adakah ‘mereka’ peduli? Wajarkan ‘dia’ menyampaikan melalui orang lain meminta saya berhenti? Tidak usahlah bimbang kerana tulisan saya ini tidak akan memberikan apa-apa kesan dan tidak akan menjejaskan apa-apa. Siapa yang peduli pada blog jalanan seperti ini?


Baca sini mengenai seorang menteri yang sombong dan penakut juga, diambil dari sini.


4 comments:

Anonymous said...

ada typo error pada link kat atas.

(Klik ke blog berkenaan)<--sepatutnya .com bukan .coml

sila check trimas.. :)

bRAVEhEART said...

Salam, terima kasih memaklumkan dan saya sudah perbetulkan.

aku cucu mamak kutty said...

aku kutuk bila tak betul...tapi bila betul aku kena sokong....kita kena ada pendirian...kita jgn hipokrit....berani kerana benar dan takut kerana salah....kah kah kah....saudara ku braveheart ...kamu sudah berani berkata demi kebenaran....aku tabik sama brave heart....kah kah kah kita kawan dan lawan di alam siber.....JGN LE KAMU BENCI SESEORANG ITU DGN SEBENCI2NYA,MUNGKIN SATU MASA KAMU AKAN SAYANG PADANYA........JGN LE KAMU SAYANG SESEORANG ITU DGN SESAYANG2NYA,MUNGKIN SATU HARI NANTI KAMU AKAN MEMBENCINYA.....KAH KAH KAH......

menyegar said...

Salam cucu mamak kuti.So kalau pemimpin UMNO tak betul boleh kita hentam yek? kalau pemimpin pas or pkr salah kita kena kata dia betul aje ek? tak boleh hentam?

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...