Suara Anak Pahang - Perlu Baca

18 April, 2010

PRK094, PENGUNDI TAU NAK PILIH SIAPA!

Satu Poster yang tidak akan kita lupakan selamanya


Bukan main marah nampaknya 'budak-budak kencing bercabang' tu pada bRAVEhEART, hehehe! Lagi marah lagu aku suka, huhu! Bermakna minda dia telah dipengaruhi. Bagus!, bagus! Kalau menyokong Pas dan PKR tu, eloklah berubah kepada BN dan UMNO. Tak salah kalau berubah dan tak malu pun kalau terpaksa berubah. Tidak-tidak pun ingat dan kenanglah jasa BN dan UMNO selama ini. Biasiswa dah bayar? Opppp!! Hehe!

Hari ini Ahad, cuti. Jadi malas cakap banyak. Tapi masih tentang Hulu Selangor sebab cerita itu masih panas dan sedang panas. Karipap pun orang nak makan yang panas-panas, hehe! Karipap........teringat pada 'Mokhtar', 'Are you OK?', Hehe!

Ni saya nak 'link'kan blog sahabat saya 'Marahku'. Dia ni memang selalu marah-marah dan sentiasa marah. Semasa kami bertemu di Jengka dulu, dia dan Parpukari bukan main marahkan 'Tun Faisal' mengenai suatu hal.

Pada hari penamaan calon ada 4 calon yang sah bertanding dalam PRK094 berkenaan. Antaranya adalah P.Kamalanathan (MIC/BN), Zaid Ibrahim (PKR), VS Chandran dan Johan Mat Diah (Bebas).

Apakah alasan kita untuk memilih? Parti? Bangsa dan Agama? Anak Tempatan? Hmmm! Mari kita fikirkan.

Kalau pilih parti, parti yang telah berjasa selama lebih 50 tahun kepada mak bapak kita dan kita sendiri adalah BN/MIC. Jadi kita pilihlah P.Kamalanathan.

Kalau pilih Bangsa dan Agama, Johan Mat Diah mungkin lebih baik dari Zaid Ibrahim yang dah banyak dosa politiknya (dan dosa-dosa lainnya juga) . (Klik baca sini) dan (sini)

Kalau pilih anak tempatan 3 calon adalah anak tempatan kecuali Zain Ibrahim, jadi jangan pilih Zaib Ibrahim kerana dia bukan anak tempatan.

Konklusinya; pilihlah P.Kamalanathan kerana; 1) Beliau dari parti BN/MIC yang telah banyak berjasa kepada rakyat dan parti yang menyakinkan dalam memberikan perkhidmatan dan pembangunan mampan kepada rakyat dan negara. 2) Walaupun beliau beragama Hindu (?), namun mungkin dia berpegang teguh kepada Agamanya dan dalam Agamanya tidak menyalahkan meminum minuman keras sedangkan calon yang seorang itu walaupun beragama Islam tetapi khabarnya tidaklah terlalu teguh berpegang ditali Allah. 3) Beliau adalah anak tempatan yang hati dan jiwanya berjuang untuk masyarakat setempat kerana perjuangan itu juga adalah untuk ibu-bapanya serta sanak saudaranya sendiri.

Hari Ahad, selamat berhari minggu dan rehat-rehatkan fikiran. Cuti-cuti Satu Malaysia.

6 comments:

zeza said...

kalau saya.saya pilih sdr,sbb fakta dan bukan auta....selamat berehat dihujung minggu....
salam.....z e z a

pemuda PJS said...

bro, kamal tu bukan anak tempatan la...cuba cek balik..sbb tu MIC baru2 ni perlekeh TPM sebab calonkan bukan anak temapatan sepertimana yg dilaporkan sebelum tu.....

*edit balik bro, takut puak2 pakatn rabak attack kita balik...

Anonymous said...

Bro BeraniHati,

Apa Bro cakap itu benar, itu hak Bro. Sama ada terima atau sebagai nya hak pembaca lah pulah. Pelayar perlu tanya dan evaluasi pandangan Bro itu dengan menanya jantunghati: What?,,why? and for whom?, and what would i get?.

Bro, setahu aku biasiswa tak perlu bayar. Pinjaman yang kena bayar.
Parti dan rakyat sama berbudi. jadi 0-0 lah. Bro, tak bayar income tax, cukai tanah dan cukai pintu ke?....

Bro, betul, mohon jadi ahli pun susah nak lulus....borang hilang.

huhu... itu bunyi siamang di waktu pagi. hahaha.......hehe..

TQ

Penyelia Directory Politik said...

blog anda telah tersenarai di e-Direktori Bloggers Malaysia

Anda dijemput menggunakan logo e-Direktori untuk diletakkan di blog anda (sekiranya sudi)

bRAVEhEART said...

Anon 1:47, awak terasa? Tu lah, siapa makan cili dia rasa pedas. Huhu tu bunyi siamang? Hahaha hehe yang awak buat tu mcm bunyi dari Rumah Sakit Mental, bila awak keluar? Dah sihat ke?

Anonymous said...

salam. aku dah tak kisah dan tak nak kisah pun sapa yg menang di ulu selangor nanti.Sebab sama aje sapa pun yg menang.kalau tak setan yg menang iblis pulak yg manang. so sama aje.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...