14 April, 2010

YANG CERDIK MENIPU, YANG LAGI CERDIK PUN KADANG-KALA JADI BODOH DAN TERTIPU.

Gambar hiasan: Peniaga kecil Melayu yang kesempitan dan sedang berjuang untuk kelangsungan hidup, apakah nasib mereka sudah cukup terbela? Mereka juga ahli UMNO dan menyokong kerajaan, berilah juga perhatian kepada orang seperti ini.



1. Kawan tengok kebelakangan ini rating di blog BH menurun sikit. Awok taulah weh, menulis isu-isu tentang negeri Pahang bukanlah menarik perhatian pembaca luar Pahang, tapi aok tau lah kawan ni, 'aku menulis bukan kerana nama', bukan cari populariti, yang kawan buat ni ialah menyuarakan kebenaran dalam masa sama cuba menyedarkan dan membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin. Sebab itu, usaha ini akan tetap kawan teruskan walau kawan sudah tidak lagi popular.

2. Ada sorang blogger Pahang ni weh, khabarnya menetap di ibu kota menulis diblog tentang ini, sebelum tu dia dah menulis begini. Memanglah banyak pihak yang tidak puas hati mengenai berita itu, tapi nak buat guana kan? Segala keputusan adalah di tangan MB.

Lama dah dulu kawan mendengar mengenai cerita ni dari sorang kawan yang kebetulan ahli majlis daerah berkenaan. Dari ceritanya dapatlah kawan buat rumusan lebih kurang begini;

1) Orang berkenaan (orang kuat UMNO dalam daerah tersebut) ditawarkan menyewa premis berkenaan, tapi dia tak ada duit bahkan untuk membayar pendahuluan pun.

2) Kerana kecerdikan dia dan kebodohan sahabat dia, maka sahabatnya itu melabur hampir RM200.000 bagi ubahsuai premis berkenaan serta membeli peralatan.

3) UPEN (Unit Perancangan Ekonomi Negeri) bersedia membayar kos ubahsuai berkenaan, tapi oleh kerana kegeligaan otak 'orang berkenaan', maka dia sendiri telah membuat tuntutan sebanyak RM230,000 selain tuntutan sahabatnya yang telah mengeluarkan modal itu sebanyak RM230,00 juga. Tidak cukup dengan 2 tuntutan, 'orang berkenaan' juga membuat satu lagi tuntutan melalu proksinya dan menuntut jumlah yang hampir sama. Jika UPEN membayar ketiga-tiga tuntutan berkenaan maka jumahnya adalah RM711,00. - Huh! Melingkup kerajaan negeri kalau macam tu.

4) UPEN tidak membuat bayaran meminta JKR melakukan siasatan kos ubahsuai dan pihak mana yang melakukannya untuk dibuat pembayaraan.

5) Menurut maklumat, 'orang berkenaan' tak membayar apa-apa-pun dan sesen-pun sejak 2 setengah tahun lalu.

6) 'Orang berkenaan' mintak diskaun sewaan dari RM1,500.00 dan diluluskan kepada RM1,200.00 oleh pihak Majlis Daerah Berkenaan, bagaimanapun masih juga tidak dibayarnya. Kemudiannya mintak lagi diskaun kepada RM1,000.00 dan diluluskan juga tetapi tidak juga dibayar. Kerana itu majlis memutuskan memberikan diskaun 50% kepada jumlah yang tertunggak - juga tidak dibayar.

7) Majlis Daerah berkenaan sebulat membuat resolusi menarik balik penyewaan premis berkenaan dan dimajukkan kepada MB. 'Orang berkenaan' jumpa MB dan minta duduki premis berkanaan tanpa sewaan selama 25 tahun atas alasan mengubahsuai berkenaan dan......MB kita yang sangat baik, cerdik dan pintar ini meluluskannya dalam satu mesyuarat exco. - Hehehe! Selepas ni saya cadangkan semua peniaga dan penyewa premis milik kerajaan negeri buat perkara sama dan pasti kerajaan kita akan senang hati kecualikan peniagaan kita dari sebarang sewaan.

Selepas ini peniaga Melayu dari bandar berkenaan tentu akan senang hati kerana kerajaan negeri akan kecualikan dari sebarang sewaan terhadap mana-mana premis milik agensi kerajaan. Tentu dalam PRU13 nanti undi UMNO akan meningkat berlipat ganda. Kita juga akan dapat kekalkan MB kita yang baik hati ini dijawatan berkenaan untuk satu abad lagi, hehe!

Dengor kabor, anok 'orang berkenaan' tak lama lagi akan dilantik Pegawai Penerangan Daerah. Habislah satu daerah akan dikuasainya nanti. Tak mustahil daerah tu akan jadi jajahan takluk dia - gamok kawan lah! Tentu UMNO akan akan tetap kuat jika pemimpin-pemimpin UMNO sentiasa berusaha keras memenuhkan 'temolok' masing-masing, slogan UMNO pun boleh tukar jadi; Temolok sendiri diutamakan, rakyat miskin dikampong-kampong dilupakan!

MB bukannya reti membuka blog dan tak akan baca tulisan ni, tapi kawan mintaklah sesangat pada ketua Unit Radio Buruk UMNO Pahang supaya kaborkan kepada MB apa yang tertulis ini, sebab dah ramai rakyat jelata yang membacanya. Ingat juga, yang membaca ni kebanyakannya adalah pelajar IPT, deme tu akan balik ke kampong nanti dan mengaborkan kepada semua orang kampong hal ini.

2 comments:

one one no belen said...

Salam. Kawan setuju bebenor dengan tulis dema ni.Nanti kita mintaklah MB kita bagi pengecualian kepada semua peniaga melayu yg mencewa premis milik kerajaan negeri. Kalau kerajaan negeri menolak. Kita tolak lah pulak kerajaan negeri yg ada ni pulak. Kita sama sama boleh tolak menolak kan..

Anonymous said...

sokong menyegar

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...