23 March, 2009

AKAN SELAMATKAH HJ HADI?


Mujurlah Hj Hadi sedar ada kepincangan dalam parti dan ada pihak yang akan mencantasnya untuk membuangnya keluar dalam pemilihan parti akan datang


Semakin jelas bahawa PAS akan terpecah dua; satu akan didokong oleh golongan lama yang diketuai oleh Hj. Hadi manakala satu lagi oleh golongan erdogen yang diketuai oleh Husam tetapi dengan menunggang Nik Aziz.

Menjelang muktamar PAS tidak lama lagi, desus-desas tersebar meluas mengatakan satu pertempuran besar akan berlaku diantara kedua kumpulan tersebut bagi menguasai parti. Menurut sumber maklumat yang diterima, besar kemungkinan kumpulan erdogen akan menguasai parti dan akan membawa parti ke arah perpaduan atau kerjasama lebih erat dengan PKR.

Bibit perpecahan jelas kelihatan apabila Nik Aziz sering menyanggah setiap pendapat yang dikeluarkan oleh Presiden parti dan terbaru membuatkan Nik Aziz seakan naik angin dan meingatkan bahawa beliau adalah nakhoda parti PAS.

Hj. Hadi yang sejak sekian lama telah berusaha untuk mempertahankan agar retak tidak menjadi belah namun mendapati golongan erdogen terlalu rakus dan semakin berpengaruh dalam parti. Kita akan melihat dalam muktamar PAS tidak lama lagi sama ada mampukan Hj Hadi bertahan atau akan tenggelam dilemaskan.

Bagi orang melayu yang tidak berparti dan golongan yang liberal dalam parti PAS, kita berharap agar pihak Hj Hadi menang bagi merealisasikan perpaduan melayu dalam waktu terdekat pada masa depan kerana kita melihat adanya kelembutan dalam jiwa Hj Hadi ketika ini berbanding dengan Nik Aziz.

Menurut sumber juga, pihak erdogen juga mula menggunakan sistem memberikan sedekah dan derma kepada yang menyokong perjuangan pihak mereka. Walaupun golongan erdogen nampak lebih extrem tetapi mereka juga nampak lebih rasional dalam tindakan.

Kita berharap pihak Hj Hadi dapat bertahan dari dilemaskan oleh golongan erdogen atau mungkin terpaksa berindak lebih keras dengan menghancurkan golongan berkenaan demi survivalnya dalam politik.

5 comments:

Parpu Kari said...

BRO, AKU PUN SETUJU LA BRO, NAMPAK HAJI HADI NI MELIHAT GAMBARAN YANG LEBIH BESAR DAN TAK PENTINGKAN DIRI SENDIRI, CUMA DIA PERNAH PELUK LIM KIT SIANG, SO KENA BERHATI HATI LA YA....HE HE HE

.@blogger.com said...

Bro Parpu,
Aku ingat dia dah insaf agaknya. Atau mugkin dia nak cari publisiti dalam PAS takut dia akan dilemaskan oleh Nik Aziz and the gang. Kump. Nik Aziz ni yg ganas ni.

CYBERCDO said...

Cdo rasa mungkin Dato Hj Hadi dah nampak apa akan berlaku pada bangsa melayu jika tiada perpaduan dibuat antara PAS dan UMNO. Semoga impian untuk melihat MELAYU bersatu kembali menjadi kenyataan...

mimpi916 said...

Team PemudaPAS masih kuat menyokong kumpulan Ulama'

Wassalam...

menyegar said...

Ulamak ulamak pas pun tau cari publisiti jgk ke?keh keh keh.. ni lah ulamak periuk nasi.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...