23 March, 2009

PILIHLAH MUKHRIZ SEBELUM MENYESAL TIDAK MEMILIHNYA




Beberapa blog menyokong KJ memberikan beberapa kenyataan/alasan yang sama dalam usaha mandapatkan sokongan para perwakilan menjelang pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dalam PAU kelak.

Blog-blog berkenaan antaranya adalah: Pejuang Bangsa, Politik Harian dan UMNO Bagan Pinang nampaknya bersama-sama dalam melobi undi bagi calon mereka atau mungkin mereka telah dijanjikan ganjaran atas usaha mereka itu.

Bagaimanapun, bERANIKAN hATI ingin menawarkan pilihan lain yang lebih baik dan lebih bersih dan nampak lebih releven pada ketika ini demi perjuangan dan masa depan bangsa dan Negara. Beliau adalah; DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR (HANYA SATU DAN TIADA DUANYA - JIKA KITA MEMBUAT KESILAPAN DENGAN TIDAK MEMILIHNYA SEKARANG INI, KITA AKAN DIPERSALAHKAN OLEH ANAK BANGSA KITA PADA MASA DEPAN)

Ingat, pemimpin mestilah bersih dan nampak bersih. Jika dituduh, walaupun didapati tidak bersalah, ini bermakna calon itu tidak cukup bersih. Apakan lagi jika calon itu memang didapati bersalah, tetapi tidak dikenakan hukuman kerana hubungan erat dengan orang no1, maka ianya haruslah ditolak.

Perwakilan akan menjadi pengkhianat bangsa dan partinya sendiri jika terus memilih calon tersebut hanya kerana faktor telah mendapat imbuhan dan termakan budi. Ingatlah! Kamu telah berdosa kerana telah menerima ..., janganlah terus berdosa dengan memberikan undi kepadanya.

Berikut alasan kenapa mesti pilih KJ berdasarkan blog yang saya sebutkan tadi dan jawapan saya pula kenapa kita MESTI pilih Datuk Mukhriz Tun Mahathir. Fikir dan pertimbangkanlah.


1) BIAR ORANG MUDA JADI PEMIMPIN MUDA

* - DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR PUN MASIH MUDA DAN CUKUP MATANG DAN MEMANG LAYAK MEMIMPIN ORANG MUDA DALAM PEMUDA UMNO

2) BERTANDING DIATAS FAKTOR KEKUATAN DIRINYA SENDIRI TANPA DIPENGARUHI OLEH SEBAB LAIN

* - DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR ADA KEKUATAN DIRI DAN TIDAK MENUMPANG KEMASYHURAN BAPANYA MANTAN PM DAN TIDAK SEPERTI CALON LAIN YANG MENUMPANG KEKUASAAN BAPAK MERTUA.

3) DIGERUNI OLEH PIHAK LAWAN PEMBANGKANG

* - DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR MEMANG DIGERUNI OLEH PIHAK PEMBANGKANG DENGAN MEMBAWA BEBERAPA ISU TERMASUK; PEMBELAJARAN DALAM BAHASA KEBANGSAAN DISEMUA PERINGKAT DAN MENAWARKAN PERPADUAN MELAYU KEPADA PARTI PAS DENGAN MENYERTAI UMNO/BN

4) MEMPERJUANGKAN HAK ORANG MELAYU

* - DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR MEMANG JELAS DENGAN AGENDANYA MEMPERJUANGKAN MELAYU DAN HAK-HAK ORANG MELAYU.

5) DIIKTIRAF SEBAGAI PEMIDATO TERBAIK

* - DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR WALAUPUN TIDAK TERLALU BAIK DALAM BERPIDATO TETAPI MINDANYA JELAS CERGAS DAN TAJAM DALAM BERHUJAH.

6) MEMPUNYAI INTELEK TAJAM DAN KUAT

* - DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR MEMANG PUNYA KEUPAYAAN INTELEKTUAL YANG TAJAM DAN KUAT

7) NAIB KETUA PEMUDA SEMEMANGNYA LAYAK MENJADI KETUA PEMUDA

* - DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR MEMANG LAYAK KERANA BELIAU PUNYA WAWASAN YANG MAMPU MEMBAWA PEMUDA KEHADAPAN

8) YANG PERIHATIN DENGAN KEBAJIKAN

* - DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR MEMANG PRIHATIN DENGAN KEBAJIKAN MALAHAN BELIAU BERGIAT DIPERINGKAT ANTARABANGSA DALAM AMAN MALAYSIA SEDANGKAN CALON LAIN HANYA BERKOKOK DALAM KAMPUNG

9) PEMBAHARUAN DALAM PEMUDA

* - HANYA DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR, TOKOH YANG LAYAK DAN DIPERCAYAI MAMPU MEMBAWA PEMBAHAUAN DALAM PEMUDA UMNO.

10)TIADA PROTOKOL

* - DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR ADALAH TOKOH YANG ‘LOW PROFILE’ DAN TIADA PROTOKOL SERTA MUDAH MESRA DENGAN SEMUA. INI SIFAT SEMULA JADINYA BUKAN DIBUAT-BUAT

11) SETIAKAWAN?? Mengajak setiakawan tetapi tidak setia kepada kawan!

* - DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR MENGAJAK PEMUDA LEBIH BERANI UNTUK BERUBAH – FIKIRAN DAN PERLAKSANAAN

12) PEMUDA UMNO HANYA UNTUK PEMUDA ( SAY NO TO OLD MAN )

* - DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR JUGA PERCAYA BAHAWA HANYA PEMUDA MAMPU MEMBAWA MENGUBAH BUDAYA DALAM PARTI BAGAIMANAPUN TIDAK MENOLAK GOLONGAN TUA KERANA PERCAYA KERJASAMA SEMUA PIHAK SANGAT PERLU BAGI MENJAMIN PERJUANGAN MAMPAN DAN KESINAMBUNGAN SEMANGAT UMNO DALAM MEMPERJUANGKAN HAK ORANG MELAYU.

KITA PERCAYA BAHAWA ALLAH AKAN MEMBUKAKAN HATI KITA UNTUK MEMILIH HANYA YANG TERBAIK UNTUK BANGSA MELAYU BAGI MENGHADAPI MASA DEPAN YANG MENCABAR. PILIHLAH DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR.



Pejuang Bangsa -
http://sejarahmelayu.blogspot.com/

Politik Harian -
http://brojinggo.blogspot.com/

UMNO Bagan Pinang –
http://umnobaganpinang.blogspot.com/

9 comments:

Cheguman said...

Saya tidak ingin menyebelahi sesiapa namun memang wajar kita 'mengundi dengan hati nurani' sebagaimana yang saya tulis dalam waadat.

Ada sedikit petua untuk memilih, iaitu jangan hanya lihat calon, lihatlah juga kawan-kawannya.

kamal said...

*
BIAR ORANG MUDA JADI PEMIMPIN MUDA

Khairy baru berusia dalam lingkungan 30an dan sudah teruji akan kepimpinannya didalam pergerakan pemuda dan mempunyai wawasan untuk membawa pemuda sebagai satu pasukan SETIAKAWAN yang merupakan suatu prinsip persahabatan yang inklusif,bermatlamat untuk menjangkau luar daripada batasan tradisi Pemuda Umno dengan objektif untuk merapatkan jurang antara Pemuda dan rakyat.

Inilah visi dan matlamat khairy untuk membawa pemuda itu kekelompok rakyat agar pemuda itu sendiri menjadi tonggak kekuatan untuk memertabatkan agama,bangsa dan negara.

*
BERTANDING DIATAS FAKTOR KEKUATAN DIRINYA SENDIRI TANPA DIPENGARUHI OLEH SEBAB LAIN

Selama bergiat dalam arena politik khairy berusaha berjuang bersama rakyat untuk rakyat tanpa ada orang dibelakangnya untuk menolak beliau keatas.Sebagai seorang pemuda yang berani dan berwawasan kejayaan khairy diarena politik adalah atas kekuatannya berpolitik walau pun ada yang mengaitkan beliau atas sifat menantu pak lah.

*
DIGERUNI OLEH PIHAK LAWAN PEMBANGKANG

Bagi saya kelantangan khairy dan kebijaksanaan beliau dalam menghadapi apa jua isu dan serangan dari puak puak pembangkang merupakan satu eset yang sungguh bernilai bagi umno dan jenerasi pemuda itu sendiri.
Dengan bermacam macam tohmahan dan kecaman yang diterima dari pihak pembangkang khairy dilihat terlebih dulu kehadapan bagi membela dan mempertahankan sesuatu isu.(baca)

*
MEMPERJUANGKAN HAK ORANG MELAYU

Jika diperhatikan, Khairy sememangnya seorang pemimpin muda yang tidak disenangi oleh pembangkang kerana beliau dilihat begitu lantang dalam memperjuangkan nasib orang Melayu.Didalam kelantangan pihak pembangkang mempersoalkan kedaulatan raja raja melayu,siapakah pemimpin pemuda yang bersama sama rakyat dalam membela dan mempertahankan institusi raja raja melayu kalau bukan khairy.

Dikalangan pemimpin pemuda umno khairy dilihat seorang yang berani untuk berdebat walau dihadapan ribuan penyokong parti lawan.Ini sudah dibuktikan oleh khairy semasa berdebat dengan Naib Presiden Pas Husam Musa.

*
MEMPUNYAI INTELEK TAJAM DAN KUAT

Baca(KJ CETUS IDEA DAN KOMEN MEMBINA TENTANG MINI BAJET)

*
NKP SEMEMANGNYA LAYAK MENJADI KP

Kepimpinan pemuda seharusnya diteruskan oleh khairy selaku naib ketua pergerakan itu yang merupakan kesinambungan agar pergerakan pemuda akan terus bergerak dalam satu wawasan dan setiakawan.Ini akan terus dilaksanakan oleh khairy supaya segala perancangan untuk memertabatkan bangsa akan terus berjalan tanpa ada ganguan.

*
YANG PERIHATIN DENGAN KEBAJIKAN
* klik SINI
*
PEMBAHARUAN DALAM PEMUDA

saya akan mantapkan lagi gerak kerja Pemuda dalam dua aspek. Pertama, dari segi latihan dan pendidikan politik. Ia bertujuan memperkuatkan jati diri ahli dan merakyatkan Pemuda. Maksudnya, dalam setiap tindakan Pemuda selepas ini akan membawa kesan positif kepada rakyat kerana Pemuda harus dilihat sebagai pembela nasib rakyat.

Perkara kedua, mengembalikan peranan aktivis dalam Pemuda. Saya akan menubuhkan kor penceramah dan imam muda iaitu lima penceramah dan lima imam muda dari setiap bahagian. Mereka akan menjadi aktivis kita di peringkat akar umbi dan memastikan dalam dua aspek yang mungkin kita nampak ada sedikit kelemahan iaitu penyampaian maklumat dan aktiviti keagamaan.

Saya juga akan menubuhkan unit penyampai maklumat yang akan menggunakan teknologi terkini bagi memastikan setiap ahli dan rakyat sentiasa dibekalkan dengan maklumat dan keputusan terkini yang dibuat oleh pemimpin. Ini termasuk unit perang siber yang lebih agresif melalui kaedah seperti blog dan juga portal rangkaian sosial seperti Facebook dan MySpace yang begitu popular di kalangan generasi muda. Maklumat yang kita sampaikan mesti terkini, tepat dan padat. Barulah ahli kita memahami bagaimana nak berdepan dengan sesuatu isu di kawasan masing-masing.

*
TIADA PROTOKOL


*
Setiakawan

Mengapa YB memilih slogan 'setiakawan' bagi persaingan ini.

KJ : Perkara paling asas dalam perjuangan politik adalah keikhlasan menjaga angkatan dan barisan kita. Setia kawan bermaksud kita pentingkan rakan-rakan bukan hanya diri sendiri. Saya berpegang kepada prinsip perjuangan semangat berpasukan. Jadi apa yang berlaku kepada rakan, akan beri kesan kepada kita. Selanjutnya KLIK DISINI

*
PEMUDA UNTUK PEMUDA

.@blogger.com said...

Bro kamal,
kalau ingat bagaimana kj naik dulu? dengan pengaruh Bapak Mertua dan dengan mencantas calon yang menandinginya. Dia memang tidak layak jadi sesiapa. bahkan tidak layak jadi ketua pemuda cawangan pun. jika dia memimpin maka umno akan hancur lebur kerana kerakusannya. apakah kj bertandinh ketika jadi naib ketua? dia terjun dari mana? orang tak akan lupa sejarah

.@blogger.com said...

posting esok, saya akan terus serang KJ habis-habisan. kita akan pastikan KJ kalah. berapa sdr dapat kerana menyokongmya. di bahagian saya, saya tahu jumlahnya sangat besar. tetapi saya sumpah sesiapa yang makan duit haram itu tidak akan senang anak cucunya dan akan mendapat bala sepanjang hayatnya

.@blogger.com said...

JIKA KAMU MASIH MEMILIH KJ, MAKA MEMANG BENAR2 KAMU JENIS MANUSIA YG MENHUAK BANGSA MU KERANA MENCARI MAKAN HARAM SECARA HARAM

>>>

PARA PEMINAT KJ, JANGANLAH MARAH KAT AKU YA, AKU TAK TAHAN BILA AKU DENGAR CERITA MAMAT NI DAH SAMPAI
GUNA SERI PERDANA UNTUK JUMPA DENGAN G2, WAH DASYAT GILE LE...KEPADA PERWAKILAN, KAMU FIKIR LA MASAK-MASAK YA.....INI MASA DEPAN UMNO, KITA KENA BERANI BUAT KEPUTUSAN YANG DRASTIK, KITA KENA NAIKKAN UMNO SEMULA, KITA KENA BERANI BERUBAH! AKU KESIAN TENGOK DATO MUKHRIZ NI DI HENTAM KAW2 OLEH SESETENGAH PENYOKONG2 KJ, TAPI AKU TAK NAK LA BUAT MACAM TU...KORANG FIKIR LA BAIK2

PARPUKARI said...

HIDUP DATO MUKHRIZ!!!

KJ? KJ WHO? OH, THE SON IN LAW AH?

GUILTY BUT NOT GUILTY

DEMI MASA DEPAN UMNO...MARILAH KITA SOKONG MUHYIDDIN DAN MUKHRIZ!

Anonymous said...

kalau nak UMNO kalah dlm PRU13 lantiklah KJ jadi ketua pemuda. nanti korang tak dpt cari mkn lagilah sebab kerajaan telah di perintah oleh pembangkang.

one one no belen said...

aku bersetuju dgn mengkudu.perwakilan UMNO tak akan dpt makan haram lagilah nanti kalau UMNO dah kalah dlm PRU 13.Kalau nak UMNO masih memerintah. jgnlah UNDI KJ.Undilah Mukhris. dialah yg paling layak

Generasi Pejuang Bangsa said...

beranikan hati

jangan main tuduh aku terima ganjaran @ apa2 habuan ..punya suka aku nak sokong sapa pun !! aku golongan muda ada otak dan fikir bukan sokong pemimpin nak projek @habuan seperti anda .

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...