25 March, 2009

PAKATAN PAKYAT @ PENJAHANAM RAKYAT


Rakyat kecewa kerana tersalah memilih PR dalam PRU12 lalu. Kita sangka intan, rupanya najis dan bangkai belaka.

Memang mudah menuduh UMNO/BN itu dan ini. Semuanya tak kena! UMNO/BN tak pandai itu dan ini. UMNO/BN sepatutnya ini dan itu, jangan ini dan itu. Pemimpin UMNO/BN ini dan itu. Begitulah yang dicanangkan oleh pembangkang terhadap UMNO/BN sehingga akhirnya UMNO/BN hampir tumbang pada PRU 12 yang lalu.

Maka gembiralah PKR,PAS dan DAP kerana telah berjaya menipu dan mempermainkan rakyat. Maka sukacitalah mereka kerana berjaya mendapat lebih banyak kerusi DUN dan AP dengan taktik kotor dan memperdayakan rakyat.

Make mereka pun merasa seperti telah menang perang. Dan tibalah masa bagi mereka mambahagi-bahagikan harta rampasan perang. Lalu berebut-rebutlah mereka mereka sesama mereka sehingga berbunuh-bunuh sesama sendiri.

Inilah keadaan yang berlaku dalam politik diantara PR. Kerana itulah berlaku beberapa insiden yang sukar untuk difahami oleh kita. Kisah Ratu Telanjang Bukit Lanjan dan perletakan jawatan Faris sebagai TKM Pulau Pinang adalah antaranya. Konspirasi perebutan jawatan serta rasuah diantara sesama mereka sedang giat berlaku. Malangnya seperti biasa mereka akan mengambing hitamkan UMNO/BN dengan menuduh segalanya itu adalah kerana konspirasi dari UMNO/BN.

Di Selangor, adalah konspirasi perebutan kuasa dengan mencuba menolak MB sedia ada untuk digantai dengan MB yang baru. Segalanya berlaku dalam senyap kerana bimbang diketahui rakyat. Inilah Pakatan Rakyat yang mengagungkan pembelaan rakyat seedangkan hakikatnya mereka mementingkan diri dan kroni mereka sahaja.

Di Pulau Pinang, rakyat telah melihat kerakusan dan ketamakan TKM mereka dalam penerimaan rasuah berkaitan kuari sehingga mampu membeli kereta mewah dengan bayaran tunai.

Sedarlah semua bahawa pembangkang ini lebih rakus apabila mereka diberikan kuasa. Mulut mereka memang masin tetapi perbuatan mereka lebih teruk dari yang dilakukan oleh pemimpin UMNO/BN.

UMNO sedang dipulihkan. Mari bersama kita memulihkannya dan berjuang bersama-sama mereka. Hanya UMNO yang mampu memperjuangkan agama dan bangsa kita sejak dari dulu dan selamanya.

Klik untuk baca: Dewan Ulamak Bantah Nizar dicalonkan - Abe MIE terjah

2 comments:

PARPUKARI said...

BRO, FUCKATAN RIOT NI PERASAN JE LEBIH, MASA TU ORG BANYAK BENGANG DENGAN PAK LAH DAN CO. ITULAH NAMANYA UNDI PROTES, TAPI SANG DUBUK AL KUNYITI NI PERASAN NAK MAMPOS LA NI..MUAHAHAHA

KITA AKAN TELANJANGKAN NIZAR NANTI...MUAHAHAHAHA

one one no belen said...

Aku setuju dgn Parpu Kari.Kemenangan PR dlm PRU 12 mmg kerana rakyat memprotes kelemahan paklah serta keangkuhan KJ.Bukan kerana rakyat sukakan PR. Oleh itu perwakilan kenalah mengambil kita kehendak rakyat di dalam PAU hari ini dan esok.kerana jika mereka memilih pemimpin yg salah rakyat aku terus lari dari UMNO

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...