19 March, 2009

UMNO SEDANG REFORM?



Wajah-wajah pesalah rasuah politik yang tidak patut dipilih dalam PAU akan datang demi menjamin UMNO tetap teguh dan masih releven.




Ali Rustam masih percaya bahawa dia tidak bersalah. Beliau telahpun mengemukakan surat rayuan kepada Panel Rayuan, Majlis Tertinggi dan Presiden UMNO. Saya serta banyak pihak percaya bahawa PM akan memberi muka kepada kesayangannya untuk membolehkan Ali Rustam bertanding juga bagi jawatan Timbalan Presiden. Jika boleh PM mahu Ali Rustam menang bagi meneruskan legasinya.

Kini banyak pihak sama ada didalam atau diluar UMNO mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin UMNO. Kenapa perlu ada berbagai hukuman bagi kesalahan yang sama? Contoh yang paling jelas adalah diantara Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin. Kenapa seorang dilarang betanding sedangkan seorang lagi dibenarkan bertanding? Apakah kerana JK menantu PM? Bagaimana jika Khir Toyo yang didapati bersalah? Apakah hukumannya akan serupa dengan hukuman yang dikenakan kepada KJ? KONPIUS! KONPIUS!

Kita bukan setakat tidak percaya lagi kepada UMNO bahkan kita juga tidak percaya kepada Lembaga Disiplin UMNO juga. Memang benarlah kata pihak pembangkang bahawa UMNO sedang menuju kehancuran. Petandanya jelas sekali apabila pemimpin tidak lagi berupaya mengendalikan parti. Apabila pemimpinnya lebih mementingkan diri dan kroni. Apabila undang-undang dipergunakan dan diubah sesuka hati.

Kalau dulu Tengku Ahmad Rithaudeen sarankan dibubarkan Puteri UMNO, maka eloklah kita cadangkan supaya dibubarkan juga Lembaga Disiplin UMNO yang tidak dapat berfungsi dengan berkesan ataupun mungkin Tengku Ahmad Rithaudeen sendiri terlebih dahulu meletakkan jawatan jika beliau seorang yang bertanggungjawab.

Selain itu kita juga KONPIUS, kenapa kes Norza disiasat oleh SPRM dan kes Ali Rustam dan KJ hanya oleh Lembaga Disiplin? Bahkan hukumannya pun bukanlah satu hukuman. Siapakah yang para pemimpin UMNO nak tipu? Maaflah jika saya katakan bahawa semakin hari saya semakin tidak percaya kepada UMNO. Apakah ini reform yang UMNO janjikan? UMNO sedang reform, tetapi perubahan dari yang buruk kepada lebih buruk sebelum hanya namanya yang tinggal jadi sejarah negara Malaysia yang Malang.

Saya cadangkan supaya Lembaga Disiplin UMNO hanya dipegang oleh seorang individu iaitu Pak Lah dan Panel Rayuan juga di pegang oleh Pak Lah supaya senang Pak Lah membuat keputusan dan mengubahnya bila-bila masa yang dia suka.

p.s. Sepatutnya KJ juga dilarang dari bertanding dan kes KJ dan Ali Rustam disiasat oleh SPRM. Ali Rustam juga dipecat dari jawatan KM Melaka. Itu baru hukuman sesuai dengan juta-juta yang telah dirasuahkan. Apakah UMNO tidak malu atau tidak ada kemaluan apabila pemimpinnya seorang perasuah?

7 comments:

Jumayatara said...

Reform hatok hang....UMNO la ni tenat..

Setuju Mansuh Lembaga Displin UMNO ganti dengan SPRM...biar setiap kes menjadi pengajaran dan tauladan kepada yang lain...



Say No to "Oral Sex". Respect your Wife.

Prettybaker said...
This comment has been removed by the author.
mmo said...

Tiada kejayaan dapat di capai pada satu malam.Nak memerdekakan negara pun terpaksa menempuh pelbagai cubaan dan dugaan.Bak kata Tun nak mencapai kemerdekaan daripada kolinial british adalah lebih senang dari nak mengekalkan kemerdekaan.Golongan subversif sentiasa bergerak di seluruh negara dari saatnya malaysia mencapai kemerdekaan.Maksud dan tujuan diselindung melalui ngo2 yang tidak kita sedari telah menjadi gunting dalam lipatan.

Taksub kepada persepsi.
tapi mengenepikan realiti.
Setia tidak bertempat.
mohon liberalsasi yang akhirnya memakan diri dan bangsa akan merempat.

Demokrasi untuk kepentingan sendiri.
hura-hara adalah pilihan untuk laskar2 yg dikembiri oleh parti sendiri.
Akhirnya melayu pupus sendiri. kerana hebatnya sibenggali.

Lambang melayu dipersenda akibat lupa pada jasa nenda.
Payung negara mula di cabar.
tapi pelik melayu bodoh mula tunjuk hilang sabar.

Konon-nya nak tunjuk pendekar.
tapi tak sedar dah lupa pada Qadak dan Qadar.
Betul kata Tun Melayu cepAT LUPA SEBAB TU MAMAT TU TAK SEDAR-SEDAR.

UMNO DAH REFORM MUNGKIN TAK SEDAR.
NAMUN PEMIMPIN YANG LAMA PERLULAH SEDAR.
PEMBANGUNAN NEGARA BUKAN SEKADAR.
RAKYAT PERLUKAN PEMIMPIN YANG SEDAR.

ADU DOMBA DISANA SINI.
YANG DI TUNGGANG MELAYU SENDIRI.
BANGSA LAIN TENGOK SENANG HATI.
KERANA UMNO TUNGJANG NEGARA MULA DI BENCI.

SUDAH TIBA MASANYA MELAYU MUHASABAH DIRI.
ADAKAH BETUL PERJUANGAN DI BERI.
MENINGGALKAN ANAK DAN JUGA ISTERI.
BUKAN UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI.

.@blogger.com said...

Makhluk ini namanya TokMudim,
orang dari sebelah sana, itu sebab bahasa nya kasar sikit. kalangan yang kurang tamadun mungkin suka main setor kunyit tetapi berlindung dusebalik perjuangan Say No to "Oral Sex". Respect your Wife.

one one no belen said...

Aku dah kata dulu. kalau nak rakyat percaya UMNO semula tendang semua pemimpin yg bangsat tu. tapi korang still kata boleh berubah. Tak akan boleh berubah kecuali kita kalahkan UMNO. selepas kalah baru percaya UMNO masih parti terbaik utk memerintah malaysia kecuali tanpa pemimpin pemimpin bangsat yg masih mencaturkan UMNO.Ingatlah rakyat membuka mata melihat pemilihan kali ini. kalau perwakilan tidak memilih pemimpin seperti kehendak rakyat ,maka jgn salahkan rakyat bsekoramya ,ereka memberkan kemenangan kepada pembangkang dlm pilihan raya akan dtg.

Jumayatara said...

Kalau kat Tanah Besar China orang-orang seperti KJ, Datuk Mohd Ali Rustam dan seangkatan denganya dah lama kena hukum tembak mati. Kat Malaysia boleh buat rayuan pulak…macam mana le UMNO nak bebas rasuah.



Say No to "Oral Sex".Respect your Wife.

PARPUKARI said...

BRO, SATU ULASAN YANG PEDAS MACAM KARI DAN TEPAT SEKALI, MEMANG NAMPAK BIAS GILA LA DALAM KES NI...ADU PAK LAH, LEBIH MEMALUKAN LAGI BILA LIMBANG DIKATANYA MALYSIA YANG PUNYA, PADAHAL MEREKA TAK BINCAN PUN PASAL LIMBANG SEMALAM...ADUH FLIP FLOP FLIP FLOP...MAMPOSS MACAM NI BRO...

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...