Suara Anak Pahang - Perlu Baca
30 March, 2009
DSN PERLU TEGAS - BERUBAH
UMNO sedang berubah. Akhirnya Pak Lah telah mendengar dan akur kehendak ahli-ahli UMNO dan rakyat. DSN telah dengan resminya menjadi Presiden parti dan tidak lama lagi akan jadi PM. Perubahan yang sangat-sangat diharapkan oleh ahli-ahli UMNO dan rakyat. Semoga selepas ini UMNO dan negara akan dipimpin oleh seorang PM yang tegas dan bijak dalam membuat keputusan.
Bagaimanapun, untuk mengubah segalanya itu DSN harus membersihkan organisasi UMNO itu sendiri bagi menyakinkan kepada ahli-ahli UMNO dan rakyat bahawa kepimpinan UMNO serius dan memang meinginkan perubahan. Rakyat harus diyakinkan tentang perubahan ini bagi menarik semula sokongan pengundi-pengundi yang telah berubah arah dalam PRU12 yang lalu. DSN perlu tegas dan serius dalam menangani perubahan ini dan jangan hanya melaksanakannya ibarat 'melepaskan batuk ditangga'.
DSN dan pucuk pimpinan UMNO harus juga peka kepada suara ahli. Jangan sesekali buat pekak hanya kerana tidak mahu mengambil tindakan yang mungkin akan kelihatan ekstrem keatas orang-orang tertentu. DSN harus benar-benar memegang prinsip 'yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah' tanpa mengira siapa sahaja. Jangan ada dasar perlindungan bagi melindungi orang-orang tertentu. Sekiranya ini berlaku, maka DSN juga akan dilihat sebagai sorang pemimpin yang lemah dalam mengambil keputusan. Kemungkinan juga banyak pihak akan mengambil kesempatan keatasnya kelak, dan jika ianya dibenarkan berlaku maka UMNO tidak akan mampu berubah.
Pertama sekali, DSN harus membersihkan perasuah-perasuah politik dalam UMNO. Semuanya sekali dan pada semua peringkat. Suara-suara UMNO semasa PAU dulu yang memprotes kemenangan KJ harus diberikan perhatian. Tindakan tegas mesti diambil keatas KJ dan konco-konconya kerana ianya tersangat jelas bahawa adanya satu konspirasi yang sangat kotor dalam pemuda UMNO. Jika ini tidak diselesaikan maka sampai bila-bila UMNO akan dilihat sebagai tidak bersih. Kita lebih rela jika Pemuda UMNO hanya dipimpin oleh pemangku ketua pemuda dari dipimpin oleh ketua pemuda yang terlibat dengan rasuah politik.
Dalam soal ini, KJ bukan saja tidak patut diberikan jawatan dalam kabinet, malah kesnya harus disiasat dengan lebih rapi serta dirujuk kepada SPRM. Tindakan keras mesti diambil supaya menjadi tauladan kepada ahli-ahli lain dimasa hadapan. Inilah perubahan yang sebenarnya. Inilah pembersihan yang sewajarnya. Tetapi bukan hanya KJ saja, Ali Rustam dan sesiapa saja disemua pringkat. Kita sedar bahawa rasuah politik ini berlaku dengan hebat juga diperingkat-peringkat bahagian. Jika tidak dibendung maka ia akan merebak ke cawangan pula nanti.
Berjuta-juta mata sedang memerhatikan apakah perubahan yang akan dan sedang dilakukan oleh DSN. Jika DSN gagal melakukan perubahan-perubahan ini maka rakyat dan bahkan sebilangan ahli-ahli UMNO yang masih setia akan berubah arah dan meninggalkan UMNO sebagai 'luncai yang (akan) terjun dengan labu-labunya'
(Klik untuk baca - blog chilliriver)
(Klik untuk baca - blog kudakepang)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penafian / Disclaimer
Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.
Terima kasih
5 comments:
Aku yakin DSN mampu membuat perubahan, bahkan setengah perubahan yang akan dibuatnya, tidak terjangkau oleh kita sekalian. Saya sangat mengenali beliau kerana kami sama-sama berjuang dalam pemuda suatu ketika dulu. Saya juga pernah mendengar beberapa keluahn dari beliau mengenai suasana UMNO ketika itu dan ketika kini. Namun kerana beliau masih belum menjadi Presiden parti, semua itu masih menjadi hanya cita-cita semata. Kini pengayuh sudah berada didalam genggaman beliau. Perubahan yang dicita-citakannya sudah tentu akan menjadi kenyataan. Adalah diharap saf barisan yang diperlukannya akan memberikan bantuan yang tidak berbelah bagi. Maju UMNO, maju melayu senusantara. Kita hayun keris maya untuk meneroka dunia.
Salam bro,
Tugas yg dipikul oleh Najib amat berat. Bukan senang utk menyatukan kembali UMNO (selepas PAU) dan dlm masa yg sama nak buat perubahan besar dlm barisan kepimpinan. Namun begitu, demi utk survival UMNO dan Melayu, pemimpin yg tidak menepati aspirasi ahli parti & rakyat perlu diketepikan juga walau apa pun pertaliannya dgn pemimpin terdahulu atau kini.
salam,
bungaraya(chilliriver),redroster dan semua.itulah pendapat umum, memang ada sebahagian pemimpin yang kita sayangi tetapi terlibat rasuah, namun mereka pun harus kita singkirkan demi UMNO dan melayu keseluruhannya. Kali ini pembersihan harus dilakukan hingga keakarumbi. Hanya pemumpun yang benar-benar berani saja yang mampu lakukan ini. Yang sentiasa berani menerima apa saja adalah - bERANIKAN hATI
Saya yakin perubahan yg dikatakan oleh DS Najib akan dilaksana. Keberanian beliau menegur secara kiasan agar tiada pemimpin atau bekas pemimpin utk mengkritik secara terbuka UMNO jelas menunjukkan kesungguhannya utk membuat perubahan.
Post a Comment