28 April, 2010

BANGSA MELAYU HANYALAH SEEKOR TIKUS

Gambar hiasan:
Perpaduan Melayu hanya apabila terdesak,
namun selalunya kita sudah lewat dan nasi sudah menjadi bubur


Banyak terdapat kembimbangan terhadap masa depan dan perpaduan orang Melayu dewasa ini. Apa yang jelas kejumudan terhadap ideologi membuatkan kita semakin susah untuk bersatu. Secara kasarnya kumpulan terbesar Melayu terbahagi 2; UMNO dan Pas. Malangnya masing-masing bercapat tentap perpaduan Melayu namun masing-masing cuba mengelaknya. Mungkin benar ada hasutan dari luar yang sengaja tidak inginkan Melayu bersatu, tapi keinginan kita mengatasi segalanya.

Ini pendapat dari sebuah laman blog seorang sahabat;
Dalam PRK baru-baru ini, BN hanya mendapat 20% saja undi kaum Cina, walaupun kerajaan Dato Sri Najib telah me'manja'kan mereka dan meliberalisasikan berbagai perkara. Dan Lim Kit Siang menyampaikan 'amanat'nya kepada Chua Soi Lek untuk menjadi 'vocal' lagi mula dari sekarang. Maksudnya 'lebih tekanan perlu dikenakan kepada PM'.(Baca sini).

Orang Melayu, dan orang politik Melayu khasnya, kena bijak untuk dechiper code mereka. Mereka kaum dominan dan licik. Jika pemimpin Melayu masih ingin membuang masa dengan 'menyusu kera di hutan' terpulanglah. Sudah sampai masa pemimpin Melayu perlu kembali ke 'sarang'. Seperti kata bapa Dato' Sri Najib,
"Jika orang Melayu gembira, orang lain di negara ini akan gembira. Begitu juga sebaliknya jika orang Melayu tidak gembira."


Malangnya apabila ada usaha untuk membangkitkan semangat Melayu dan perpaduan, maka ada pula suara kebimbangan dari kaum lain yang menggelar kita rasis. Kerana ketakutan atau untuk menjaga hati kawan maka kitapun rela mengenepikan perjuangan bangsa ke arah penyatuan itu. Lebih malang lagi apabila ada suara dari bangsa kita sendiri, melayu yang membunuh bangsanya sendiri.

Perbezaan ketara antara sikap bangsa Melayu dengan kaum Cina sangat jelas, sepertimana pendapat diblog yang sama;
Sementara orang Melayu yang suka berpecah, mereka cukup mudah disatukan oleh common interest: chinese supremacy. Jika Melayu benar-benar jumud dengan parti mereka, kaum Cina lebih mendengar Siqui,Dewan Perniagaan Cina dan berbagai pertubuhan NGO mereka. MCA dan DAP cuma political instrument saja bagi mereka. Common goal tetap chinese supremacy.

Dan tuntutan mereka tidak akan berkesudahan hingga mereka 'in control'. Maklumlah, mereka mendapat 'mandate from heaven' to govern universe. Ini weltanschauung mereka. Tak percaya lihatlah Singapura.



Memang susah untuk Melayu bersatu, seakan sudah tidak ada jalan lagi dihadapan kita untuk menemukan antara kita. Malah ada antara kita lebih rela mengangkat bangsa lain kerana hanya cemburu sesama sendiri.

Mungkin kata-kata lama ini harus diulang berkali-kali supaya ia akan lebih bermakna dan lekat dihati kita;
kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
pedagang lalu ditanakkan, suami dirumah mati tak makan.

Saya hanya ada satu soalan untuk bangsa kita, untuk pembaca. Andaikan saya pemimpin parti terbesar Melayu dan anda pemimpin parti terbesar pembangkang Melayu. Saya ingin menawarkan perpaduan Melayu sejagat dan saya sanggup lakukan apa saja demi perpaduan itu. Tanya harus berjawab dan kata harus bersahut, apa akan kata anda? (Komenlah hanya pada soalan ini saja)

Jawapan yang saya jangkakan dari kebanyakan komen terutamanya dari pro pembangkang hanyalah cubaan untuk mengelak dari perpaduan. Mungkin tidak salah kalau saya katakan bahawa bangsa Melayu ini adalah seumpama tikus yang lebih sukakan kerosakan.


Baca sini dimana sebahagian tulisan di 'copy and paste': http://sribuana.blogspot.com/



16 comments:

one one no belen said...

Salam.Memang melayu ni mcm tikus. Dan lebih malang lagi bila kita ada pemimpin yg seperti harimau,Kita tidak pulak menghargainya.Dah mmg melayu nak jadi tikus nak buat mcm mana lagi kan.Dunia " dunia.Jadi unta lebih bagus dari jadi melayu

Jeepers Creepers said...

orang melayu harus bersatu walau apa jua risiko yang terpaksa ditanggung.

lagipun kita adalah umat islam. umat Muhammad s.a.w. Sememangnya WAJIB kita bersatu.

Kalau kita bersatu, usahkan cina malah zionis pun mampu kita kalahkan.

Semua ini dengan syarat, BERSATU!

Pemerhati said...

Kaum Cina tidak mahu kaum Melayu bersatu! Sebab utamanya adalah mereka mahu jadikan Malaysia sebagai sebuah Republik spt Singapura. Bolehlah mereka memerintah dan menyingkirkan kuasa politik kaum Melayu dari Malaysia ini spt yg berlaku di Singapura. PAS dgn bodohnya menjadi kaldai DAP utk membantu DAP mencapai hasrat republik mereka.
Perhatikan PAS dah mula dgn mempertikaikan kuasa Raja2 Melayu. Ini semua adalah arahan dpd DAP.
UMNO dlm BN pula masih cuba memncing undi kaum Cina dgn mengambil hati dan menjaga hati kaumm Cina yg bijak berpolitik.
Hanya ada satu jalan utk survival Melayu - PAS dan UMNO mesti bersatu!

saba said...

salam bh
hanya malapetaka sahaja yang buat buat melayu akan bersatu
bila dah tergdai barulah menggigit jari.kalau saya cuba buang perasaan perselisihan pendapat demi penyatuan

bRAVEhEART said...

Menyegar, pemimpin Melayu seperti harimau? Harimau yg kehilangan telor atau anak2 harimaunya yg kehilangann telor? Pemerhati, ya secara diluar kesedearan kita telah di pecahkan namun ada pihak berbangga dengan perpecahan itu, anak melayu sendiri.Saya tidak melihat adanya komen dari melayu yg pro PKR dan Pas, kenapa? sudah hilang telor bercakap pasal perpaduan melayu? Atau memang jenis yg menjilat telor bangsa lain? Islam anjurkan perpaduan bukan permusuhan tetapi mereka ini tidak ingin perpaduan yg mereka ingin hanya kuasa politik semata-mata sehingga sanggup peralatkan Agama sekali pun. Dan hari ini mereka menyuruk dicelah kangkang kerana tidaki mahu memberikan pendapat tentang cara untuk perpaduan. Hehehe, mana Cucu Mamak Kutty? Kahkahkah. Dari jadi melayu baik kau jadi seperti yang berbaring semasa protes Sultan Perak dulu.

sri tribuana said...

Pemimpin melayu harimau kertas jer

aku cucu mamak kutty said...

aku berminat nak komen....sebentar ye.....aku nak pi doktor ,nanti lambat2 sikit aku komen.....kali ni klu kau nak keluarkan ke..nak buang ke ...aku tak kisah sbb aku nak kau baca...klu kau tak suka ...buang aje le....ok

mAGIc_mAAnGiS said...

Mahathir adalah harimau yg saya maksudkan sebab tu seluruh dunia mendengar kata katanya. selain belia tak ada pemimpin yg berani seperti beliau.Harapkan nazri? kena emboihh aje dah kecut

Anonymous said...

Salam.Memang dulu kita ada pemimpin yg seperti harimau.Dialah Mahathir.Dia mengaum paul keeting demam. dia mengaum,Margerath Teacher demam.dia mengaum lagi Al gore demam jgk. Tapi bila dia emboihh... adalah sorang menteri tikus terkencing dlm seluar kah kah kah

Anonymous said...

salam sejahtera kepada semua..:-)
tertarik tengok isu ni dan ramai pihak yang belum sedar punca sebenar.
ustaz saya ada cakap,melayu tanpa islam adalah lemah.islam tanpa melayu tetap gagah.maka kita kembali kepada ajaran sebetulnya iaitu Alquran dan Assunnah:-)tetapkan Aqidah dihati kerana Aqidah yang menyatukan umat islam.kita jangan sibuk2 pasal melayu ke,cina ke,india ke.kita sibuk2 pasal islam ok.kalau semua berbalik kepada Alquran dan Assunnah,dengan cina atau india pun kita boleh bersatu(kerana ada cina dan india yang islam,aqidah kita sama)kita jgan sibuk2 pasal bangsa sebab satu hari nanti zaman khilafah akan naik balik dan masa tu semua negara,bangsa,etnik akan disatukan dibawah satu pemerintahan sahaja.maknanya kita sebenarnya boleh bersatu dengan cina,india dan bangsa lain yang sama aqidah iaitukan beriman kepada Allah:-)harap semua fham.

bRAVEhEART said...

Cucu Mamak Kutty sebelum komen nak ke Dokter, buat rawatan rutin mental. Komen dia walau macam mana maki hamun dan kutuk saya tetap saya siarkan. Tapi kebelakangan ini dia dh malas komen dn dah insaf agaknya. Magic-manggis, Harimau sebegitu tidak akan kita temui sehingga 100 tahun lagi.Anon 5:33, Melayu itu Islam, Melayu itu bangsa, itulah yang hendak kita satukan. Kita bercakap pasal menyatukan Melayu.

Anonymous said...

:-)salah konsep nampaknya.melayu itu bukan islam.melayu itu hanya bangsa.walau majoriti melayu itu islam tapi islam tetap agama dan melayu itu tetap bangsa:-)dan dah makin ramai melayu murtad,maka tolong jangan samakan melayu dan islam:-)kalau melayu itu islam,habis tu siapa Arab,cina dan india yang beragama islam.siapa mereka?:-)kalau semua nak mengaku bangsa2 masing adalah islam macam mana?:-)

kalau satukan orang melayu sahaja,maknanya kasihan orang2 islam dekat palestin dan tempat2 lain, tiada orang nak tolong sebab diaorang bukan melayu...

kalau pertahankan melayu,kita kan dapat melayu.kalau pertahankan islam kita dapat islam.:-)saya ingin bertanya,apa yang bawa kita ke syurga?melayu atau islam?:-)

renung2kanlah..melayu tanpa islam tiada apa2,lemah,hina tapi kalau islam tanpa melayu ianya tetap gagah,benar,dibawah naungan Allah sentiasa.:-)

bRAVEhEART said...

Anon 1:24, semua fhm Islam itu agama dan melayu itu bangsa tp secara amnya melayu beragama Islam, justru di malaysia ini jika kita hendak satukan Islamnya kenalah satukan melayunya dulu sbb melayu majoritinya Islam. Atau memang benar juga, buanhgkan bangsa melayu kita, jgn panggil lagi mak bapak dan datok nenek kita sebagai bangsa melayu kerana kita adalah manusia yg tak berbangsa. Sepertimana dalam MY kad yg juga sudah buangkan bangsa melayu kita. Kalau kita tanya; apa agama sdr? jwpn Islam, jika tnya apa bangsa sdr? kami tak berbangsa, malang nya diarabpun mereka itu bersuku-suku dan berbangsa - siapa salah konsep????hehe

Anonymous said...

adakah islam atau melayu yang patut didahulukan?renungkanlah soalan ini.

xpe lah saudara:-)saudara tidak akan faham...

tugas saya untuk menyampaikan telah selesai.:-)sekarang saya berserah kepada Allah sahaja:-)

saya berundur diri dulu berdasarkan hadis nabi yang mafhumnya:

Rasulullah bersabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga."
(Riwayat Anas Bin Malik)

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor."

(Riwayat Ibnu Mas’ud RA)

renung2kanlah saudara:-)igt bhawa sesiapa yang menolak hadith nabi hukumnya kufur dan nerakalah bagi org2 yg tidak bertaubat:-)wsalam

sri tribuana said...

Braveheart, hujah anon 1:24 tu hujah PAS. Benar tak kira bangsa boleh bersatu di bawah Islam, tapi mcm mana parti yg memperjuangkan Islam boleh menyokong apa saja yang hirbi buat - termasuk menolak negara Islam?

muhammad bin mohamed kamil said...

assalamualaikum..

bagi saya hujah anon 1:24 bukan berdasarkan hujah pas.saya melihat dia xmewakili sesiapa pun...kata2 dia menggambarkan seorg muslim yg betul2 memahami islam je rasanya sbb pas xda pun perjuangkan islam utk cina dan india muslim.agaknya lah..

lg satu, menurut seorg ilmuwan islam.negara islam sebenarnya ialah dimana tanah yang dipijak oleh sesisapa(walau individu sekalipun) yg memgang kalimah Lailahaillallah dan menjlankan segala yg diajar Alquran dan Assunnah....

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...