17 April, 2010

PRK094 HUU SELANGOR, LALUAN MUDAH UNTUK BN

Poster Pilihanraya Kecik P094 Hulu Selangor:
Pangkahlah (BUKAN undi) calon PKR
Ulamak Tuan Haji Ustaz 'Drunken Master' - keh keh keh!



Pilihanraya Kecil P094 Hulu Selangor saya lihat sebagai laluan mudah untuk BN. Banyak sebab untuk saya jadikan alasan kepada pernyataan itu. Antaranya adalah suasana politik semasa dan mood ahli-ahli politik yang sudah berubah. Reputasi PR @ PKR semakin lama semakin teruk. Begitu juga semakin ramai tokoh-tokoh politiknya keluar meninggalkan parti berserta pengikut-pengikut mereka membuatkan PKR semakin tenat. Ini juga turut mengubah mood penggundi untuk kembali menyokong BN akibat hilang percaya terhadap PKR.

Semakin lama semakin banyak kelemahan dan keburukkan PR @ PKR terdedah, sebagaimana terdedah dan terselaknya kain 'Miss Telanjang Bukit Lanjan' itu. Blog 'gaRamaNis' melaporkan bahawa 'team selak kain' itu sudah bersedia berkempen di Hulu Selangor. Sudah tentu penggundi tidak lagi fokus kepada calon ' Drunken Master' kerana lebih tertarik untuk memfokus kepada betis dan lurah 'Miss Bukit Lanjan'. (Hok ni, Pok Nik pong dok telay air lior jugok, hehe)

Seperti yang selalu disebutkan bahawa peribadi calon PKR itu sendiri sudah tidak menyakinkan penggundi, benar mungkin penggundi-penggundi Hulu Selangor yang majoritinya Melayu berkehendakkan wakil rakyat Melayu, tetapi bukanlah setakat itu saja kreterianya kerana selain dari Melayu wakil rakyat juga mestilah mereka yang akan mampu membantu rakyat dalam semua segi. Dia juga mestilah sentiasa dalam keadaan waras dan akan fokus kepada tugas dan tanggungjawabnya kelak disamping konsisten dengan pendirian politiknya. Sila baca blog 'Azli Shukri' tentang 10 Sebab Zaid Ibrahim Mesti Ditolak Di Hulu Selangor yang mengulas dengan lebih terperinci.

Ada juga blog yang membongkar rahsia strategi PKR dalam PRK ini, sila baca disini. PKR sebenarnya sudah ketandusan isu dan merekalah sebenarnya yang lebih merasa tekanan. Oleh kerana ketandusan isu politik maka tidak mustahillah PKR akan membesar-besarkan isu 'Sukhoi 30MKM' seperti yang ditulis diblog bumiyang.

Akhirnya, PRK094 Hulu Selangor ini adalah laluan mudah untuk BN berdasarkan calon dari pembangkang itu sendiri. Disinilah kelemahan DS Anu-arr kerana tidak mampu menolak tekanan dan kehendak Zaid Ibrahim sehingga sanggup menyingung hati dan perasaan orang lain. Keretakan dalam PKR ini semakin ketara dan penolakkan rakyat dalam PRK ini nanti akan menyerlahkan mereka bahawa perjuangan yang mereka lakukan itu adalah salah dan sia-sia.


10 comments:

aku cucu mamak kutty said...

ya salam kawan ku braveheart....walau pun kita berlainan ideologi danberlainan pati....tapi kau tetyap kawan aku....beberapa hari ni aku tengah sibuk kacau blog pak sedaro kau paneh miang ....dan aku kacau blog si batuapi bloger pecacai yg sokong kumpulan2 ug yg nak bawak pas tubuh kerajaan perpaduan dgn umno sekular ...parti yg kau sokong ...parti yg kau ..wamayahya wamamati...hidup kau dan mati kau....krn nya....kah kah kah....umno tu dah sesat...sibatu api tu sekarang ni jadi pecacai pulak....sokong ug bermakna sokong umno....sokong umno bermakna sokong sekular....sekular tu ajaran kristian yg memisahkan agama dgn pemerintahan.....kahkahkah....aku kacau blog paneh miang tu sebab org tua yg dah nak mampos tu merapu dan meracau entah apa2....kahkahkah......husin lempoyang pun aku balun juga.....husin lempoyang tengah nak cari org yg boleh baca kan dia fatihah bila dia mampos nanti...si kamal@nanthan tu nanti boleh le belajar baca fatihah....bila usin lempoyang mampos nanti boleh le si kamal tu sedekah kan fatihah untuk si usin benggong tu....kahkahkah....taknak masok partI PPP....nampak2nya si murugiah tu lebih lagi waraq nya klu nak di bandingkan dgn pimpinan2 umno kau tu....kahkahkah....nak aku sambong lagi.....aku dah lambat ni...sepatutnya dah sampai kat kkb tapi .....tersangkut kat perjalanan....nanti kita jumpa kat sane ye ....kawan ku braveheart....klu kau jumpa ade org yg hansome mcm feroz khan ...hah hah tu aku le tu....tegur jgn tak tegur....aku punya kata cmk hansome man.....atau org kampong panggil aku ...mamat lawa....kahkahkah...jgn marah ...pagi2 kita bergurau....klu dah mampos nanti buka le seluau....

Anonymous said...

APA YANG MUDAH BH...
UMNO DAH MAMPUS BANYAK KERUSI KPD PKR DAN PAS, KALAU BN MENANG PUN ITU CUMA DAPAT RAMPAS BALIK JE... HAKIKATNYA CABARAN KPD UMNO-APCO AKAN BERTERUSAN... SEMUA ORG SEDANG TUNGGU NAK RAYAKAN KEJATUHAN UMNO-UPCO, BN TAK DE HAL... KITA TAK BERMUSUH DENGAN MCA DAN MIC... KITA CUMA TUJUKAN KPD UMNO JE...

Anonymous said...

maha suci allah, kau hancurkan manusia ini , , ,

Anonymous said...

BH,

KALAU KAU NAK "PASTE" ATAU KUTIP DARI BLOG ORANG LAIN UNTUK KAU POSTING DALAM BLOG AWAK...... TU....SELIDEK DULU KEBENARAN NYA TANPA UNSUR CACI MAKI. KALAU DIKUTIP ITU SALAH BERUNSUR FITNAH KERANA MAKLUMAT TIDAK TEPAT....KAU JUGA TURUT MENFITNAH. BERDOSA, TAK TAKUT KE. INGIN BERKEMPEN kepada mana-mana parti,itu hak kamu tapi jangan mengaibkan orang.

Tanya diri kamu, adakah kamu lebih baik dari orng yang kamu kata itu?.

Bertaubat lah seBELUM KAMU TERLAMBAT.

eEEH......eeh....eehhh ORANG TUA BANGKA INI.

TK

bRAVEhEART said...

Salam sdr semua,
Sy doakan kesejahteraan awk semua dan semoga Allah bukakan pintu hati awk yang tertutup rapat dan tidak melihat kebenaran. Terima kasih atas komen yang baik dan bernas yang datang dari hati nurani yang sudi dan bersih sebagai seorang Islam yang berpegang teguh pada tali Allah. Walaupun ayat2 yg diucapkan tidak lah menggambarkan sebaik dan seikhlas itu akhlak sdr semua namun sy beranggapan bahawa saya lah dalam kekhilafan.

Anonymous said...

Begitu lah BraveHeart mengaku saja jika ada kekhilafan, tak rugi apa, lebih - lebih kau dah tua lagi bangka ( itu kau secara tak langsung mengaku sendiri). Nampak berlembut, takut kepada cucu mamak kutty ye. Kata berani ,anak jantan lah. POsting awak banyak tak betul info, ada unsur memfitnah, itu lah sifat agak nya melayu awak. Sokong biar bertempat. Dulu merajuk, tana berblog lah, apa sudah jadi, betul tak cucu mamak kutty, orang tua ni dulu merajuk.....kkkkk.

Bertaubat lah.

Unknown said...

Aku setuju dengan Berani hati aka Braveheart....PRK094 Hulu Selangor , Laluan Mudah untuk BN kalah teruk....Selamat Mengundi...Selamatkan Ketuananan Melayu...Tolak Koling MIC.

cucu nik ajis said...

Salam saudara braveheart,

Kalau anwra meliwat dengan mata dia orang pun, dia oarang takkan percaya.

Kalu nik ajis lambakkan duit balak depan mata dia orang pun, di oarang takkan percaya.

KERANA HATI MEREKA BUTA KAYU, BANGANG DAN TAKSUBKAN PARTI, NIK AJIZ DAN ANWAR. INILAH GOLONGAN MUNAFIK YANG BERPURA-PURA BERJUANG ATAS NAMA ISLAM, TETAPI HATI MEREKA SAMA TARA LIM KIT SIONG, KAPAK LINGH, GUANN ENG DARI DAP PARTI KAFIR HARBI LAKNATULLAH

Adnan said...

....kalau awak Braveheart... kenapa tak berani letak gambar sendiri kat blog awak?

Anonymous said...

Salam.Yg aku nampak kat sini semua penjilat penjilat parti yg mereka sokong aje.Alah kesianya korang di perkudakan oleh pemimpin pemimpin korang.Taraf korang ni cuma pecacai pengangkut najis kat pemimpin korang tu ajelah

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...