13 April, 2010

MENYAMAR TUAN MUDA PAHANG - YANG BODOH DITIPU, YANG CERDIK PUN TERTIPU

Hiasan: Sengaja saya letakkan gambar balak kerana kalau bukan balak bukanlah Pahang namanya.
Kata pepatah - kalau tidak kerana balak, masakan sanggup memeggang jawatan.



Penyamaran seorang ramaja berusia 17 tahun sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang terbongkar kelmarin, kini menjadi bahan jenaka keluarga diraja itu.....

...Kenyataan Tunku Azizah itu memang berasas kerana Zul Arif berjaya memperdayakan banyak pihak termasuk para pegawai kanan JLKN dan Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Shafik Fauzan Sharif. (memperdaya = memperbodoh, bahasa blogger)

Saya pernah menemui Datuk Shafik di pejabatnya tidak lama dulu, ketika itu beliau masih baru memegang jawatan selepas dikosongkan oleh Datuk Maznah Mazlan yang berpindah ke pusat. Saya mendapati beliau adalah seorang exco yang baik budi pekertinya dan sentiasa sedia membantu sesiapa saja.

Namun,walau apapun alasan Datuk Shafik, beliau tetap telah diperbodohkan dalam isu berkenaan. Itilah sebahagian dari kes penyamaran di negeri Pahang ini. Saya percaya ada beribu-ribu lagi kes yang sedemikian yang tidak dibongkarkan kerana ianya memalukkan pihak tertentu.

Saya percaya ada individu-individu tertentu yang menyamar menemui beberapa ecxo kerajaan negeri bahkan MB sendiri untuk mendapatkan sesuatu projek dengan menyatakan mereka adalah orang rapat dengan orang itu dan orang ini. Sikap mudah percaya dan malas menyiasat membuatkan mereka mengambil pertimbangan yang salah.

Kemungkinan untuk mendapatkan sesuatu kawasan pembalakan seseorang akan menyamar sebagai sesiapa atau menyemar sebagai keluarga atau orang rapat seseorang, bahkan datang dengan surat sokongan yang disamarkan juga. Kerana sikap tidak hati-hati maka banyaklah balak, tanah, bijih, kuari dan sebagainya terlepas ketangan orang-orang tertentu. Kita golongan marhaen rakyat negeri Pahang akan tetap tinggal dalam kemiskinan dan kedhaifan selama-lamanya.

Pemimpin mempertaruhkan kehidupan kita dan anak cucu kita, namun kita yang menanggung segala beban dan risikonya.


3 comments:

Yb Raz said...

hahaha memang kelakar berita ni. cukup memalukan kerajaan negeri je.

Anonymous said...

Tuan BH,

1. Ambo dah hampir kenal sapo mu. Mu guna taktik Joseph Goebble orang kuat Hitler ye. Apa itu misinformation and disinformation, apa itu moles?. Ambo mintok mu kecek sikit.

2. Ulasan Ambo atas posting mu itu gini yo " SUNGAI PAHENG AIRNYO DERAS, SUDOH DERAS BERLIKU - LIKU. ORENG PAHENG HATI NYO KERAS, WALAUPON KERAS MUDAH AMAT TETIPU". Heeeee......Haaa.....ah. Terkincit lah mu.

one one no belen said...

Salam. Tak apalah. apa salahnya sesekali menipu org politik kan. Sebab selalunya org politik aje menipu kita ni. biasalah dunia. ada masa kita menipu.ada masa kita pulak kena tipu.dunia dunia.jadi unta lebih baik dari jadi melayu

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...