24 April, 2010

ZAID DIRAMAL AKAN KALAH DAN MEREKA AKAN BUAT KECOH




Exco kerajaan Seangor, Datuk Hassan Ai, menjadikan mimbat khutbah Masjid Bukit Sentosa, bagi meraih undi pada saat akhir dianggap tindakan terdesak pembangkang sehingga mengenepikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah - Berita Harian 24 April 2010 MS 11

Siapalagi yang pihak pembangkang hormati? Titah Sultan sudah tidak diendahkan malahan sebelum ini di Perak dulu ada yang sanggup berdemonstrasi berbaring ditengah jalan bagi menghalang keberangkatan Sultan Perak. Pada puak pembangkang ini, matlamat menghalalkan cara. Mereka sudah tidak peduli lagi pada adab dan budaya. Islam tidak pernah mengajar umatnya berpekerti sedemikian buruk. Nyatalah ajaran yang mereka bawa ini adalah ajaran politik songsang yang hanya menggunakan Islam sebagai landasan dan menjadikan rakyat yang percayakan agama Islam sebagai kaldai tunggangan.

Seramai 20 ahli dan penyokong Pas diketuai Pemangku Ketua Pas Cawangan Kuala Kubu Baharu , Ariff Kamaruddin mengisyhtiharkan keluar parti untuk menyertai UMNO - Berita Harian 24 April 2010 MS 10

Syukurlah bila ada antaranya yang sudah insaf dan berubah hatinya menjadi putih. Sekurang-kurangnya akan berkuranganlah mereka yang sanggup berbaring ditengah jalan untuk tunjuk protes kepada Sultan.

Pengundi wajar tolak pemimpin tidak bermoral - Pemimpin adalah suatu amanah yang harus diserahkan kepada seseorang yang ahli untuk memimpin. Kerana bila kepimpinan diberikan kepada yang bukan ahlinya, akan mengalami kegagalan bahkan kerosakan serta kehancuran yang akan dialami. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud " Apabila suatu urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kehancurannya." (Hadis riwayat al- Bukhari) - Berita Harian 24 April 2010 MS 35

Cuba kita bayangkan jika pemimpin yang kita pilih itu adalah kaki botol, kaki kuda, kaki belit dan sebagainya. Mungkin kita akan berfikir untuk memilih yang beragama, tetapi bagaimana jika yang bukan beragama Islam itu lebih baik sifat-sifatnya dari yang beragama Islam. Apakah pilihan kita?

Kerakusan politik Penasihat PKR mula makan diri - Ramai keluar parti selepas sedar percaturan Anwar termasuk pemilihan Zaid bertanding di Hulu Selangor. ...Persoalan yang tercetus ialah mengapa teman yang sanggup berkorban ketika dia susah, tiba-tiba dan satu demi satu meninggalkannya ketika dia bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat menuju ke Putrajaya....- Berita Harian 24 April MS 24

Akhirnya tembelang dan kerakusannya terserlah dan perjuangan sebenarnya hanyalah untuk dirinya sendiri, tidak ada sedikitpun untuk rakyat bahkan kroni rapatnya pun sanggup diketepikan. Demikianlah Anwar dan cita-cita besarnya. Bapa kepada segala kemungkaran. Falsafahnya matlamat menghalalkan cara. Dia tidak peduli sama ada dari depan atau belakang asalkan masuk dan keluar.

Maklumat terkini - menurut kajiselidik secara rambang, kemenangan akan berpihak kepada calon BN, justru DS Anwar sedang merancang untuk melakukan kekecohan seperti yang pernah berlaku pada tahun 1998 lalu. DS Anwar sudah semakin terdesak sudah tidak ada jalan lain baginya selain membuatkan negara jadi huru hara. Apabila negara huru-hara tentu nanti PM juga akan dituduh gagal mentadbir negara dan bermacam-macam lagi tohmahan yang akan dibuat semata-mata untuk melepaskan dirinya.

Perjuangan apa kah ini? Tidakkah ini perjuangan peribadi?


2 comments:

Anonymous said...

PAS PARTI LAMBANG PANADOL - PARTI ORANG KEPALA SAKIT

hj jamaludin said...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Haram jika kita bersahabat dengan Azazil,Syaitan dan Hantu kerana mereka akan sesat akidah Islam kita tapi Halal disisi Islam kalau kita bersahabat dengan Israel APCO kerana orang orang Yahudi Israel APCO akan membantu menjana ekonomi Malaysia .Kerana itu Kerajaan pimpinan 1 Malaysia mengajikan Yahudi Israel APCO kalau tidak rakyat Malaysia akan mati kelaparan kalau tidak dapat bantuan kebijaksana Yahudi Israel untuk menjana ekonomi Malaysia.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...