03 March, 2009

ANWAR SEMAKIN HAMPIR


Ya Sheikh Al-Jubri, yang ni pun kau berselera ke?



Dulu hang kata lain, la hang kata lain pulak!



Ketidak-tentuan suasana dan perkembangan politik tanahair semakin menjadi-jadi. Dalam menghadapi krisis ekonomi global yang akan melanda dan melumpuhkan ekonomi negara para poli-tikus kita masih seperti dahulu, ibarat tikus memaiki labu.

Di Parlimen, bukan cara bagaimana hendak mengatasi krisis ekonomi yang dibincangkan tetapi AP-AP kita bertengkar dan memaki hamun antara satu sama lain. Pembangkang begitu garang ingin menjadi juara rakyat. Jika setakat memaki hamun di Parlimen rasanya ramai diantara kita yang lebih layak menjadi AP.

Ada yang ingin menangguk di air keruh dan ada yang ingin menjadi yu kerana bila jong pecah yu kenyang.

Disebalik segalanya ada seseorang yang sedang mengintai peluang. Mengharap ada faedah dari kekecauan. Dia mengintai seperti pencuri, menyelinap seperti perogol dan meliar seperti peliwat. Yang ditunggu hanyalah satu - kerusi Perdana Menteri.

Semakin politik negara kucar-kacir maka dia merasakan peluangnya semakin hampir. Semakin ekonomi negara runtuh dan musnah maka dia merasakan mimpinya semakin nyata. Dia ibarat lintah yang menghisap darah, demi dirinya dan cita-citanya biar rakyat dan negara musnah. Ini adalah jenis makhluk yang memakan daging saudaranya sendiri.


Dia semakin gelisah menanti janji Pak Lah kepada Najib ditunai. Dia selalu berdoa supaya ini tidak akan terjadi. Dia masih berharap Tuhan memberikannya peluang sekali lagi. Walaupun semasa dia di kerusi no2 dia tidak pernah bersyukur dan mencakna kepentingan ramai, kini dia berjuang kununnya untuk ramai.

Sebenarnya memang dia semakin hampir, semakin hampir ke penghujung jalan. Semakin hampir ke penghujung karier politiknya. Memang, semakin tinggi harapan maka semakin besar kehampaan buatnya. Apabila nanti Pak Lah bersara dan memindahkan kuasa kepada DSN, maka musnahlah segalanya.

Anwar semakin hampir, semakin hampir kepada menerima hukuman atas perbuatannya - meliwat Saiful. Atau jika berita ini benar - Persidangan Agung Umno ditangguhkan, mungkin benar ada konspirasi antara Anwar dengan Pak Lah.


(LINK UNTUK BACA LAGI)
BETULKAH DATUK SHAGUL REFORMASI ADALAH ANARKI

Anwar Ibrahim, Menteri Parlimen Persekutuan Malaysia?

Persidangan Agung Umno ditangguhkan!

INJUKSI PERHIMPUNAN AGUNG DAN PEMBUBARAN DUN PERAK?


Tahukah anda tsunami yang sedang, dan akan melanda negara?


Gelombang 1
Meranapkan UMNO yang menunjangi BN melalui PRU12
(telah berlaku dan ini memang salah pemimpin UMNO, tetapi itu sahajakah yang boleh kita buat? Membakar kelambu?)

Gelombang 2
Memusnahkan institusi kesultanan Melayu yang memayungi Islam
(ia sedang berlaku dan adakah anda tinggal melihat sahaja?)

Gelombang 3
Menghancurkan Islam

18 comments:

Anonymous said...

Tidak Salah Penganut Kristian Guna Kalimah ALLAH – Dewan Ulamak PAS Pusat Ditulis oleh Harakah , Thursday, 03 January 2008, Oleh: Azamin Amin

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah 'Allah' malah ia sering digunakan oleh umat Krristian dan Yahudi sejak dari dahulu.

"Cuma jika Allah itu dikaitkan dengan perbuatan dan pemujaan syirik seperti mendua atau mentigakan Tuhan, itu adalah bertentangan dengan agama dan syarak dan dilarang umat Islam mengikut serta; tetapi jika mereka merujuk Tuhan yang sama tidak mengapa," katanya ketika dihubungi Harakah.

Kontroversi berhubung penggunaan kalimah 'Allah' timbul apabila akhbar rasmi Gereja Katolik Malaysia, Herald The Catholic Weekly menggunakan perkataan 'Allah' bagi merujuk kepada 'God' dalam seksyen bahasa Melayu akhbar tersebut.

Pemilik akhbar itu juga menghadapi masalah untuk memperbaharui permit penerbitannya akibat isu tersebut.

Menurut Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Johari Baharom, keputusan itu dibuat berasaskan 'kepada satu laporan yang dikemukakan kepada Bahagian Kawalan Penerbitan kementerian berkenaan.

"Herald boleh guna perkataan lain tetapi bukannya 'Allah'; itu akan mengelirukan orang ramai," Johari dipetik sebagai berkata.

Mengulas lanjut, Dato’ Mohamed berkata, ayat-ayat al-Quran turut menyatakan bahawa orang bukan Islam juga memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT termasuk menyebut kalimah Allah.

Dalam pada itu, beliau menegaskan jika akhbar Herald mempunyai agenda tertentu seperti mengelirukan orang ramai bahawa Allah juga meredai agama mereka, maka itu adalah dilarang.

Menurutnya, Islam mengakui Kristian dan Yahudi adalah agama langit (samawi) tetapi setelah Islam dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., ajarannya memansuhkan agama-agama samawi sebelumnya.

Akhbar terbabit sebelum ini pernah menyelitkan sebuah rencana di seksyen bahasa Melayu pada Mei lalu di bawah tajuk "Kasih Allah: Tidak membeza-bezakan" di muka surat 23 yang dilihat cuba mempengaruhi orang Melayu yang beragama Islam terutama golongan remaja.

Herald diterbitkan oleh The Archbishop of Kuala Lumpur bagi pihak The Bishops of Peninsular Malaysia, yang beralamat di Petaling Jaya.

Sumber: http://ulamak.pas.org.my/

Anonymous said...

maka mudahlah mereka mengkristiankan kita atau peribumi kita dan kepada yang kurang arif akan merasakan tidak salah memeluk kristian kerana Allah kristian dan Allah Islam adalah sama. Lihat yang tersirat dari yang tersurat/

Anonymous said...

Datuk Seri Najib Perdagangkan Kedaulatan Rakyat Perak


Sekitar bulan May tahun 2008 saya pernah menitipkan persoalan yang seiring nadanya dengan apa yang terjadi di negeri Perak sekarang ini. Samada secara langsung atau tidak, keterlibatan dan campurtangan Sultan Perak telah menyumbang kepada kecelaruan politik negeri itu.

Tolong, wahai sang perakus kuasa! jangan cepat menuding jari kepada RAKYAT yang menegur Raja atau Sultan. Sultan adalah manusia biasa di sisi ALLAH swt yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan alpa dalam menjalankan tugasnya. Dalam krisis perlembagaan yang berlaku di Perak sekarang ini, silapnya Sultan kerana menerima nasihat daripada orang yang jelas rakus kepada kuasa dan hina dipandangan mata RAKYAT; Siapa lagi kalau bukan Datuk Seri Najib Razak dan para pemimpin UMNO yang tinggi darjat keparatnya!!!

Kecelaruan yang berpanjangan ini tercetus lantaran lahapnya Datuk Seri Najib Razak merampas kuasa yang telah diamanahkan oleh RAKYAT kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir-urus Darul Ridzuan.

Sang Penguasa yang zalim, lahap dan celaru sifatnya telah menggunakan segala kesempatan dan jentera kerajaan demi mengekalkan kuasanya sekalipun RAKYAT teraniaya.

Sultan dilambangkan sebagai ‘Payung Kesejateraan’ RAKYAT. Saya akur dan saya hormati. Maka itu, mohon saya agar Sultan Perak merestukan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak bagi memberi laluan kepada RAKYAT untuk sekali lagi memilih dan menentukan gabungan parti politik manakah yang RAKYAT mahukan untuk menjadi pentadbir mereka.

Hari ini, tanggal 03.03.2009, wakil RAKYAT yang telah diamanahkan secara sah oleh RAKYAT bercadang untuk bersidang, malangnya penggunaan Dewan Undangan Negeri telah dinafikan oleh Setiausaha DUN. Walau apapun, saya amat yakin sidang tergempar tetap akan diadakan dan masih sah untuk diadakan bukan di bangunan Dewan Undangan Negeri. Berada di bangunan Dewan Undangan Negeri BUKAN prasyarat sah atau tidaknya sesuatu persidangan DUN.

Dalam waktu RAKYAT berada di”para” ketidaktentuan ini, ingin saya bertanya: Di manakah keprihatinan Sultan Perak terhadap permasalahan RAKYAT?

Sebagai rakyat sebuah negeri / negara yang mempunyai raja, terkadang timbul keinginan di lubuk hati saya untuk tahu di manakah agaknya sultan-sultan dan raja-raja Melayu berada semasa rakyat jelata berhempas pulas mempertahankan hak dan kedaulatan agama, bangsa dan negara?

Saya tidak mempersoalkan kedaulatan undang-undang dan taat setia kepada raja dan negara.

Sebagai pembayar berbagai jenis cukai yang mana sebahagian daripadanya digunakan sebagai bayaran gaji, berbagai jenis alaun, berbagai jenis kemudahan dan berbagai jenis bayaran lain kepada raja-raja, saya berhak untuk mengetahui di manakah Sultan dan Raja-Raja saya semasa agama, bangsa dan negara saya dalam keadaan yang memerlukan perhatian, pandangan dan bantuan mereka.

30 tahun yang lalu semasa saya masih di sekolah rendah, saya pernah bertanya kepada guru saya,

“Apakah kerja Sultan- Sultan kita?”.

Sehingga sekarang saya masih tidak mendapat jawapan yang boleh saya beri markah 100% tepat.

Bukan kerana saya tidak mahu beri markah 100%, tetapi kerana saya sendiri masih samar-samar dan tertanya-tanya apakah sebenarnya kerja sultan-sultan dan raja-raja saya.

Kerja sultan dan raja-raja yang saya tahu kerana selalu terbaca diakhbar hanyalah ; Sultan so and so menang pertandingan golf persahabatan, Sultan so and so buat lawatan ke luar negara, Sultan so and so mencemar duli dengan mengadakan lawatan ke Pasar Tani, Sultan so and so berangkat ke luar negara untuk mendapat rawatan kerana selsema yang berpanjangan. Dan semua perbelanjaan itu, saya amat yakin dan pasti dibiayai melalui WANG RAKYAT!!!

Oleh yang demikian, saya terlalu hendak tahu di manakan Sultan dan Raja-Raja Melayu berada semasa saya dan rakyat Malaysia sibuk dan bimbang dengan segala jenis aktiviti pemimpin politik Melayu yang leka dan lalai serta asyik bercakaran sesama sendiri?

Kalau saya tidak dapat jawapannya, saya bimbang generasi saya akan datang TIDAK akan bertanya lagi soalan yang pernah saya tanyakan kepada guru saya 30 tahun lalu kerana pada itu telah TIADA LAGI SULTAN DAN RAJA-RAJA MELAYU.

Jangan dicabul hak dan kedaulatan RAKYAT.

Kepada semua ADUN Pakatan Rakyat serta Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Nizar, teruskan perjuangan kalian demi mempertahankan hak dan kedaulatan kalian serta RAKYAT Perak seluruhnya. Ketahuilah RAKYAT bersama kalian dan akan tetap memberi sokongan dengan iringan doa buat kalian.

Kepada Sultan Perak, bertindaklah dengan adil dan bijaksana agar prisip Raja Berlembagaan akan dapat dipertahankan.

Pegangan saya “Saya lebih menghormati para Ulama yang miskin daripada Sultan yang zalim”.

- RAJA ADALAH LAMBANG. RAKYAT ADALAH KEKUATAN -

Anonymous said...

Hari ini UMNO/BN terang-terang menzalimi rakyat Perak...
Hari ini UMNO/BN terang-terang menggunakan instrument kerajaan untuk menzalimi rakyat Perak.....

Ingat:

Firman Allah: (maksudnya) Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; Sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan Yang berlaku). (dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas) (Surah Ibrahim 42-43).

Nabi s.a.w bersabda: “Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tidak ada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam riwayat Ahmad “Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani/ al-Sahihah: 767) dalam riwayat Ahmad yang lain: “Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ianya tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani/ al-Sahihah: 767).

dan HARUS DIINGAT

Hadis Nabi: "Doa itu adalah senjata bagi orang mukmin"

dan HARUS JUGA DIINGAT

"WAHAI MANUSIA KAMU MENYANGKA PERANCANGAN KAMU CUKUP BAIK PADAHAL KAMU HARUS SEDAR PERANCANGAN ALLAH JAUH LEBIH BAIK DAN TAK BOLEH DISANGAH"

MARI kita sama-sama berdoa agar kebenaran akan dapat ditegakan.
“YA ALLAH ENGKAU HANCURKANLAH MEREKA YANG MEMBUAT FITNAH KERANA PERBUATANNYA INI BOLEH MEMUDARATKAN UGAMA MU DAN NEGARA INI DAN ENGKAU SELAMATKANLAH HAMBAMU YANG BENAR DARI MENJADI MANGSA FITNAH"


Gunakan Al-Quran sebagai pedoman bukan sekadar perhiasan.....

Anonymous said...

Saya sejak semalam banyak menerima SMS dan talipon dari teman-teman seperjuangan bertanyakan situasi terkini di Perak.


Jawapan saya untuk semua yang mengenali dan mengikuti perkembangan ini, sesungguhnya BN penakut, bacul, dan penipu dalam menghadapi krisis di Perak sekarang.

Setelah SPR, SPRM dan terkini pihak keselamatan pula diperguna akan oleh mereka untuk berhadapan dengan Ahli-ahli Yang Berhormat Pakatan Rakyat, sekaligus artinya mereka berhadapan dengan rakyat.

UMNO dan BN sejak sekian lama tidak punya hujah untuk menghadapi Pakatan Rakyat.

Kalau benar dalam tindakan sejak awal merampas Kerajaan Perak Pakatan Rakyat kenapa semuanya itu dipergunakan.

Hujah perlu dengan hujah, musuh kami bukan pasukan keselamatan dan sebagainya, musuh kami adalah kamu wahai BN dan UMNO.

Jangan salah gunakan harta rakyat, menutup dan mengepung Bangunan Perak Darul Ridzuan bererti musnahlah sistem demokrasi dan hak kebebasan warganegara dalam negara yang telah merdeka 50 tahun lebih.

Tunggu Tindakan kami seterusnya....

Anonymous said...

Istilah ALLAH hanya untuk mereka yang beriman


oleh Roslan SMS

Terguris juga hati apabila melihatkan Noh Omar dengan gelagat celuparnya menuntut agar Tok Guru Nik Abd Aziz pergi belajar dengan ahli parlimen Kulim Bandar Bharu, YB Zulkifli Nordin. Ini berikutan kononnya kenyataan Tok Guru yang menyebut bahawa tidak salah bagi masyarakat bukan Islam untuk menggunakan perkataan ALLAH. Ada yang membawa berita: Nik Aziz – ALLAH for all.

Menurut rekod YB Zul baru-baru ini telah berhujah panjang lebar di Dewan Rakyat bagi menjelaskan mengapa istilah ALLAH tidak wajar digunakan oleh masyarakat bukan Islam di Malaysia. Tiba-tiba terbit berita dari Kota Bharu bahawa Tok Guru mengatakan tiada halangan dan masalah.

Pasti ramai yang cemas dan termanggu.

Alhmadulillah, akhirnya terubat kegusaran apabila terbit penjelasan dari Pejabat MB Kelantan. Menurut SETPOL MB Sdr. Anual Bakri yang menyebut:

Bagi memahami konteks yang disebut Menteri Besar dengan lebih jelas kita kena memahami maksud surah Al Ikhlas iaitu Katakanlah (ya Muhammad), Dialah Allah yang Maha Esa, Allah yang dituju (meminta hajat). Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada satu pun yang menyerupaiNya.

Oleh itu jelaslah nama Allah hanya wajar digunakan bagi mereka yang telah beriman dan tidak boleh menyalahi sifat 99 namaNya.

Rupa-rupanya Tok Guru tak bermaksud begitu. Maksud Tok Guru perkataan atau isitlah ALLAH hanya boleh digunakan oleh mereka yang telah menerima Islam. Maka wajarlah ia diharamkan dari digunakan. Kita tidak mahu tercetus kekeliruaan dalam pemahaman sehingga mencetuskan ketegangan dan pergaduhan sesama rakyat Malaysia

Dalam sidang Dewan Rakyat 26 Febuari lalu, YB Zul menyebut:

Contoh, mereka mengeluarkan satu buku yang diberikan secara percuma diberikan dengan tajuk Al-Kitab. Kalau kita tengok dari segi nama, kita akan keliru seban tidak disebutkan apa-apa pun di sini.

Apabila kita buka baru kita perasan bahawa Al-Kitab ini rupanya nama baru Bible dalam bahasa Melayu yang penuh dengan perkataan-perkataan Melayu yang boleh mengelirukan kita. Ini termasuk yang kita temui komik disebarkan dalam dua tahun lepas dan sampai sekarang masih disebarkan di setiap rumah, disumbatkan di peti-peti surat dengan tajuk kisah paling menarik yang pernah diceritakan.

Yang diceritakan di sini dalam bahasa Melayu yang menyatakan bahawa saya baca sedikit untuk kita lihat kesan dia.

“Allah memakai 40 orang budi, mereka menulis 66 kitab selama 1500 tahun. Semua cucuk satu dengan lainnya. Allah yang dapat membuat buku seperti ini. Allah kan tidak mengarang buku ya ayah? Allah itu seperti apa ayah? Allah mengasihi dan menolong kita. Kalau kita minta tolong daripadanya kita kudus, kita tidak dapat melihat dia tetapi dia melihat dan mengetahui semuanya. Dia dapat melakukan apa sahaja. Ayah akan ceritakan kisahnya.”

Kemudian diceritakan kisah tentang Allah yang berakhir dengan Allah menghantar anaknya untuk menyelamatkan manusia. Jadi risalah-risalah seperti ini yang kita khuatir. Kita tidak ada masalah, saya tidak ada masalah dengan mereka mahu menggunakan bahasa Melayu,mahu menyebarkan risalah bahasa Melayu, tetapi menggunakan perkataan Allah itu sendiri.

Dalam konteks seperti ini, bukan sahaja sangat mengelirukan, boleh menyebabkan berlaku perasaan tidak puas hati

Ringkasnya wajar sangat kita berhati-hati dalam hal ini. Seluruh ulamak dan bijak pandai islam dalam Negara perlu sekata dalam hal ini. Biar terpelihara apa yang ada dan tidak tergadai semuanya.

Anonymous said...

Memang keadaan di Perak agak tenang sikit, pembangkang cuba buat kecoh tetapi Allah bersama pihak yang benar @ BN. Nik Aziz memang perlu belajar jadi lebih beradab dan kalau nak jadi ulamak yang afdal kenalah berenti dari politik sebab politik PAS lebih membawa ulamak ke jalan yang tidak di redhai Allah dan di murkai Allah. Apa tidaknya kerana mereka sentiasa berbohong demi poliical millage. Yang haram mereka halalkan dan yang halal mereka haramkan. Lagi pun cakap Nik Aziz dah tak boeh pakai sebab banyak melalut. mungkin dan nyanyok gamaknya. Saya akan masuk PAS atau PKR jka kifli jadi pemimpin parti ity, kalau kifli takat jadi macai dan pecacai pengangkat najis je , Eiss! buat apa saya ikut kifli ni.....

Anonymous said...

Begini Rupanya Wajah DAP Perak


UMNO menuduh Hj Nizar boneka DAP, mengikut telunjuk Nga dan Ngeh, pentingkan Cina dari Melayu, setiap ucapan kena rujuk DAP, kenyataan akhbar juga ikut kehendak DAP, beri kuasa DAP agih tanah pada Cina dan sebagainya. Hari ini saya nak cabar kerajaan haram BN dedahkan semua yang didakwa dengan bukti-buktinya, lapor pada SPRM atau polis dan seretlah Hj Nizar dan semua EXCO ke mahkamah. BN ada kuasa haram, gunakanlah kuasa haram untuk mengiyakan apa yang kamu dakwa.

Sebenarnya itu semua dakwaan kosong, fitnah, palsu, tak ada modal nak cari isu, mereka-reka isu palsu supaya rakyat terpedaya, media pula dikuasai oleh mereka, Samad Majid dari FM Perak pula buat lapuran dalam Berita Perak di Radio setiap hari. Setiap dakwaan dan tuduhan tidak pula Hj Nizar sebagai MB dan EXCO diberi peluang menjawabnya. Hubungan antara pimpinan Pakatan Rakyat Perak cukup intim, saling memahami, tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif samada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu. Hj Nizar pula setiap kali memulakan ucapan dalam apa sahaja majlis samada majlis itu dihadiri ramai orang bukan Islam atau tidak, pasti muqaddimah ucapannya dimulakan dengan petikan ayat-ayat al Quran, diterjemah dan diberi kupasan untuk tujuan dakwah kepada mereka. Kadang-kadang diterjemah dalam bahasa Inggeris supaya mereka lebih memahaminya.

Nga, salah seorang EXCO DAP sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Hj Nizar dan bertanya saya dari ayat mana dan surah apa. Saya beritahu ayat dan surah yang dibaca. Katanya dia mahu study di rumah ayat yang dibaca oleh Hj Nizar. Di mini perpustakaan Nga ada terjemah al quran dalam bahasa Inggeris, dia cari ayat tersebut dan dikajinya. Akhirnya beliau kagum dengan Hj Nizar, menurut Nga ayat-ayat Quran yang dibaca Hj Nizar mesti ada kaitan dengan majlis yang diadakan. Malahan, beliau turut mencari mana-mana ayat al Quran yang berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan, integriti, ketelusan dan amanah, beliau bertanya saya dan meminta saya mengajarnya bagaimana cara menyebut dalam bahasa Arab, saya menulis dalam huruf rumi ayat-ayat tersebut dan ternyata dibacanya dalam ucapan dan ceramah walaupun pelat, diterjemah dan dihurai dengan begitu baik prinsip-prinsip tersebut mengikut ajaran al Quran.

MCA, MIC dan semua parti komponan BN yang lain, ada atau tidak pemimpin mereka membuka al Quran, membaca dan menterjemah serta mengulas mana-mana konsep mengikut ajaran Islam. Seingat saya, tidak ada pemimpin MCA dan MIC yang berbuat demikian, sebab itu mereka tidak faham Islam walaupun berkawan dengan UMNO sejak sekian lama, apatah lagi UMNO yang menjadi rakan mereka sendiri tidak faham Islam. Sebaliknya, DAP sejak berkawan dengan PAS, sama-sama memerintah Perak khususnya, cukup memahami konsep keadilan, amanah dan kebajikan mengikut ajaran Islam. Bahkan mereka juga tahu hukum Hudud yang selama ini mereka diberi gambaran yang salah oleh media dan pemimpin BN.

Qari dan Qariah Perak telah menjuarai tilawah al Quran peringkat Kebangsaan. Ngeh dari DAP mencadangkan kepada MB Perak supaya mereka diberi anugerah berupa sumbangan, MB setuju beri 5 ribu setiap seorang, Ngeh cadang 10 ribu setiap seorang, sebab mereka telah mengharumkan nama Perak. Malahan turut dicadangkan kerajaan taja mereka mengerjakan haji atau umrah. Cadangan tersebut diberi perhatian oleh MB dan bersetuju buat majlis dan beri sumbangan 10 ribu seorang dan jurulatihnya 5 ribu.

Seorang Tok Guru pondok dari Pengkalan Hulu yang juga ahli majlis fatwa negeri Perak yang dikenali dengan nama Pak Teh. Pak Teh ada pondok yang mempunyai murid yang agak ramai, pondok Pak Teh agak uzur, muridnya ramai, gurunya pula tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Pak Teh ada memohon kira-kira 45 ekar tanah hutan di belakang pondoknya. Tanah hutan tersebut dipohon sejak bertahun-tahun dahulu untuk diusahakan dengan pertanian. Pak Teh mengadu pada Dato' Seri Hj Nizar sempena lawatan kerja MB Perak ke Pengkalan Hulu. Di pejabat, MB mengarahkan pegawainya menyemak semula permohonan Pak Teh, dalam semakan MB, didapati permohonan Pak Teh sudah lengkap laporannya di PTG, semua Jabatan berkaitan menyokong permohonan Pak Teh dengan mengatakan tiada halangan untuk diberi pertimbangan kelulusan, tetapi fail tersebut tidak diangkat ke mesyuarat EXCO untuk diluluskan, Hj Nizar terus mengarahkan PTG menyediakan fail segera untuk diangkat ke mesyuarat EXCO supaya diberi pertimbangan kelulusan.

Dan mesyuarat EXCO terus meluluskan, Ngeh bertanya kepada MB mengapa hanya 45 ekar sahaja yang diluluskan, tanah kerajaan luas lagi di Pengkalan Hulu, untuk mencari dana bagi tujuan pendidikan Ngeh mencadangkan diberi sahaja 100 ekar. Tujuan Pak Teh mohon tanah kata Negh bukan untuk kepentingan peribadi tetapi kepentingan bagi melahirkan tokoh-tokoh ulama di Perak. Itu kata Cina DAP yang sering ditohmah oleh UMNO. Tajol Rosli jadi MB Perak sejak 10 tahun dulu bersama dengan EXCO muslim yang lain, Pak Teh pula ahli Majlis Fatwa negeri Perak, permohonan tanah yang diajukan kepada MB BN ketika itu diabaikan. Sepatutnya mereka malu dengan Ngeh yang nampaknya lebih prihatin terhadap perkembangan pendidikan Islam di Perak.

DAP tidak pernah membantah apa sahaja cadangan mengenai hal ehwal Islam, apabila bantuan perkapita diberi semula kepada Sekolah Agama Rakyat, EXCO DAP tidak membantah. Mereka tidak pula meminta supaya sekolah-sekolah Cina turut diberi bantuan perkapita. Permohonan-permohonan untuk tujuan baik pulih masjid, surau, sekolah-sekolah agama sering diluluskan oleh MB, DAP dan EXCOnya tidak juga membantah atau dengki. Program-program Islam yang dicadangkan dan dilaksanakan oleh kerajaan Negeri seperti buka puasa dan solat tarawikh di dataran DBI, kempen solat, tazkirah setiap hari sepanjang Ramadhan menggunakan pembesar suara dan juga azan Zohor di Surau SUK menggunakan pembesar suara tidak pernah dibantah oleh DAP.

Sebenarnya DAP dengan semua ADUNnya jauh lebih baik, prihatin, mudah mesra dan pandai menyesuaikan diri berbanding dengan MCA dan MIC. Sebab itu, mereka ditolak oleh pengundi Cina dan India. Orang Melayu juga yang payah berubah, tetapi Insya Allah saya yakin, perkembangan politik mutaakhir ini menunjukkan orang Melayu juga akan berubah untuk menolak BN secara total dalam pilihanraya akan datang.

Anonymous said...

ramai lagi orang-orang melayu dok kutuk umno sekarang ni tapi apa yang diaorang kutuk tu semua ambik bulat-bulat dari "Penipu Rakyat"
tak ramai orang melayu suka berfikir secara waras menggunakan akal yang diberikan oleh allah s.w.t.
wahai melayu buka minda luas-luas perhatikan apa yang betul-betul terjadi sekarang ni. DAP macam mana pun akan memastikan orang-orang melayu malaya menjadi seperti orang-orang melayu temasik.
DAP memang haram jadah diaorang ni agen zionist yang dah bertapak di tanah melayu sejak 40 tahun dahulu.
kepada pengikut pas fikirkan islam macam mana pemimpin kamu amalkan..
anwar de juboq akan kecundang juga..yang pasti anwar tidak dapat menyelamatkan bontot dia sendiri kelak..DAULAT TUANKU!!

Anonymous said...

Sidang DUN Terhebat Dalam Sejarah Malaysia - malaysiakini
Aku ada dekat pejabat DAP depan SUK. pagi tadi kami sampai depan SUK jam 8:10 pagi. suasana tenang. FRU bertambun-tambun. Geng PEKIDA pun bertambun-tambun dok provoke penyokong Pakatan Rakyat.

ADUN-ADUN dan EXCO-EXCO Pakatan Rakyat datang dengan bas. sampai agak lewat sebab merancang perjalanan ke SUK dengan berhati-hati.

Sampai dekat SUK, depa terus gerak nak masuk kedalam SUK tapi dihalang oleh "Robocop". suasana agak tenang masa tu.

Bukan saja "Robocop" menghalang, tapi ada jugak hampir 15 orang tukang PROVOKASI dengan songkok tinggi dan jugak janggut ala-ala ZZ-Top.

YB Char Men Koi kena tumbuk dek songkok tinggi. Haram Jadah sungguh. memang kurang ajar puaka-puaka tu. yang paling aku "Respek" ialah bila Polis Uniform dan FRU merestui perbuatan Haram Jadah geng PROVOKASI tu. sikit pun depa tak halang.

Untuk elak suasan dari jadi lebih tegang, para ADUN-ADUN dan EXCO-EXCO Pakatan Rakyat berundur buat seketika.

Lepas berbincang buat seketika, ADUN-ADUN, para EXCO-EXCO dan juga Tuan Speaker memmutuskan untuk mengadakan Sidang Tergempar Dewan Undangan Negeri dibawah sepohon Pokok Sena (dengan izin YB Mahfuz Omar) dan disaksikan oleh ribuan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang membentuk bulatan sebagai simbol kesepakatan dan juga "simbol" Dewan Undangan Negeri.

Sidang DUN berjalan dengan lancar dibawah Pokok Sena dan dewan telah meluluskan 2 usul yang diperdebatkan iaitu menyokong kepimpinan Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar dan juga menyokong usul Pembubaran DUN. seterusnya Dewan menyerahkan kepada Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar untuk tindakan seterusnya bagi membolehkan DUN dibubarkan bagi membolehkan satu Pilihanraya Kecil Negeri diadakan di negeri Perak.

Tengah-tengah aku dok menaip ni ada pulak SB-SB dari depan SUK dok langkah datang...

Wa sambung balik karang... dengan gambar-gambar panas.

Anonymous said...

En. Kifli,
Balik lah rumah sendiri, tak ada rumah ke? Tak ada blog sendiri ke nak hantar posting? Atau blog dah penuh dengan sampah sarap? Rupanya ada juga orang yang gila meroyan macam ni ye. Tulis lah lagi dan hantar banyak2, atau pun kalau en. jifli nak kan blog ini saya boleh berikan dan saya buat blog lain pulak. macamana? saya kesian kan en Kifli anak musafir PAS dan PKR

Anonymous said...

rendahnya maruah pekida!

hari ni di dalam sejarah, persidangan dewan di jalankan di bawah pokok. nampaknya seperti satu perkara pelik tapi itu lah yang patut di lakukan dengan undang undang pelik negara kita. lokasi pokok itu boleh di jaga untuk di masukkan di dalam sejarah perak.





perlu di jelaskan bahawa kertas larangan dan penutupan dewan ADUN telah di keluarkan semalam tanpa tanda tangan. kerana menyedari kesilapan itu, maka lewat petang, notis itu telah di tanggalkan. Dalam masa yang sama FRU telah mengawal tempat tersebut sejak semalam. bermakna tiada lah orang yang boleh memasuki kawasan tersebut kecuali mereka mereka yang ditugas kan oleh pihak bangunan SUK. Yang nyata, ia di tanggalkan oleh pihak SUK.

bila notis itu di buka, maka bangunan itu sepatutnya boleh digunakan oleh Speaker dan ADUN untuk bersidang. malangnya hak mereka terus di nafikan oleh pihak FRU. lantas mereka terpaksa bersidang bawah pokok sekitar 200 meter jaraknya dari bangunan SUK. dengan bantuan dari orang ramai seramai 1,000 orang, majlis tersebut berjalan lancar seperti yang diharapkan. 2 usul dan 1 surat telah di luluskan.

menurut berita yang di dengar, terdapatnya satu arahan dari .................... untuk mengadakan sidang tersebut. maka selepas ni keputusan membubarkan DUN akan di persembahkan kepada Baginda Sultan Perak untuk meluluskan.

ada yang berkata, speakar dan ADUN tidak mengikut undang undang dan tidak sabar di dalam mengadakan persidangan. tapi ada pihak pula mengatakan bahawa undang undang untuk tidak membenarkan Speaker dan DUN masuk ke dewan juga menyalahi undang undang. tak kira lah apa pun yang pasti persidangan telah berjalan dan sekarang kita menanti kelulusan dari Sultan.

jangan cerita tentang undang undang kerana undang undang negara sudah dan akan terus di cabul oleh UMNO dan BN. antara contohnya ...


lihatkan beberapa beruk UMNO@Pekida yang sewenang wenangnya membuat provokasi yang bahaya ketika ADUN dan Speaker cuba masuk ke dalam kawasan bangunan. Malah ada DUN yang kena penumbuk kumpulan pekida tersebut ketika di depan pintu masuk SUK. Ia di lakukan di depan FRU dan polis. tiada sebarang tindakan di buat oleh pihak berkuasa. seolah olah UMNO itu cukup berkuasa sehingga undang undang itu mak bapak diorang punya.

sehingga saat ini, kumpulan pekida sudah berada di bawah pejabat DAP, lokasi sidang akhbar. mereka membaling baling cawan dan kerusi seperti orang hilang akal. mana pihak berkuasa? undang undang apa? undang undang kepala bapak diorang?

maka buang lah tajuk undang undang itu dari terus di bicarakan

Anonymous said...

Penyokong UMNO Baling Batu, Botol Ke arah Nizar


Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dibaling botol air dan batu oleh kumpulan yang dipercayai penyokong UMNO selepas sidang tergempar Dewan Undangan Negeri.

Kejadian berlaku di luar pejabat DAP di Ipoh setelah Nizar selesai mengadakan sidang akhbar mengenai persidangan bersejarah itu yang diadakan di bawah pokok di hadapan Bangunan Dewan Undangan Negeri yang diambil alih oleh polis

Ketika memasuki keretanya, sekumpulan orang membaling botol air mineral dan batu ke arah Nizar sebelum melarikan diri (Sendiri mau Ingat : Penakut Org2 Umno ni sama mcm Yahudi).

Kira-kira sejam sebelum itu, Nizar dan rombongannya dihalang oleh penyokong UMNO ketika mereka dalam perjalanan untuk menghadiri sidang tergempar berkenaan.

Malaysiakini melaporkan polis yang di kerah disitu tidak bertindak terhadap kumpulan berkenaan.

Nizar dan rombongannya berjaya melepasi sekatan itu. Namun mereka dihalang, dan dikasari oleh polis apabila tiba di pintu masuk Bangunan Perak Darukl Redzuan.

Pada sidang medianya, Nizar berkata pihaknya menepati segala peruntukan perlembagaan untuk mengadakan sidang tergempar itu.

“Kita terpaksa mengadakan sidang di bawah pokok atas doktrin keperluan kerana kami dihalang daripada memasuki bangunan dewan, namun kami harus memenuhi tanggungjawab kami berasaskan notis (siding) yang dikeluarkan oleh Speaker,” kata Nizar

Anonymous said...

Bohong! Ini semua kerja PAS dan PKR, mereja yang membaling botol air kepada Nizar untuk menagih simpati tetapi menyalahkan UMNO. Ini memang perangai celaka. Cukuplah kifli menjadi macai si celaka tu

Anonymous said...

KAFLUS:

Oi BH, kifli ni kurang ajar dan lebih2 di blog kamu, kenapa tak ambil tindakan? Delete aje koment dia tu. Ini penghasut ni.

Anonymous said...

AKU ADA KAT SITU MASA KEJADIAN,AKU KENAL SANGAT DENGAN GEROMBOLAN UMNO DENGAN MUNKEE PEKIDAAAAAAAAAB

Anonymous said...

KAFLUS:

Aku bukan bodoh macam kau kifli, aku tak percaya semua ini. Kau lainlah sebab kau tu pencacai pengangkat najis dan pemakan najis PKR dan PAS

Apache said...

cerita yang dibuat oleh golongan israeliat nih memang penuh dengan tahyul...kalau dah alim sangat wakil rakyat DAP tu naper tak masuk PAS sahaja...cerita macam nih dah tak laku dah... tulis dalam blog sendiri lah...sampah..

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...