03 March, 2009

UMNO DAN PAS





Dato' Mukhriz Mahathir - membawa suara generasi muda melayu melihat adanya keperluan dan peluang bagi menyatukan UMNO dan PAS demi survival bangsa. Tokoh muda yang Berani Mengubah mengajak kita untuk Berani Berubah - Beranikah Kita?



Kemelut melanda politik tanahair semakin kalut dan tidak menentu. Rakyat makin keliru dan buntu - kemanakhan sebenarnya arah-tuju politik kita? Apakah sebenarnya yang diperjuangkan oleh mereka? Kepentingan rakyat atau kepentingan peribadi?

Walau apa pun, yang menarik perhatian adalah pencarian titik pertemuan diantara 2 parti melayu yang dulunya adalah satu: UMNO dan PAS. Parti melayu adalah asas kepada politik tanahair. Sejak mencapai kemerdekaan lagi parti politik melayulah yang memainkan peranan besar dan jadi penentu arahtuju politik dan pembangunan negara.

Kerana itulah pertentangan besar yang kita rasakan ketika ini pun adalah pertentangan politik antara 2 parti melayu ini: UMNO dan PAS. Kewujudan parti politik lain sebenarnya tidak terlalu dirasakan kerana UMNO selaku parti teras telah membentuk satu pakatan @ parti komponen Barisan Nasional.

Majoriti rakyat (pengundi) adalah melayu dan beragama Islam. Jika penyatuan UMNO dan PAS menjadi kenyataan dan AP-AP yang memenangi terdiri dari majoriti melayu dan berberagama Islam maka mudahlah perlembagaan negara dipinda mengikut kehendak dan syariat Islam.

Hj. Hadi telah menyuarakan pembentukan kerajaan campuran. Ini harus tidak dipandang ringan. Memang banyak lagi perkara harus di selsaikan tetapi jangan bunuh harapan ini di awal kata. Marilah kita dengan jujur mencari titik pertemuan itu. Kita carikan dimana kita ada banyak persamaan dan kita sisihkan dimana pun ada perbezaan.

Dato' Mukhriz Mahathir juga telah menyarankan perkara serupa. Harap jangan kita semua abaikan pandangan generasi muda yang inginkan perpaduan sebenar umat melayu.

Semua pihak harus membiarkan ini berlaku dalam tenang. Jangan ada mana-mana pihak lagi melakukan apa-apa provokasi kerana musuh Islam kita diluar sana memang menghendaki kita tidak bersatu. Biarlah sekali ini kita menyampaikan berita duka kepada musuh kita bahawa UMNO dan PAS akan bersatu demi perpaduan Melayu dan Agama Islam



(KLIK LINK DIBAWAH UNTUK BACAAN LANJUT)

UMNO DAN PAS MENUJU TITIK PERTEMUAN

JIKA PAS JUJUR, BERSATULAH DALAM UMNO

(kLIK UNTUK BACA BLOG PENA BIASA)

4 comments:

Apache said...

Setuju bro..orang melayu perlu bersatu demi kebaikan semua, jangan gadaikan maruah bangsa kerana kemaruk kuasa..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

ape kehe ni yeop bagi nasihat pun kena deleted ke? puak ko kalau maki pun ok je......

Daddy said...

Salam kemaafan... buat para pencinta silaturahim moga-moga tetap lah kaki di Sirotal Mustaqim itu walau jiwa meronta berdepan dengan seribu kepayahan...

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...