15 November, 2009

CELAKA KAU NIZAR: MELAYU DITIPU - IMBAS KEMBALI PRK BUKIT GANTANG

TAJUK EDISI SISIPAN AHAD:SELANGOR FOR SALE?



Sekadar hiasan



1. Bukan Melayu undi pembangkang – Utusan Malaysia 8/4/2009

Oleh Marhaini Kamaruddin

.../

Calon anak tempatan yang dikemukakan oleh Barisan Nasional (BN), Ismail Safian gagal menyaingi polulariti calon PAS, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin – yang menjadi Menteri Besar Perak selama 11 bulan.

.../

Dan seperti disebut-sebut sepanjang kempen pilihanraya kecil ini, pengundi Cina menjadi penentu apabila mereka beramai-ramai keluar mengundi untuk memberikan sokongan kepada Mohammad Nizar yang menjadi calon pilihan DAP sejak awal-awal lagi.

.../

Dewan Undangan Negeri Kuala Sepetang yang mempunyai 6,276 orang atau 31.8 peratus pemilih berdaftar kaum Cina mencatatkan jumlah keluar mengundi tertinggi semalam iaitu sebanyak 15,422 pengundi atau 78.14 peratus. Dan disitu sahaja, BN kalah dengan majoriti lebih 2,000 undi atau 73.8 peratus yang keluar mengundi.

Keseluruhannya 41,575 orang ataub 75.34 peratus keluar mengundi pada pilihanraya kecil ini, pertambahan 2.69 peratus berbanding 72,65 peratus atau 40,299 orang pada Pilihan Raya Umum 2008.

.../

Analisis daripada kekalahan BN di Bukit Gantang, satu faktor patut menjadi renungan BN khususnya parti-parti komponen – MCA dan Gerakan – bahawa majoriti pengundi Cina tidak memihak kepada mereka lagi.

.../

2. Keengganan Pas punca Melayu terus berpecah? - Utusan Malaysia


(Klik ke Blog The Unspinners)



TANJUNG MALIM 11 Nov. – Keengganan Pas meneruskan rundingan kerajaan perpaduan bersama UMNO menyebabkan masyarakat Melayu terus berpecah. Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan, perpecahan itu akan menjadi semakin ketara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

“Saya kira kaum Melayu akan tetap berpecah daripada segi fahaman politik.

“Selagi Pas tidak mahu kerjasama dengan parti-parti selain dalam pakatan pembangkang, harapan kita untuk mengadakan kesepakatan yang lebih baik tidak akan berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab selepas menyampaikan syarahan bertajuk ‘Pembangunan Ekonomi dan Pembinaan Bangsa’ anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini.

Tengku Razaleigh mengulas peluang dan harapan politik serta ekonomi orang Melayu pada masa depan berdasarkan tindakan Pas menutup ruang kerjasama sekalipun UMNO beberapa kali menyatakan kesediaan demi kepentingan bangsa dan agama Islam.

Beliau menambah, keengganan Pas juga mungkin disebabkan keyakinan parti itu untuk memenangi pilihan raya umum akan datang dengan hanya bekerjasama dengan parti-parti pembangkang..../




bRAVEhEART:


  1. BN mengalami majoriti kekalahan lebih 100 peratus berbanding majoriti kemenangan pembangkang di DUN itu pada Pilihan Raya Umum yang lalu hanya 564 undi. BN juga kalah di DUN Cangkat Jering yang mencatat peratusan keluar mengundi 73.79 peratus atau 18,418 pengundi.
  2. Begitu bijak bangsa Cina dalam berpolitik. Dimana kawasan majoriti bangsa mereka, mereka akan memilih calon dari bangsa mereka namun jikalau mereka tidak berupaya maka mereka akan mendapatkan calon yang boleh sentiasa memihak kepada mereka. Melayu ditipu kerana kita sentiasa memilih kerana parti.
  3. Apakah pengundi benar-benar menolak MCA dan Gerakan? Mereka hanya ingin memastikan Nizar akan menang dan menjadi MB seterusnya akan memperjuangkan bangsa mereka .
  4. Jelas sekarang mereka telah menguasai sebahagian 'Chinese Belt' - zon ekonomi berdaya tinggi, sesudah menguasai ekonomi mereka akan kuasai politik dan akhirnya melayu akan menjadi abdi sebagaimana semasa penjajah dulu.
  5. Sekiranya kekuatan BN terserlah, mereka akan menyatakan dan menunjukkan sokongan mereka kepada BN untuk mendapat faedah daripada BN pula.
  6. Diharap orang-orang melayu tidak akan lupa kepada dasar-dasar bangsa yahudi di Israel untuk diperbandingkan.
  7. Yang akan rugi dan semakin terhakis kuasanya adalah orang melayu juga kerana kita kalah bila di-adudomba-kan. Juga kerana sebahagian pemimpin melayu yang lebih mementingkan diri sendiri.

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...