05 November, 2009

SATU MALAYA: BLOG HUSIN LEMPOYANG SINDIRAN POLITIK

Saya sudah lupa sejak bila saya mengikuti tulisan diblog Husin Lempoyang (Klik ke blog Husin Lempoyang)
Namun sejak pertama kali membacanya saya terus menyukainya. Dia menulis tentang politik dan masyarakat. Memberikan pandangan dan menegur secara sinis. Mungkin ada yang rasa terluka atau sakit hati, tetapi diblog ini tiada langsung kata caci-maki. Sehingga kita merasakan tegurannya adalah sangat munasabah dan munaSERAWAK. Saya teringat akan ruangan dalam majalah dewan masyarakat tidak lama dulu...perspektif..tulisan Mansor Ahmad Saman yang mungkin lebih natural isunya namunada keseronokan ketika membacanya diselang-seli dengan lawak dan sindiran sinis.

Andaikan semua blog politik menulis dgn tidak memaki hamun serta mencerca, alangkah baiknya, dapat mendidik generasi muda bagaimana berbudi bahasa dan menghormati orang lain. Apa anugerah patut kita berikan pada Tuan Husin Lempoyang?

Berikut petikan terbaru posting beliau:


Khamis, November 05, 2009
Repot Kad Menteri




Hari ini akan ada mesyuarat khas dengan Menteri-Menteri berkenaan KPI.

Kalau setakap hari ini, Cikgu Najib sudah ada tersedia repot kad. Semua, selain Rais yang anak Yatim, dipinta datang dengan ibu bapa bertemu Cikgu Najib untuk mengambil kad repot.

Berikut adalah komen-komen dalam kad repot masing-masing:

Khalid Nordin: Baik dan tertib dalam kelas. Tumpukan kepada tugas dalam pengajian tinggi dan bukan jadi kontraktor membina pengajian dalam negeri. Rekomen tukar kelas.

Hishamuddin: Murid yang berhati-hati dalam kerja. Sebagai Pengawas, kurangkan beri amaran dan lebihkan bertindak.

Zahid Hamidi: Baiki bahasa Inggeris. Suka main-main. Kurangkan mengampu Cikgu.

Ong Tee Keat: Baik dalam pelajaran. Masaalah pergaulan. Kurangkan kelahi sesama sendiri.

Liow Tong Lai: Jauhkan diri dari bergaul dengan kumpulan yang masaalah bergaul. Sudah menunjukkan kecenderongan untuk kelahi.

Shahrizat Jalil: Tumpukan kerja dan kurangkan menarik perhatian. Isteri Dato Sahak lagi cantik.

Noh Omar: Baiki sebutan bahasa Inggeris. Sebut profesional bukan fofesyenal.

Nazri Aziz: Kurangkan bercakap-cakap dalam kelas. Rekomen tukar kelas.

Ismail Sabri: Terlalu pendiam. Penglibatan dalam darjah kurang menonjol. Rekomen tukar kelas.

Rais Yatim: Sangat baik dalam mata pelajaran bahsa dan sastera. Perlu perbaiki matapelajaran sains.

S Subramaniam: Baik dalam pelajaran dan pengetahuan. Tingkatkan ko korrikulum dan jawatan dalam persatuan. Sedang dipertimbangkan tukar kelas.

Shabery Cheek: Prestasi baik tetapi sedang dipertimbangkan untuk tukar kelas untuk beri laluan Menteri muda.

Koh Tsu Koon: Tingkatkan prestasi. Tidak cukup dengan markah kasihan sahaja.

Nor Mohamad Yakcop: Ulangan peringatan supaya hentikan pembaziran dan berblanja sesuka hati. Sepatutnya ditukar kelas.


Berikut pula komen yang diterima:

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

Mana dia Ng yen yen menteri pelancongan tuan husin?

-IndraPutriMahyudin-

12:10 PM
Blogger PKMPL berkata...

HAHAAHA

BANYAK LAGI MENTERI TAK DAPAT REPORT CARD...

12:21 PM
Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

Sebagai Nazir sekolah, saya cadangkan kepada Cikgu Najib berhentikan sekolah Nor Yaakob.

12:39 PM
Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

"Rais yg kematian bapa kandung" kena amik kelas Pendidikan Moral supaya jambatan yg ada di Malaysia ni tidak dibakar dgn sewenang-wenang nya ..

1:22 PM
Tanpa Nama Latifah berkata...

Tak paham kenapa nak kekalkan nor yakcop.

Rugi BNM sampai cecah 16 bilion. Khazanah berapa billion lagi ranap?

Najib masih nak simpan dia lagi?

1:27 PM
Tanpa Nama Loli berkata...

Hishamuddin: Murid yang berhati-hati dalam kerja. Sebagai Pengawas, kurangkan beri amaran dan lebihkan bertindak.

Ditukar portfolio dari Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjadi Menteri Kementerian Hanya Amaran (KMA)

1:30 PM
Tanpa Nama Pekerja MAS berkata...

idris jala perosak mas tu bila nak dibuang sekolah najib?

1:43 PM
Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

Nor Yaacob-Sila berhentikan anak sedara kamu di Office Khazanah di Penang (Bangunan EPF)kerana banyak pembaziran disitu.

Sewa office puluh ribu sebulan, buat renovation juta, staff ada tiga org...semua nya gelap...

Nak sembang petang minum tea pon mintak air-cond tambahan yg kena caj dengan pemilik bangunan...

1:52 PM
Blogger wanbaki berkata...

macam mana imam budak-budak kelas, pengawas luar, abang Man Sur albuaya. macam mana tokpa????

2:28 PM
Tanpa Nama Ketua Pengawas berkata...

Cikgu Husin,

Saya nak ke toilet cikgu....

2:49 PM
Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

Cikgu Najib - kurangkan "play-safe", dah besar panjang jangan dok asyik menyorok belakang skirt, nanti orang pandang serong pulak!

2:50 PM

1 comment:

Anonymous said...

CIKGU HUSIN......

NUAR BRAHIM KELAS SEBELAH,

MAI BERAK DALAM KELAS KITA...

cikgu husin : TOLONG PANGGIL TUKANG KEBUN PAK NIK HAJIS atau PAK HADI, KASI BERSIH ITU PUNYA KOTOR....

baik Cikgu Husin.... kata ketua kelas SEPON AL-BUKHARI

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...