26 November, 2009

NIK AZIZ LETAK JAWATAN

Saya akan lepas jawatan segera, esok atau lusa. Perjuangan PAS dah serupa dengan UMNO, kerjasama dengan kafir harbi. Jadi, kepada penyokong saya yang berhenti kerana terpaksa ni saya menyeru supaya marilah kita Melayu bersatu dalam UMNO. Saya pun sokong 'Satu Malaysia' tu.



Masa sarapan minum pagi lepaih sembahyang subuh pagi tadi, ustaz yang merupakan 'informer' saya dalam PAS kata pertemuan beberapa pemimpin utama PAS menemui N.Ajis dipejabatnya bukan saja berkenaan meminta Ariffahmi berundur dari PMBK.

Saya dah tangkap dah apa dia kata. Ariffahmi mesti disuruh berundur kerana tempat untuk dia berpaut sudah tak ada. Betul tak ustaz saya tanya. Betoi dia kata. Kalau Ariffahmi sudah undur, mestilah itu petanda N.Ajis sudah tidak lama lagi......(sambungan baca diblog dibawah ini)

(Blog Unspinners)


(Blog My.KMU.net)

Memang DS Nik Aziz sudah patut berundur, lama dulu lagi jika beliau masih ingin dihormati oleh umum. Kerana dalam politik, semakin lama kita memimpin maka semakan banyak kita buat silap dan buat salah serta semakin ramailah juga musuh kita (didalam), semakin ramai kawan kita yang tidak menyukai kita lagi.

Dalam kesnya sebagai MB Kelantan, jikalau DS Nik Aziz masih memegang jawatannya maka alamat mati 'keringlah' pemimpin pelapis yang menunggu untuk mendapat menjawat jawatan berkenaan. Sepatutnya di peringkat negeri, Nik Aziz tidak harus memegang jawatannya terlalu lama, bahkan sehingga kini tempohnya sudah melebihi Tun Drm Mahathir yang memimpin negara.

Dulu, DS Nik Azizlah diantara orang yang mencemuh Tun kerana memerintah terlalu lama, rupanya dia nak pecahkan rekod dengan mengatasi tempoh pemerintahan Tun Dr, Mahathir. Jikalau tidak ada tekanan, saya percaya DS Nik Aziz sanggup memegang tidak melepaskan jawatan sehingga mati. Rupanya Tok Guru ini juga makhluk yang tamakkan kuasa dan disamping mengamalkan kronism.

Eloklah DS Nik Aziz berhenti, sukarela atau dipaksa...umurpun dah tua dan kesihatan pun selalu terganggu. Walaupun sudah bukan MB lagi, kita percaya simpanan sudah banyak dan nanti boleh juga selalu berikan ceramah-ceramah untuk menambah pendapatan. Ceramah-ceramah agama anjuran PAS ini selalunya umpama sarkas, dimana pengikut datang beramai-ramai dengan mambayar atau mereka namakan ini sedekah untuk mendengar 'sarkas' memaki hamun dan menyebar fitnah kepada para pemimpin negara.

Nanti kita boleh bayar tiket untuk tengok 'sarkas' DAP baca Al-Quraan dan bolehlah kita ramai-ramai 'mengaminkannya' serta menjerit dengan sahutan 'Allahhu-Akbar' PAS - takebeer! takebeer! Kah kah kah! PAS - Parti Alatkan Islam.

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...