04 November, 2009

SATU MALAYSIA: BERSUARA DEMI RAKYAT - RASUAH ITU SATU PERNIAGAAN ?

GAMBAR ATAS (dari kiri) Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abd Rahman Bakri; Bekas Adun Teratai, Yap Soo Sun; dan Bekas Pegawai Tugas Khas Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri manakala gambar bawah (dari kiri) Pembantu Tadbir Abd Rahman, Rosli Busro, Pembantu Yap, Mohd Firdaus Abu Zarin dan Pegawai Khas Exco Selangor, Ronnie Liu, Wong Chuan How.- Sumber BH Online




SHAH ALAM: Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abd Rahman Bakri dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai, Yap Soo Sun serta dua pembantu mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, terhadap 30 tuduhan membuat tuntutan palsu antara Januari dan Februari tahun lalu.

Turut didakwa di Mahkamah Sesyen berasingan, pegawai peribadi Exco kerajaan Selangor Ronnie Liu, Wong Chuan How dan bekas pegawai tugas khas Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri. Masing-masing menghadapi tiga dan dua tuduhan salah guna kuasa dan memalsukan dokumen.

(Klik ke Berita Harian Online 4 November.)


Saya melihat ini adalah usaha bersungguh-sungguh Kerajaan 1 Malaysia untuk membersihkan imej kerajaan yang tercemar selama ini. Semua orang melihat rasuah sebagai musuh utama pembangunan serta kesejahteraan negara. Oleh itu wajarlah rasuah, bagaimana rupa sekali pun dan bagaimana cara sekalipun mesti diperangi habis-habisan.

Bagaimanapun, diperingkat yang lebih tinggi lagi harus juga dibersihkan dari rasuah. Kita tidak mahu lagi pembenterasan rasuah hanya melibatkan ikan bilis sahaja namakala jerung masih lagi bebas dan bermaharaja lela.

Bersihkan dan menampakkan bersih kesemua menteri-menteri, ahli-ahli Parlimen dan ADUN-ADUN dari parti pemerintah kerajaan. Bersihkan juga pegawai-pegawai tertinggi penjawat awam dan kemudiannya kita bersihkan segala penjawat awam yang menjadi sampah dalam masyarakat kita selama ini.

Adalah sangat tidak wajar apabila mereka yang telah dibayar gaji oleh kerajaan kemudiannya melakukan perniagaan tanpa modal dengan meminta imbuhan bagi meluluskan satu-satu projek. Rakyat telah lama melihat ini semua dan inilah gejala besar yang mencacatkan kerajaan selama ini. Lebih mendukacitakan adalah mereka yang melakukan kesalahan dan meburukkan nama kerajaan dalam masa sama memburuk-burukkan parti kerajaan yang memerintah sama ada secara langsung atau pun tidak.

Penjawat awam yang terlibat dengan rasuah sedemikian adalah musuh utama negara, musuh rakyat dan juga musuh kepada ahli-ahli politik dalam kerajaan yang memerintah. Rakyat menanti saat dimana Kerajaan 1 Malaysia mampu dan berjaya membersihkan kumpulan ini dari perniagaan rasuah mereka.

Saya teringat slogan bekas PM @ Pak Lah: 'Pertanian adalah satu perniagaan'. Kita harap jangan nanti ada slogan lain yang sinis seperti ini: ’Rasuah itu satu perniagaan’.

Satu Malaysia - Satu Harapan Baru ~ bRAVEhEART

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...