19 November, 2009

NIZAR MEMANG CELAKA: HANGAT - CADANG TUN DR MAHATHIR SEBAGAI MENTERI KANAN SANGAT WAJAR

Tunggu Posting Edisi jam 3 dan Edisi Istimewa jam 5:


Negarawan ulung - tiada dua dan tiganya, dihormati kawan dan disegani lawan
Ybhg. Tun Dr. Mahathir Mohammad



1. Saya memberi respon ini berdasarkan kepada posting diblog Tunku yang bertajuk One More Vote For Dr. M Being Made Senior Minister. (Sila klik disini untuk baca)

2. Saya berpendapat cadangan ini harus diberikan pertimbangan yang sewajarnya bukan setakat memberikan penghargaan kepada seorang negarawan, bahkan lebih dari itu ianya adalah bagi mendapatkan pendapat, nasihat dan pengalamannya mentadbir selama lebih 22 tahun.

3. Politik negara dewasa ini sangat mencabar dan penuh duri ranjau, jadi adalah wajar seorang yang sangat berpengalaman seperti beliau berada didalam kerajaan untuk memberikan nasihat secara langsung kepada PM supaya agenda pembangunan negara di tangan PM tidak terganggu kerana Tun Dr. Mahathir akan boleh memberikan juga tumpuan kepada pergolakan politik tanah air.

4. Seperkara yang patut kita berikan alasan untuk mempertimbangkannya adalah supaya akan menjadi pengimbang bagi Pakatan Pembangkang dimana kita melihat bahawa DS Anwar mampu sedikit sebanyak menganggu sebarang usaha DS Najib. Kita percaya apabila Tun ada bersama DS Najib sudah tentu DS Anwar akan 'mati kutu'.

5. Satu usaha harus dibuat secara bersungguh-sungguh untuk membawa kembali Tun Dr. Mahathir kedalam kerajaan dengan cara yang sangat terhormat sesuai dengan jasa-jasanya selama ini walaupun kemungkinan penolakan hasrat tersebut dari Tun memang besar.

6. Satu Undi sentiasa ada untuk Tun Dr. Mahathir dari bRAVEhEART

8 comments:

DR AMISHARIFF said...

salam ziarah. pandangan tuan amat wajar. tun dr mahathir sudah berjuang pd org melayu sejak beliau kenal bulan dan matahari. tapi yg buta hati sahaja yg mengeji dan menafikan sumbangan beliau.

Anonymous said...

orang macam Mahathir ni patut dibicarakan dan digantung tengah laman Dataran Merdeka supaya beliau menjadi contoh kepada umum akan keburukan RASUAH.
Dasar melayu dia ni lah yang membuat Melayu sekarang menjadi Melayu bangang, bodoh dan sentiasa bergantung dan merenget kepada kerajaan. Kalau ada sisa-sisa Melayu baru Mahathir dulu pun, semuanye dah hancur ataupun menjadi kaya mendadak dengan duit haram mereka.
Melayu akan bebas dan berjaya apabila Mahathir ni takde lagi.

DR AMISHARIFF said...

salam. jika tidak keberatan tolong senaraikan blog saya dalam GASAP.

Anonymous said...

Salam. Kalau tak ada Mahathir org malayu masih tak dpt menikmati pembangunan seperti yg dikecapi sekarang.Tak dinafikan ada kesilapan yg dia buat tetapi byk kebaikan yg dia buat utk negara. kenapa tidak memandang kebaikan yg dibuat beliau?janganlah buta hati.

Anonymous said...

anon 12.15 pm
pelancong datang melancong kerana kemakmuran malaysia,datang melabur kerana stabilan ekonomi.mereka rasa selamat kerana kita sifar perang
tapi org kita tak tahu bershukur langsung.tidak menhargai kemajuan dibawah pemerintahan Tun...ASHIK MENDENGKI SESAMA SENDIRI.bIAR BANGSA ASING PIJAK KEPALA...TAK PA....

bRAVEhEART said...

Salam Sdr drami,
permohonan sdr utk GASAP akan diusahakan dalam waktu terdekat. Terima kasih kerana berhasrat menyertai. ~ bRAVEhEART

Apache said...

Sepatutnya dah lama dah kerajaan mengambil Tun sebagai aset kepada negara.. Kemampuan dan kredibiliti beliau mampu menyakinkan pelabur luar dan boleh dibentuk sebagai jambatan penghubung antara Malaysia dan negara luar..

bRAVEhEART said...

Salam, betul tu sdr Apache, hanya yg buta mata hatinya saja yg tidak dapat melihat dan membezakan antara intan dengan kaca ~ bRAVEhEART

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...