Suara Anak Pahang - Perlu Baca

13 November, 2009

CELAKA KAU NIZAR: PAHANG DAILY ONLINE BUAT LAWAK BODOH

Dato' Sharkar Shamsuddin Ketua UMNO Bahagian Temerloh merangkap ADUN Lancang



POSTING BH ESOK: SUARA WANITA UMNO JERANTUT


Apabila saya menjawab tulisan PDO di postingnya hari ini (Klik sini) sudah semestinya saya dicap sebagai ‘pencacai UMNO Karat’. Sebagai media resmi PKR Pahang atau khususnya ‘pencacai’ pengangkut najis tokoh-tokoh PKR, sudah tentulah posting PDO itu bermotifkan politik semata-mata.

Pertamanya mereka ingin mengalihkan pandangan dan kekecewaan penyokong Pakatan Rakyat terhadap kekalahan dalam PRK di Bagan Pinang yang baru lalu.

Keduanya mereka ingin menutupi isu-isu panas berkaitan keburukan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat termasuk yang sedang hebat diperkatakan sekarang mengenai bai’ah calon PAS yang mempertaruhkan isteri ( dan isteri-isteri mereka dengan talak 3 jika melompat parti).

Ketiga mengenai isu DS Nik Aziz menerima rasuah bagi menunaikan haji.

Umum sedia maklum bahawa kebelakangan ini moral dan populariti Pakatan Rakyat telah jatuh merudum dengan teruknya. Rakyat yang dahulunya menaruh harapan dan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat yang mampu membela nasib mereka kini telah menepuk dahi masing-masing dan dengan rasa insaf serta berdosa merasa tertipu oleh janji-janji kosong Pakatan Rakyat yang tidak akan mampu mereka tunaikan.

Bahkan apa yang kelihatan sekarang ini adalah wakil-wakil rakyat dari kalangan Pakatan Rakyat dengan rakusnya melakukan berbagai-bagai penyelewengan termasuk merompak hak rakyat demi kepentingan diri mereka sendiri serta kroni mereka.

Lihatlah isu rampasan tanah di Pulai Pinang dan kini akan juga dilakukan di Selangor pula. Yang menyedihkan nanti adalah orang melayu yang akan tertindas bagi merealisasikan impian bangsa lain dalam menguasai ekonomi dan politik. Mungkin tak ramai orang melayu yang sedar tentang perancangan bangsa asing ini untuk menguasa ekonomi dan politik negara. Mungkin orang melayu masih leka dan tidak menyedari bahawa sedikit demi sedikit kuasa bangsa kita telah hilang dengan jatuhnya kuasa politik ketangan pembangkang dikawasan-kawasan yang dinamakan’Chinese Belt’, dan orang melayu masih leka bertelagah sesama sendiri.

Memang seronok membaca PDO kerana ianya hanya memburukkan kerajaan dan pemimpin-pemimpin kerajaan tetapi tanpa disedari PDO telah menjadi alat bangsa lain bagi melemahkan kekuatan bangsa sendiri dan akhirnya kita terpaksa benar-benar bergantung kepada bangsa lain kerana sudah tidak ada seorangpun bangsa melayu yang masih dalam keadaan baik sebagai pemimpin.

YB Dato’ Sharkar saya percaya akan dengan penuh kesungguhan beliau sebagai orang muda berusaha untuk membangunkan dan mempertahankan bangsa. Memperjuangkan rakyat terutama dikawasan dimana beliau berkhidmat iaitu di DUN Lancang dan Parlimen Temerloh dimana beliau adalah Ketua Bahagian UMNO berkenaan.

Soal adanya ahli UMNO yang keluar parti dan menyertai parti lain saya percaya beliau bersifat terbuka dengan menghormati sistem demokrasi amalan negara kita. Beliau tentu menghormati keputusan dan pendapat setiap individu termasuk dalam memilih parti politik sebagai wadah perjuang seseorang itu. Sudah tentulah lebih baik seseorang itu menyatakan pendiriannya secara jujur dengan menyertai mana-mana parti yang mereka yakini daripada mereka masih didalam UMNO namun bersikap pengecut dengan mengkhianati parti sebagai musuh dalam selimut.

Saya juga percaya bahawa Dato’ Sharkar sedang berusaha keras untuk membangunkan rakyat dikawasannya dan percaya banyak yang telah dan sedang dilakukan untuk tujuan itu, namun akhirnya terpulang kepada rakyat untuk menilai kemampuannya sebagai wakil rakyat dengan menentukan kedudukannya dalam PRU13 nanti.


Pahang Daily Online, hentikanlah lawak bodoh itu dan beranikanlah membebaskan diri dari jadi pencacai pemimpin yang rendah moral! Siapakah pemimpin-pemimpin PKR sekarang ini? Bukankah mereka terdiri dari orang-orang UMNO yang terbuang atau yang telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya namun masih gila untuk terus berkuasa. Bukankah mereka telah gagal dahulu dan mereka akan terus gagal selamanya kerana sikap mereka sendiri yang perjuangkan kepentingan peribadi.

Saya bukan hendak buat tuduhan dan tohmahan melulu, tetapi Satu Pahang tahu siapa Dato' Fauzi dan Satu Malaysia sudah kenal siapa DS ANWAR. Jadi sendiri mau ingatlah!

Beranikan Hati perjuangkan kebenaran ~ bRAVEhEART

2 comments:

Apache said...

sumpah seranah danmaki hamun serta fitnah merata tempat adalah santapan minda mereka...tanpanya mereka akan hilang segalanya...jangan kita hiraukan mereka tetapi kita tak perlu lagi membaca tulisan mereka kerana telah diketahui bahawa hanya yang tidak benar sahaja dan tiada yang benar melainkan yang tidak benar sahaja disitu....

halim tuah said...

berpendapat bahawa perlantikan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sbg Penasihat Ekonomi Negeri Selangor adalah 'JALAN BELAKANG' penguasaan secara rasmi ke atas YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. ANWAR yg mempunyai kedudukan hiraki politik lebih tinggi dari KHALID, akan mengakibatkan KHALID tunduk kpd ANWAR yg 'RAKUS KUASA'! Perlantikan ini dianggap 'DERHAKA' terhadap DYMM Sultan Selangor yg melantik KHALID, juga 'MENGGADAI' hak Rakyat Selangor.

PERLANTIKAN DERHAKA ini harus ditentang habis-habisan hingga ianya DITARIK-BALIK!!!

http://www.youtube.com/watch?v=O1vCIflmfDg

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...