21 November, 2009

Sajak Entetoya Untuk Mat Sabu

EDISI PETANG: KURSUS BLOG UMNO PAHANG - SATU PERMULAAN YANG SALAH?








Untuk makluman, Mohamad Sabu telah membaca sebuah sajak berjudul "Altantuya" pada malam kesenian di Muktamar PAS ke 55 di Stadium Malawati, Shah Alam Jumaat lalu. Saya diminta oleh seseorang yang menamakan dirinya ’Entetoya Sabuu’, yang mengirimkan sebuah sajak (sebagai balasan untuk sajak mat sabu) untuk disiarkan diblog saya. Saya tidak langsung memahami tentang sajak sebelum ini namun sangat teruja untuk menyiarkan sajak berkenaan, khusus untuk Mat Sabu.



Sajak Entetoya Untuk Mat Sabu

Agama kau junjung tinggi
diatas kopiah serta serban
menutupi jambul dan tanduk setanmu yang bercabang,
jari jemarimu pantas memetik butir-butir tasbih
mengira berapa untung akan kau dapat pada akhirnya
dari setiap derma dan sedekah -
pada setiap ceramah.
Ibadah apakah kau namakan ini - adalah ceramah
menghamun dan mencaci-maki
lalu kau penuhi seluruh ruang masjid dan surau
dengan kata dusta dan nista
bersambut dekahan ketawa makmum
engkaulah imam mereka menuju neraka
menjahanamkan bangsa.
Bukankan syurga dicipta untuk umat manusia
penuh bidadari didalamnya?
namun didunia ini kau dambakan juga wanita
anak dara, bini orang atau janda
salahnya kau wahai manusia
bertopengkan agama
rakus mengutip harta dunia.
Semasa ’dia’ kau musuhi
dialah sedunia antara yang terbenci
kerana itu kau menghinanya dan mencaci
kau namai Al-Juburi pencinta lelaki
maka syurganya kau cipta dipenuhi bidadara
dan kau menjaja kisahnya
diseluruh ceruk negara.
Tetapi bila angin sudah berubah arah
kau dan dia bisa tidur sebantal, seselimut
namun katamu, kau sudah pasrah
cuma sebelum lampu terpadam
pastikan pintu belakangmu sudah kau tutupi
kemas terkunci jeriji besi
supaya tidak nanti
roh’ku’ meresapi tubuhnya dan
memberi benacana
ketika bangun esok pagi
kainmu dan dia sudah bertukar ganti.

Nukilan: Entetoya Sabuu


Nota:
Penulis memohon selepas membaca puisi ini, minta tolong sebarkan kepada khalayak ramai, di majlis ceramah-ceramah PAS, di masjid dan surau-surau, di majlis-majlis baca puisi, kenduri-kendara dan dimana-mana yang patut.

3 comments:

Media Cyber said...

apa yg istimewanya BH? =D

bRAVEhEART said...

Salam Media Cyber,
Apa Istimewa? Mat Sabu menulis dan baca satu sajak tentang altantuya, mengejek dan menghina DS Najib lah tu dan sajak yg saya siarkan itu adalah sajak balasan yang mengejek Mat Sabu dan Anwar Berahi...tu saja..Yang Istimewa adalah bila Media Cyber melawat blog ni dn beri komen, rasa terjalin hubungan mesra antara kita, huhu...bukan spt hubungan dgn Anu-Ar tu..hehe ~ bRAVEhEART

bRAVEhEART said...

Salam,
Saat-saat begini saya teringatkan seorang sahabat dari sebelah sana yang selalu datang dan berikan komen yang selalunya bertentangan, kenapa kini senyap sepi dan membisu? Sudah berubah arahkah atau kerana Allah sudah insaf? Huhu ~ BH = BERUBAH HASRAT = bRAVEhEART

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...