Suara Anak Pahang - Perlu Baca

18 November, 2009

NIZAR SUDAH POTONG? : POLITIK MELAYU

Hidup Melayu! Hidup Melayu! Hidup Melayu!




Kesan Selepas Pilihanraya Umum Ke-12



  • Politik Malaysia adalah berteraskan kepada orang Melayu (UMNO) melalui perkongsian kuasa.


  • Formula ini adalah dipegang oleh BN yang telah berjaya memerintah selama 52 tahun.


  • Keputusan PRU12 telah membawa perubahan yang ketara dalam lanskap politik Negara dimana pembangkang telah memperolehi kejayaan yang besar dan kedudukan BN telah banyak tergugat.


  • Kejatuhan negeri-negeri marginalMelayu seperti Pulau Pinang, Perak (sebelumbil alih), Selangor, Kuala Lumpur dalam memberi isyarat bahawa kuasa politik orang Melayu semakin lemah.


  • Orang bukan Melayu semakin menguasai politik Malaysia yang pada dasarnya memperjuangkan konsep ‘ Malaysian Malaysia’ yakni kesamarataan.


  • Situasi ini amat membimbangkan kepada survival kuasa Melayu kerana sudah terdapat orang Melayu sendiri yang bersama-sama bersekongkol menafikan Ketuanan Melayu.


  • Orang Melayu telah memberi peluang kepada bangsa lain menjadi tuan mereka dalam PRU yang lepas. Di Perak dan selangor memperlihatkan calon bukan Melayu menerusi DAP dan PKR menguasai DUN dengan jumlah yang besar.


  • DAP secara terang-terangan mencemuh DEB kerana DEB dilihat tidak menguntungkan mereka.


  • Orang bukan Melayu suddah berani bercakap secara lantang mempertikaikan dasar-dasar kerajaan.


  • Demonstrasi jalanan dilakukan oleh NGO dan parti pembangkang sebelum PRU12 telah mengakibatkan sebahagian besar orang Melayu hilang keyakinan kepada pemerintah Negara. Trend ini memecahbelahkan perpaduan Melayu dan orang bukan Melayu mengambil kesempatan memainkan isu-isu yang menguntungkan mereka termasuklah mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan


  • Semua tindakan ini menggambarkan bahawa orang bukan Melayu sememangnya tidak mengiktiraf Perlembagaan Persekutuan manakala orang Melayu kini seperti tidak mampu mempertahankan hak-hak mereka.


  • Dalam konteks politik Malaysia keselesaan kedudukan orang Melayu adalah penting kerana sekiranya mereka terasa terhimpit besar kemungkinannya ia akan mengambil tindakbalas. Disinilah kebimbangan yang diutarakan oleh sesetengah pihak mengenai kemungkinan berlakunya rusuhan seperti 13 mei 1969

5 comments:

SiLent mOVe said...

ayat orang dah kalah camni la..lau sayangkan sngt melayu bg la royalti minyak 2 kat kelantan..kenapa nak berdolak dalih plak..benda yg baik lau x sekepala ngan umno mesti xdpt so benda yg baik lau xsekepala ngan pembangkang mesti lah x dpt jgk..xyah la membebel sal melayu..dh 52 tahun bn perintah kenapa mesti ad masalah marginal kaum kat perak ngan penang??umno x buat ape2??

YANG GAMBI said...

Salam BH, apakah sekiranya orang Melayu sudah tidak yakin dengan UMNO, nasib bangsa Melayu akan dapat dipertahankan oleh PAS dan Melayu PKR ?

Apa yang kawan lihat, PAS dan Melayu PKR lebih kepada menjual maruah bangsa dan agama untuk diberi jawatan dalam kerajaan mereka..... sehinggakan 'rasuah' besar di Kelantan boleh dianggap 'sumbangan', tajaan, saguhati kepada tok guru...... inilah yang bakal mereka lakukan.... semua menjadi halal kalau diberi kepada mereka....

bRAVEhEART said...

Salam SiLent mOve, yang kalah itu Melayu dan yang mengalahkan Melayu itu pun Melayu juga. Fikirkanlah. Saya dh lihat profile dan gambar di blog sdr tu, Hospital Kuala Krai tu pun Kerajaan BN yang buat, hehe.
YangGambi,soalan tu pemimpin PAS dan PKR pun tak dapat menjawab dan sedang menanyakan pada UMNO. Yang tidak sanggup melihat bangsa sendiri rebah ~ bRAVEhEART

Anonymous said...

Salam..Aku setuju sebenarnya melayulah yang mengalahkan melayu.Dan yg menyedihkan di kawasan yg majoriti melayu mereka boleh mengundi bangsa lain utk memimpin? betapa bodohnya melayu.Jgn haraplah bangsa lain akan beri kemenangkan kepada calon melayu kalau kawasan itu mojoriti bangsa mereka.Inilah kenyataan betapa bangsatnya melayu

bRAVEhEART said...

Benar Sdr. Anon,
Saya bercakap ttg bangsa Melayu, dn ini termasuk UMNO, PAS dan PKR tk terkecuali. Kenapa kita tidak boleh bersatu sdg kan kita semua tau dan sedar bahawa dasar mereka adalah pecah dn perintah. Kita sedar kita ditipu tetapi kita masih berdegil, kerana kita sememangnya bodoh. Inilah hakikat bangsa Melayu. Sejarah mencatatkan ttg Si Kitul dn Raja Mendaliar, kita tak akan lupa dan anak cucu kita tidak akan lupa bahawa kita juga adalah sebahagian dari kitul dan mendaliar abad ini. Melayukah aku? ~ bRAVEhEART

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...