21 November, 2009

KURSUS BLOG UMNO PAHANG: SATU PERMULAAN YANG SALAH?

Walau apa pun, ini bukan Tuan Husin Lempoyang peniaga di pasar Bagdad, yang dulu jual onta kini jual orang.



Saya bertemu rakan-rakan yang menyertai kursus penulisan blog UMNO Pahang yang telah diadakan pada penghujung bulan lalu di Kuantan selama 3 hari. Menurut maklumat, kursus tersebut dianjurkan dengan kerjasama Unit Media Baru Pemuda UMNO dan Penerangan UMNO Pahang.(?) Alhamdulillah kerana UMNO telah menyedari bahawa pentingnya media alternatif ini dikuasai, selain itu UMNO Pahang dan Unit Media Baru Pemuda UMNO(?) juga berusaha untuk memberikan tumpuan dalam usaha perluasan menyebarkan melalui media alternatif yang sangat popular dewasa ini.

Saya menanyakan pendapat rakan-rakan yang menyertai kursus tersebut tentang kesan dari menyertai kursus berkenaan, kerana saya yang selalu berfikiran negatif dan kolot ini masih merasakan bahawa pihak atasan tidak melakukannya dengan betul. Dan dari maklumat yang diterima membuatkan mulut saya jadi terlopong seketika. Rupanya tidak salah sangkaan saya bahawa mereka telah bermula salah.

Penulisan blog adalah sesuatu yang berkaitan dengan komputer dan berkaitan dengan internet. Untuk mampu menulis blog, seseorang itu haruslah berupaya menggunakan komputer dan seterusnya tahu dan berkemahiran menggunakan internet. Apakah pencapaian yang akan kita dapati dikursus penulisan blog ini sekiranya kita langsung tidak mampu dan tidak mahir menggunakan komputer.

Sungguh menghairankan jika seseorang yang tidak berkeupayaan menggunakan komputer dihantar untuk berkursus bagi membina dan menulis blog. (bukan semua)

Mungkin pendapat saya ini boleh dipakai dalam pemilihan peserta kursus dimasa-masa akan datang bagi mencapai sasaran tinggi dalam kursus yang diadakan nanti. Jika tidak, usaha itu hanya ibarat mencurah air didaun keladi serta tidak mendatangkan faedah kepada pembangunan media baru UMNO sendiri.

Penulis blog (Politik) haruslah seorang yang:

1. Celik Komputer
2. Celik IT dan biasa menggunakan atau memahami tentang internet
3. Berminat terhadap penulisan berita/maklumat dll.
4. Berpengetahuan dan berpengalaman dalam politik dan isu semasa
5. Berkemudahan untuk capaian internet


Bagi pemilihan peserta-peserta kursus dimasa-masa akan datang, suka saya ingatkan, jika kita ingin mengadakan kursus masak memasak, maka pesertanya haruslah dipilih dari kalangan kaum wanita dan suri rumah, bukannya dari kalangan nelayan yang setiap hari turun kelaut manangkap ikan atau abang beca yang rutin harianya mengayuh beca.

Sila lawat sebuah blog baru - klik ’Abang Beca’ yang tulisannya agak baik juga, bagaimanapun beliau bukanlah peserta yang baru tamat kuliah / kursus yang dianjurkan oleh UMNO Pahang dan Unit Media Baru Pemuda UMNO - Huhu.

7 comments:

YANG GAMBI said...

Salam BH, betul apa yang dikatakan..... kalau setakat hendak memenuhi program atau aktiviti parti..... tengoklah apa yang akan UMNO dapat....

Apache said...

Bro..malas cakap la...letih dah...aku buat sendiri jek...

Anonymous said...

Salam.. nampaklah kebodohan pemimpin pemimpin UMNO ketinggalan minda kebelakang.Kesilapannya terjadi kerana takut nak ambik para cerdik pandai masuk UMNO kerana pemimpin pemimpin takut kehilangan jawatan. jadi tak adalah bijak pandai dlm UMNO dna terjadilah kebodohan seperti tidak peka dengan keperluan semasa

GOMO said...

salam bro...
err macam GEMPITA lah jadinya ni???
he he he...

patut hang ni lah yang layak menyelia blogger di Pahang.

bRAVEhEART said...
This comment has been removed by a blog administrator.
bRAVEhEART said...

Salam,
Cerdik tak dapat diikut
bodoh tak dapat diajar
nak diajar, kurang ajar.
Yanggambi dan Apache, kita jalan terus bro.
Anon, komen sdr tu memang masuk akal juga.
Gomo, pemimpin UMNO ni kadang2 macam orang buta mata dan buta hati juga, hehe - UMNO!
Megat Pisau, kamu tau sapa aku tembak! Kalau tak Beranikan Hati bukan bRAVEhEART

reez said...

Salam

Ape daaa kalo buat aktiviti begini dipanggilnya org yg tak celik IT.

Mentaliti UMNO adalah tangkap muat sampai muat lepaskan jalankan dan kemudian abeh mcm tu sje. Takde tindakan da~

Janji penganjur perot kenyangkan~

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...