06 June, 2010

MELAYU MENJADI MANGSA




Posting ini diambil dari blog Revolusi bertajuk: Slot Titiwangsa - Melayu menjadi mangsa di Kampong Baru.



Salam..
Salam Revolusi...
Salam Titiwangsa...

Sekali lagi cerita sensasi Titiwangsa memecah panggung...
Kini Kg Baru pula menjadi mangsa..
Apakah nasib Orang Melayu di Titiwangsa??
Adakah sama seperti mana berlaku dengan Matrikulasi, Biasiswa, dan lain-lain..

40% daripada Kg. Baru ingin diberikan kepada bangsa lain...
REVO sudah agak perkara ini akan keluar dari mulut Raja Nong Chik..

Inilah masalahnya bila dalam kabinet ada Menteri tak ada pengalaman macam ini...
Raja Nong Chik yang senyap sahaja di Wilayah kemudian terus menjadi Menteri...
Inilah antara kegagalan kerajaan.
Saya bukan mahu menyalahkan kerajaan tetapi perkara ini terlalu sensitif untuk dipermainkan...
Jangan sesekali nak mempermainkan Orang Melayu di Titiwangsa...

Dulu ada Menteri Wilayah yang cukup berkaliber tetapi tidak mahu khidmatnya...
Dulu ada Menteri Wilayah yang diterima rakyat tetapi tidak mahu teruskan khidmatnya...
Kini Datuk Seri Zulhasnan Rafique bukan sahaja diterima rakyat bahkan diterima Ahli UMNO...
Menang Pilihanraya Umum dan Majlis Tertinggi UMNO...
tetapi inilah nasibnya bila ada kaki bodek, kaki mengampu, orang yang cuba untuk menjatuhkan dan menghancurkan karier Datuk Seri Zulhasnan Rafique...

Itu bukanlah masalahnya...
Kerana perkara ini sudah lepas..
Masalahnya sekarang ini,
Jangan sesekali mempermainkan kami Orang Melayu di Kg. Baru dan Titiwangsa...

Kepada UMNO Titiwangsa,
Mana pergi semua suara-suara UMNO Titiwangsa...
Kenapa Pemangku Ketua Bahagian masih senyap???
Bila lagi nak bersuara..
Tak akan lah masih nak tidur lagi???
Kalau dulu masa Dato' Seri Sulaiman masih jadi Ketua bahagian, bolehlah Datuk Johari Ghani nak tidur sentiasa...
Sekarang tanggungjawab Titiwangsa semua atas kepala Datuk Johari Ghani..
Bangunlah dari tidur tu...
Sudah-sudahlah kerja untuk diri sendiri je...
Sekarang masanya untuk penduduk TITIWANGSA...
BANGUNLAH !!!!!!!!!!!!!!!

Kepada Kerajaan dan Raja Nong Chik,
Tariklah balik kenyataan 40% tu..
Ingat pada kes 'Khalid Gagap VS UiTM'????
Kita tidak mahu Kg. Baru jadi seperti itu...
Kita tidak mahu Hak Orang Melayu digadaikan...
Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada PRU12 kerana Hak Orang Melayu digadaikan...
Adakah kerajaan mahu kalah pada PRU13 akibat daripada perbuatan yang mahu menggadaikan Hak Orang Melayu???
Kalau tidak, pandai-pandailah cari jalan penyelesaian...

Salam...

3 comments:

Wake UP! said...

Jangan jadi bodoh la. Daripada diberikan 40% kepada Cina yang memang menguasai ekonomi Malaysia, baiklah ditawarkan kepada usahawan Melayu yang kaya agar melabur untuk membangunkan Kampung Baru.

Wake UP! said...

Biarkan kalau UMNO masih belum mahu berubah.

Sudah berkali-kali bloger pro-UMNO menegur tindakan membelakangi hak orang Melayu.

sangkakalanews said...

BH,

Raja Nong Chik bukanlah orang layak menjadi kabinet jika sanggup mengorbankan 40% kapada kaum lain dalam pembangunan kampung Baru Kuala Lumpur. Sudah dijangka RNC adalah menteri kabinet yang lemah tidak berjiwa melayu hingga tanah sekangkang kera milik melayu ditengah bandar Kuala Lumpur hendak dilapahkan kepada orang lain. Sewajarlah Lembah pantai terus sahaja dipegang oleh PKR jika begitu halkahnya.

2. Pegawai-pegawai melayu sudah mula tidak hormat pada RNC kerana tidak berani buat keputusan tegas akan kepentingan melayu bandaraya.
Apakah matrik nya RNC jadi menteri?jika begitu keadaanya. Apa kah ada kepentinmgan dengan meluluskan bahagian kepada pihak lain?. Ingatlah jika ada kepentingan ia akan keluar juga akhirnya. Dunia hari ini tak boleh menyorok lama-lama. Dunia radar dan IT

RNC sila bagi penjelasan kepada rakyat mengapa begitu polisi hingga merugikan melayu. Jika tidak kami mula bosan... bosan...bosan.. dengan anda!!!.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...