Suara Anak Pahang - Perlu Baca

07 June, 2010

TUN DR. MAHATHIR




Bukan kita hendakkan Tun Dr. Mahathir kembali menjadi pemimpin kita, kerana kita hormati kehendaknya serta akui hakikat putaran dalam kehidupan. Yang kita inginkan hanyalah kepimpinan yang seperti beliau dimana pada malam hari kita akan dapat tidur dengan nyenyak dan lena dan pada siangnya pula kita akan dapat bernafas dengan tenang dan damai.

Kita hendakkan pemimpin yang perjuangkan dan pertahankan hak dan maruah bangsa kita dengan tegas dan berani bukan penakut dan yang berpura-pura. Pemimpin yang membuat keputusan yang mungkin 'menakutkan' kita tetapi masih menyakinkan kita. Pemimpin yang membuat kita rasa rela dan pasrah menyerahkan segala takdir yang telah Allah tentukan kepadanya. Pemimpin yang membuatkan kita merasa bangga bahawa kita adalah bangsa melayu dan anak bumi Malaysia yang tercinta ini.

Tun Dr. Mahathir adalah pemimpin sepanjang zaman. Pemimpin yang disegani dan dihormati kawan dan lawan. Pemimpin yang menakhoda zaman selepasnya harus berani menyerap segala semangat dan roh perjuangannya bukan sebagai legasi tetapi itulah landasan yang telah ditetapkan dan ditakdirkan.

Siapa Mahathir? Di Mana Malaysia? Melayu? Tidak akan ditemui jawapan untuk semua soalan ini bagi dunia selain dari Tun Dr. Mahathir...

Baca:


1 comment:

Wake UP! said...

Pemimpin sejati macam Tun Dr Mahathir tidak akan berhenti bekerja sekalipun sudah tidak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Inilah yang dilakukannya dalam mengumpulkan dana melalui PGPO untuk membantu rakyat Palestin yang ditindas pengganas Yahudi.

Lies by the Israeli terrorists.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...