02 June, 2010

PEMIMPIN PAHANG SINDROM DOWN?







Pemimpin Pahang sindrom down? Mungkin juga benar kerana mereka tidak langsung memberi respon kepada suara rakyat. Mereka merasa bahawa mereka akan kekal selama-lamanya sebagai pemimpin. Mereka rasa rakyat akan tetap memilih UMNO/BN dalam PRU13 nanti. Mereka merasakan bahawa parti pembangkang tidak akan mampu merampas kerusi-kerusi mereka?Mereka merasa bahawa Pahang adalah kubu kuat UMNO/BN selama-lamanya.

Mereka ketepikan suara rakyat dari laman-laman blog kerana mungkin juga mereka beranggapan sama seperti sebelum Pak Lah dimalukan dalam PRU12 lalu. Mungkin mereka sefahaman dengan KJ dan menganggap bahawa blogger adalah 'beruk-beruk'. Memang mereka ini antara pemimpin yang tidak pernah mendengar oleh kerana mereka ini diserang 'sindrom down.

UMB Pahang masih lena, tidurlah dengan nyenyak kerana PRU13 masih jauh lagi. Biro ICT Pahang masih bermimpi? Tidak mengapa cuma kesatlah air liur yang meleleh supaya tidak basahi bantal itu. Blog 'Small Talk' masih ada ke? Mungkin dia akan bercuti terus......Tak mengapa, UMNO masih kuat di Pahang.

Kita akan cabar rakyat Pahang jika berani menjatuhkan kerajaan UMNO yang gagah perkasa ini. Tidak akan ada mana-mana kuasa yang akan mampu menjatuhkan kerajaan UMNO Pahang selama-lamanya. Oleh itu, kita pemimpin boleh buat apa saja yang kita suka.

Pencerobohan balak kita akan biarkan, janji kita ...bruppp!!, Ceroboh tanah haram di Cameron Highland kita juga akan biarkan sebab kita sudah 'kautim' punya. Rakyat Pahang tak akan mampu tolak kerajaan UMNO walaupun mereka tidak suka. Apa mereka boleh buat?


Baca posting yang saya CnP dari laman blog Peguam Kita sepenuhnya dibawah ini - sebahagian dari ucapan terima kasih rakyat kepada kerajaan dan pemimpin di Pahang:



Akhirnya saya tersingkir ~ dari blog Peguam Kita:

(http://peguamkita.blogspot.com/2010/05/akhirnya-saya-tersingkir.html)

Politik balas dendam dan nafsu jahat para pimpinan UMNO Pahang rupanya tidak berakhir atas pentas politik. Sikap rakus dan jamban inilah yang menjadi anutan mereka terhadap musuh politik mereka tanpa menyedari bahawa politik ala zaman batu itu makin dibenci rakyat.

Sewaktu sambutan Aidilfitri tahun lepas, saya telah dimaklumkan oleh Pegawai MARA Daerah Rompin, bahawa Kerajaan Pahang minta saya keluar dari pejabat premis MARA yang saya sedang sewa sekarang.

Untuk rekod, saya telah menyewa sebuah premis MARA untuk saya mula bertapak sebagai sebuah firma guaman sekitar tahun 2007, Tetuan Mohd Fadzli & Co. Pemilihan saya sebagai penyewa juga melalui saluran yang sah iaitu secara temuduga. Tiada kabel,tiada orang dalam. Saya diterima sebagai penyewa secara merit walaupun terdapat ramai penyewa lain yang turut memohon. Sebagai seorang yang baru mula mengenal erti dunia perniagaan dan bertatih, sudah tentulah mengharap sebuah premis mampu sewa seperti MARA.

Saya menyewa tanpa sebarang masalah. Sewa sentiasa berbayar. Tiada Tunggakan. Rekodnya cemerlang. Dulunya Arked MARA sunyi dan hampir tidak dikenali kalau tiada Pejabat Pos Rompin bermukim di sini. Bukan mendabik dada, tetapi selepas pejabat peguam saya mula beroperasi yang merupakan pejabat peguam pertama di Rompin, Arked MARA meriah sekali kalau tidak hingar bingar pun sesesak pasar malam chow kit.

Kini, UMNO peralatkan MARA untuk usir saya. Semua ini kerana saya bekas calon PAS dalam dua siri pilihanraya lalu. Ditambah perit pula bila saya sering memekakkan telinga pemimpin UMNO dengan berdiri secara terbuka mengecam kezaliman dan salah laku pemimpin UMNO dan Barisan Nasional di pentas-pentas Pakatan Rakyat. UMNO makin pedih bila saya mengheret perangai korup mereka ke Mahkamah. Kes Ketua Penerangan UMNO Rompin saman Dato' Jamaluddin Jarjis (Ketua UMNO Bahagian Rompin), Saman terhadap anak syarikat Kerajaan Pahang kerana lambat serah milik (late delivery), Saman terhadap Kerajaan Malaysia berhubung isu pelatih dirogol jurulatih dan pelatih mati dalam latihan, Saman terhadap Polis kerana menghalang ceramah di Muadzam Shah bersama-sama peguam Hanipa Maidin disamping membantu syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd yang menang saman RM6 juta terhadap Kerajaan Pahang adalah antara rentetan perangai jahat UMNO yang didedah di Mahkamah.

Saya ingin tegaskan, bahawa tindakan penyingkiran saya adalah kerana dendam kesumat politik kotor UMNO/Barisan Nasional. Ini adalah kerana, saya dimaklumkan Pegawai MARA Daerah dalam sambutan aidilfitri tahun lalu bahawa saya mesti mengosongkan premis sewaan saya dalam jangka masa segera. Pada hal pada ketika itu, tempoh penyewaan saya masih berbaki hampir satu tahun lagi. Saya tidak menyalahkan MARA dan kakitangannya. Tapi sifat dungu UMNO ini terserlah apabila saya dimaklumkan bahawa punca saya disingkir adalah kerana aduan pemimpin UMNO Bahagian Rompin kepada Menteri Besar. Namun setelah berkeras dan mencabar supaya MARA mengeluarkan surat penamatan pada ketika itu juga, MARA akhirnya memaklumkan saya bahawa saya boleh terus menyewa sehingga tamat perjanjian iaitu sehingga Ogos 2010. Walau apapaun jua yang dibuat, saya tetap tegaskan penyingkiran saya adalah kerana dendam kesumat UMNO pada saya!

Inilah UMNO, sebuah parti yang kononnya perjuangkan bangsa Melayu. Saya orang Melayu. Bumiputera. Anak jati Rompin. Warga Pahang tulen. Saya menyewa dengan sebuah agensi yang bercita-cita ingin membantu orang Melayu,Majlis Amanah Rakyat (MARA). Tapi apa sudah jadi. Saya bukan komunis, bukan penjenayah, tetapi dinafikan oleh bangsa sendiri.Semata-mata berlainan fahaman politik.

Sebenarnya, sikap busuk perut UMNO Pahang ini telah bermula apabila firma guaman lama saya Tetuan M.K Othman & Co yang telah berjaya menjadi peguam panel Unit Perumahan Kerajaan Pahang. Namun apabila mendapat tahu saya menjadi rakan kongsi pemilik M.K Othman & Co, Tuan Khairuddin Othman ( sekarang Setiausaha Perhubungan PAS Selangor), hanya dengan satu panggilan telefon menamatkan khidmat "panelship" dengan Kerajaan Pahang. Nasib yang sama menimpa rakan guaman saya, Tuan Iqbal Hamdi (bekas YB Kuala Pahang) apabila beliau bertanding atas kerusi PAS dan menang. Habis semua "panelship" beliau ditarik akibat perangai UMNO ini.

Saya mendapat dokongan teguh rakan-rakan peguam Pahang untuk terus berjuang dan memastikan UMNO/BN akan dikuburkan dalam Pilihanraya akan datang. Politik bodoh UMNO ini pasti akan ditertawakan oleh rakyat dalam konstituensi Duta Besar Malaysia Bertaraf Menteri ke Amerika Syarikat. Masyarakat di barat memandang tinggi Demokrasi yang subur di sana. Bukanlah niat saya untuk berkiblatkan mereka. Tetapi sikap professional mereka dalam melayani musuh politik boleh disanjung. Selepas musim pilihanraya, semua pihak membantu bangunkan negara, tiada istilah balas dendam. Rakyat perlu bangkit untuk menolak budaya hina ini. Ambillah contoh negeri Pakatan Rakyat, carilah satu sahaja contohnya, sekiranya ada mana-mana yang tersingkir dri premis kerajaan kerana jadi calon BN...





11 comments:

Anonymous said...

kiranya benar, blogger yang tidak puahati masuk blog/twit PM memberitahu permasalahan ini. Ada dikalangan pemimpin yang agak "uzur" untuk menjalankan tugas. Tapi kita terpaksa bersabar kerna mereka2 ini takan bertambah lama, calon lebih bertenaga serta jauh bersemangat bakal mengganti mereka ini.

Kalau mereka ditolak sekrang akibatnya kita terpaksa menanggung risiko. PM terpaksa bertahan untuk setahun 2 untuk menilai mereka ini. Saya sendiri pun pernah menyuarakan pendapat ini dan terpaksa bersabar dah faham situasi yg ditanggung dan apa perlu PM buat. Walaupun bersifat sederhana tp amat mendalam. Bukan salah PM tp pemimpin terdahulu, beliau terpaksa menjunjung segala "kerosakan" serta "kekotoran" dan untuk mencuci PM terpaksa melakukan dengan berhati hati.

bRAVEhEART said...

Salam anon 9:59,
Jawapan cukup sederhana dari seorang orang politik, cuma saya nak kata bahawa kerajaan terlalu menjaga hati pihat tertentu saja tanpa mengambil kira hati rakyat secara umum dan khususnya bangsa Melayu sendiri. Sedarkah bahawa Melayu semakin rasa terpinggir selama ini kerana kerajaan terlalu ingin mengambil hati orang atau kumpulan tertentu?

Anonymous said...

Sudah terang lagi bersuluh. Sudah terang dan nyata bahawa musuh politik UMNO telah mula bergerak utk. menghapuskan UMNO dari muka bumi negeri Pahang ini.
Nak tanya pada YAB Dato Seri Nan; sbg Ketua UMNO Negeri dan Pengerusi Perhubungan Negeri, YAB nak buat apa? apa rancangan dan strategi Dato Seri utk menangkis dan menentang rancangan mereka ini? atau Dato' Seri masih lagi syok dan khayal, bersikap sambil lewa, masih lagi bersikap "tidak apa", masih lagi ego, berlagak dan sombong enggan menerima teguran dan kritikan membina?
Pemimpin datang dan pergi. Yg akan pergi mungkin pergi dgn poket yg telah penuh. Yg tinggal nanti ialah UMNO yg telah rosak dan dirosakkan dgn kerosakkan2 yg parah dan susah utk diperbaiki....
Bila direnung dan difikirkan secara mendalam, siapakah yg sebenarnya yg betul-betul sayangkan UMNO dgn seikhlas dan sejujur hati? siapa agaknya. Masih ada lagi ke golongan seperti ini??

bRAVEhEART said...

Salam tuan,
saya sebak membaca komen tuan. Selama ini komen yang ada hanya mengkritik saya semula dengan mengatakan saya itu dan ini, namun komen tuan ini kelihatan lebih rasional. Meman, saya juga tertanya2, siapakah lagi yg benar2 sygkan UMNO? Kebanyakan pemimpin dan tokoh politik tidak menunjukkansayang mereka sebenarnya. Saya percaya MB dan kroninya juga tidak sygkan UMNO. Saya selalu mengungkit tentang UMB Pahang yang tidak bergerak, apakah ini kerana saya benci atau dengkikan mereka? Tapi apakah mereka benar2 telah menjalankan tanggungjawab dan tugas sebenar? saya langsung tidak melihat. Apa Dato' Sam buat? Tak ada apa2 yg boleh dibanggakan. Bila kita beri cadangan mereka memang kata mereka dah ada perancangan tapi kenyataannya kosong dan gagal. Memang pemimpin UMNO ego dan besar kepala.

Wake UP! said...

Kenapa beRANIKAN hATI meletakkan warna putih berlatarbelakangkan putih di ruang komen? Sukar untuk melihat komen kecuali kalau klik untuk memberi komen sendiri.

Pemimpin yang angkuh dan rasa diri mereka itu kebal akan jatuh pada suatu hari nanti kerana rakyat yang memilih mereka. Rakyat jugalah boleh menjatuhkan mereka dalam pilihanraya kelak.

Apostate and tithe.

bRAVEhEART said...

Salam wake up,
..warna putih berlatarbelakangkan putih di ruang komen? Sukar untuk melihat komen kecuali kalau klik untuk memberi komen sendiri.Itulah masalah teknikal yg saya masih belum dapat selesaikan hingga kini. Justru itu, sila gunakam ruang memberi komen untuk membaca dengan jelas. Terima kasih.
2) Pemimpin Pahang masih besar kepala dan ego, saya akan teruskan usaha sehingga putih tulang..apa saya nak kira sbb saya bkn rugi apa-apa pun.

anakbangsa said...

Saya bersimpati dgn luahan peguam tersebut tp PR di Pulau Pinang pun melakukan perkara yg serupakan dgn yg tidak menyokong mereka.Adilkan???

bRAVEhEART said...

anak bangsa, juka benar demikian maka bangsa Melayu tambah lah rugi kerana dibawah kekuasaan melayu melayu dipinggir dan dibawah kekuasaan bangsa asing melayu juga tetap di pinggir. Memang Melayu akan terus layu

anakbangsa said...

betul... tp apa yg pemimpin melayu PR terutamanya dlm Pas dan PKR buat utk bela org melayu kat sana?tak de.cerita pemilik kafe do re mi lg sedih dr cerita peguam tersebut mcmana pun sekarang memang org melayu dah layu kerana kita terlalu byk berpolitik dr buat kerja.maaf ini hanya pendapat saya.mungkin saya silap.

suara kuantan said...

Bagi saya, Pakatan Rakyat juga akan membuat perkara yang sama juga.. Seperti yang berlaku di Selangor

ibu anak istimewa said...

Salam hormat

Jika anda mahu menggambarkan pemimpin anda teruk atau apa2 saja pun, usahlah dibandingkan dengan anak2 istimewa ini. Memang mereka cact, mereka mengalami kecacatan mental. Tapi sdarkah anda, kenyataan anda menyinggung hati ibu bapa, keluarga kepada anak2 istimewa ini. Kami tahu kekurangan anak kami. Usahlah digambarkan mereka sebagai golongan yg tidak berguna kerana kami lebih memahami insan ini.

Selamat berpolitik dengan penuh adil dan dedikasi & menghormati antara satu sama lain.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...