Suara Anak Pahang - Perlu Baca

03 June, 2010

KATA YANG BOLEH MEMAKAN DIRI

Lawati juga blog:

Jika pemimpin PAS negeri tidak terlalu tamakkan kuasa dan pentingkan peribadi, jika calon-calon adalah anak tempatan dan anak jati negeri Pahang, tidak mustahil PAS mampu membentuk kerajaan. SATU UNDI SAYA BERIKAN UNTUK PAS PAHANG, Huhu



1. Saya baca blog Suara Prihatin UMNO Jerantut - Kata Yang Boleh Memakan Diri yang dapat respon banyak dari masyarakat setempat melalui komennya. Isunya adalah isu setempat yang mungkin orang luar tidak faham atau tidak perlu ketahuinya sama sekali.

Namun bila dihubungkaitkan dengan posting diblog urag drrulug - perjuangan pemudeq umno maka yang kelihatan jelas adalah keegoan dan kerakusan pemimpin UMNO sendiri.

Nampaknya kita masih belum sedar bahawa rakyat banyak sangat membenci UMNO kerana adanya segelintir pemimpin yang kelihatan rakus mencari kekayaan dan memburu kekuasaan melalui UMNO.

UMNO Pahang jika tidak mampu mengatasi ini mungkin juga akan tenggelam bersama-sama pemimpin yang membuatkan rakyat membenci.

Di negeri-negeri lain rakyat telah menunjukkan kuasa mereka dengan menukar kerajaan, apakah di Pahang keadaan serupa juga ingin dialami?

Mungkin benar kerajaan yang baru itu gagal memerintah dengan baik dan berkesan tatapi jangan lupa bahawa undi protes itu sanggup mereka lakukan kerana rakyat sudah tidak lagi sanggup manahan rasa benci terhadap pemimpin-pemimpin. Mesti ada yang sanggup berpatah arang berkerat rotan atau mengenggam abu sampai menjadi arang.

2. Saya teringat akan kelucuannya apabila membaca blog SPU (klik sini) UMNO Jerantut - Setiausaha yang tidak setia? terutama komen-komen yang diberikan. Memang lawak. Pemimpin UMNO ni, selain dari membuatkan kita membenci, mereka juga membuatkan kita merasa lucu...dan lucah sesekali. Mmmmm! Abang Bu....mmmm! Kak Key!

UMNO tidak akan berubah, maka kitalah yang mesti mengubahnya...dalam PRU13 nanti. Kita mampu lakukannya bersama-sama.

Cuma jika PAS ingin memenangi hati rakyat, pemimpin kanan PAS negeri haruslah dari anak Pahang. Pahang hanya mahukan pemimpin dari anak negeri sendiri. Pemimpin dari luar @ Kelantan diminta keluar.

Kerana itu jugalah PRU12 menolak calon PAS bagi Parlimen Jerantut, atas sebab bukan anak Pahang. Tambahan pula calon Parlimen dan calon DUN Damak adalah adik beradik. Apakah ini bermakna Kelantan ingin menawan Pahang?

3. PAS juga harus dan perlu berubah! Berubah dengan banyak juga.

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...