14 June, 2010

MELAYU DI PENGHUJUNG

Mereka yang mengusung keranda 152 ini pun
nanti tiada siapa yang akan mengusung keranda mereka


1. Bangsa Melayu bukan lagi bangsa yang boleh dibanggakan kerana bukan lagi satu bangsa besar dan kuat. Melayu sudah lemah kerana tidak mampu bersatu. Tidak dalam UMNO dan bukan juga dalam Pas, hatta tidak juga dalam Perkasa.

2. Melayu dipecahbelahkan membuatkannya lemah. Ini turut membenarkan teori RAHMAN bahwa N = DS Najib adalah pemimpin UMNO/Melayu terakhir bagi negara Malaysia. Selepas ini Malaysia akan dipimpin oleh bangsa lain dan bangsa Melayu akan melata dibumi sendiri.

3. Bahasa Melayu pun bukan bahasa yang boleh dibanggakan lagi. Bangsa dan bahasa Melayu sudah dilacurkan oleh semua pihak. Dimana-mana kita dengan bahasa Melayu tidak dituturkan dengan betul. Berapa ramai orang Melayu gunakan perkataan 'so', 'and than' dan sebagainya didalam pertuturan mereka, bahkan dengan rasa bangga mereka melacurkan bahasa.

Adakah kita sedar Melayu di penghujung?


5 comments:

Megat Alam Gempita said...

Entahlah siapalah lagi pemimpin Melayu yang boleh kita harapkan. Kekuatan Melayu hanya akan terjadi apabila Melayu-Islam bersatu. Waktu itu tiada lagi siapa yang berani mencabar Melayu, Islam, institusi Raja, Bahasa Melayu dsbnya. Tapi perpaduan ini yang amat ditakuti oleh para harbi, cauvinist ultra kiasu sosialis komunis.
Lepas PRU ke 13, 2013 memungkinkan teori MAHA, AMAH atau HAMA berlaku
1.MAHA - Muhyiddin Yassin, Ahmad Zahid Hamidi, Hishamuddin! , A? = negara akan terus kukuh meskipun penuh cabaran
2.AMAH - Anwar Ibrahim, Mahfuz Omar,H?, A? = negara bakal menjadi hamba kuasa luar dan pro harbi - bermula kejatuhan kuasa dan institusi Melayu-Islam secara perlahan-lahan.
3.HAMA - Hadi Awang, Anwar Ibrahim, H?, A? = negara menjadi lebih mundur seperti hampas dan menyusahkan rakyat dan negara lain. Institusi Melayu-Islam akan bergaduh sesama sendiri dan harbi mula menguasai ekonomi dan politik
Fikir-fikirlah

Mohd said...

Kaum Cina akan memerintah The Republic of Malaysia selepas PRU13 nanti!
1. MCA dan Gerakan adalah musuh dlm selimut dlm BN. Menjelang pilihanraya kecil atau besar, mereka akan meminta bermacam2 utk kaum Cina sekurang2nya sejuta dua utk sekolah2 Cina. UMNO kononnya dgn harapan nak ambil hati pengundi2 Cina akan melayan tuntutan2 mereka ini.
2. Kaum Cina tahu jalan ke Puterajaya adalah melalui Kerajaan Pakatan Rakyat. Dgn itu kaum Cina akan mengundi Pakatan Rakyat. Mereka akan mengundi DAP, PAS atau PKR. BN sorry!
3. Nasib kaum Melayu adalah malang sekali!
4. Disebabkan PAS salah congak menyokong PR, ahli2 PAS terpaksa mengundi PR setelah dijanjikan syurga bila pangkah PR oleh TGNA.
5. PAS sudah mula merasakan mereka akan ditinggalkan dlm pemerintahan PR kelak bila Anwar telah menjanjikan TPM kpd Cina. PAS pun membalas dgn mahu meletakkan calun2 bukan Melayu di PRU13 nanti.
6. UMNO yg suka utk berlumba2 dgn PR supaya tak kalah dgn Anwar akan pula cuba menjanjikan TPM kpd MCA!
7. Ingatlah DAP telah berjanji utk menghapuskan Hak2 orang Melayu jika mereka memerintah.
8. PAS dok kata mereka tak pentingkan Hak2 Melayu. Bagi PAS yg penting adalah Hak2 Islam. Tetapi jika kita lihat Hak2 Islam pun PAS tak jaga. Tengok saja bagaimana TGNA memyokong orang bukan Islam mempersendakan Kalimah Allah!
9. PAS mengatakan mereka nak tegakkan Negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud jika mereka dapat tumpang memerintah The Republic of Malaysia. Ini adalah terang2 salah satu penipuan kpd orang kampong. TGNA telah mengaku tak ada dalam Perlembagaan PAS utk menegakkan negara Islam boleh baca katanya. Apa ni cakap berbelit2?
10. UMNO pulak spt biasa tidak akan berubah. Pemimpin2nya asyik menjaga kedudukan masing2. Jika ada orang2 muda yg sepatutnya jadi pelapis masuk UMNO akan dicantas supaya tidak dapat menggugat kedudukan pemimpin2 di peringkat cawangan dan bahagian dan seterusnya.
11. Perhatikan gelagat pemimpin2 UMNO dan PAS seolah2 mereka tahu tak lama lagi memegang kuasa. Contohnya, Nazri mencadangkan dibina sebuah bangunan Parliamen yg baru berharga RM800 juta. Senanglah kroni dan menteri sendiri buat duit dari duit rakyat.
12. PAS pula mencadangkan ahli2 PAS tambah lagi pelaburan dlm Kohilal supaya duitnya boleh disalahkira lagi oleh lebai2 PAS. Dlm Muktamar PAS masalah Kohilal didiamkan sebab tak boleh membuka aib teman2 dlm parti. Ini pula nak kutip Dana Palestin supaya duitnya nanti boleh dirembat oleh lebai2 PAS spt yg telah berlaku dgn dana Memali. Tak kiralah lagi duit2 sedekah dari penjualan balak2 di Kelantan.
13. Akhirnya, rakyat marhaen terutama orang Melayu juga yg akan menderita terpaksa mengemis di tanah air sendiri spt di Singapura.
Nauzubillah.

Unknown said...

salam,
apabila ianya terjadi republic of malaysia orang2 melayu bolihlah beransur ansur lari ke kampung2 pinggiran2 hutan, sungai2 kerana waktu itu ekonomi, politik, pelajaran melayu sudah hancur, dua tiga kerat pemimpin melayu yg menjadi kerbau dicucuk hidung bolihlah meneruskan kehidupan sprti biasa. maka selepas 90% manusia melayu telah lari kehutan hutan maka akan tertubuhlah jabatan hal ehwal orang melayu seperti mana fungsi jabatan hal ehwal orang asli(JHEOA) sekarang. so bersedialah wahai orang orang melayu yg layu

Anonymous said...

selepas RAHMAN malaysia dan indonesia akan diperintah orang yg sama berdasarkan teori kebangkitan nusantara dan indonesian presidents prophecy. president ketujuh indonesia, seorang islamik yg berpandu sunnah akan menjadi president/perdana menteri ketujuh malaysia dan indonesia.

bRAVEhEART said...

Salam, semua pendapat sdr ada kemungkinannya. soalnya apakah pemimpin bertindak dengan mempertimbangkan nasib rakyat atau hanya utamakan kepentingan sendiri dan kroni. Yang kita dengar adalah rasa tidak puas hati rakyat terhadap para pemimpin disemua peringkat. Kebusukan pemimpin sudah tidak dapat disembunyikan lagi didunia tanpa sempadan ini. Saya maksudkan kesemua pemimpin dari kesemua parti politik, yg salah tetap salah dan yang benar tetap benar. Kemungkinan sistem satu parti lebih baik kerana kita memilih individu bukannya parti.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...