Suara Anak Pahang - Perlu Baca

03 June, 2010

LIWAT: HANGAT - AIRMANI



Liwat II: Doktor sahkan kehadiran mani


http://www.malaysiakini.com/news/133506
Hafiz Yatim
Jun 3, 10
1:07pm

Perbicaraan liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi diadakan secara tertutup hari ini.

Bagaimanapun kali ini, ia hanya untuk selama kira-kira 13 minit untuk membolehkan peguam Karpal Singh memeriksa balas saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan, sebelum orang ramai, termasuk wartawan dibenarkan semula ke galeri awam.Ia bersambung dengan saksi kedua, pakar bedah Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim dipanggil memberi keterangan.
Pakar itu memberitahu mahkamah bahawa dia telah menjalankan pemeriksaan ke atas lebih 100 pesakit yang mempunyai masalah dubur.
Beliau menjelaskan prosedur pemeriksaan dengan sampel dari dubur diambil melalui calitan kapas ataupun dengan picagari.

"Kedua-dua peralatan mesti disteril."

Karpal yang kurang senang kerana doktor berkenaan memberi keterangannya dalam Bahasa Melayu. Ini menyukarkan pihak pembelaan yang terpaksa menterjemahkan pengakuan itu kepada pakar forensik, Dr David Wells yang dibawa dari Australia hari ini.

Dia diterbangkan untuk meneliti pengakuan yang dibuat oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Saiful setelah mendakwa dia diliwat.

Wells adalah profesor madya di Jabatan Kriminologi di Universiti Melbourne dan juga ketua perubatan forensik di Victorian Institute of Forensic Medicine, Australia

Pertikaman lidah juga berlaku lagi sehingga memaksa mahkamah berehat seketika.

Ia bersambung semula pada jam 11.26 pagi dengan Dr Razali berkata dia mengambil tiga sampel daripada Saiful - satu di bahagian bawah rektum, satu lagi di bahagian atas rektum dan yang ketiga dari bahagian perianal.
Katanya, pelincir digunakan bagi memasukkan peralatan khas ke dubur Saiful.

"Saya perhatikan terdapat lembapan."
Dr Razali berkata laporan perubatannya menyatakan empat calitan kapas itu menunjukkan kehadiran air mani.
Selepas merujuk laporannya sendiri dan juga laporan dari makmal jabatan kimia, Dr Razali berkata dia membuat rumusan bahawa ada kesan tembusan dengan zakar.
"Ini konsisten dengan rentetan peristiwa oleh mangsa.”

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa laporan perubatannya menyatakan bahawa tiada bukti yang tidak dapat dipertikaikan bahawa tembusan melalui zakar berlaku kerana tiada kesan koyak, kecederaan atau luka mempertahankan diri.
Namun katanya, bukti klinikal itu bukan menyeluruh jika tanpa laporan makmaj jabatan kimia.
Karpal cuba memperolehi kebenaran untuk menyoal balas Dr Razali pada masa yang lain, tetapi ia dibantah oleh pihak pendakwaan.

Semua pihak yang terbabit kemudiannya beredar ke kamar hakim dan berbincang selama kira-kira 15 minit.

Apabila perbicaraan diteruskan, Karpal memohon penagngguhan bagi membolehkan pasukannya merujuk pakar perubatan.

Meskipun mendapat bantahan, hakim membenarkan permohonan itu. Perbicaraan akan bersambung jam 9 pagi, esok.


BH kata:

Ada yang mengaku diliwat. Kata Ezam Kak Jijah pun tau Anu-arr meliwat. Ada yang diliwat dan tampil buat dakwaan tetapi ada juga yang diliwat tetapi diamkan diri. Siapakah yang lebih tau? Peliwat, yang diliwat dan yang tersangat rapat dengan peliwat. Siapa agaknya? Tikam tikam tikam. Nombor 3 jangan tikam. (Macam cerita P.Ramlee lah pulak)

8 comments:

lekio boy said...

orang yg akai tak cukup je yg percaya cite tuduhan ni.

Anonymous said...

Nampak gaya kak jijah nanti jadi mcm al-gore dgn tipper..

bRAVEhEART said...

lekio boy, berita dipetik dari sumber Malaysiakini. Malaysiakini lah yang membuat tuduhan. Yang tak cukup akai pun kadang2 tidak percaya tuduhan, hehehe. Tapi kenapa Kak Jijah tak berani saman Ezam dan tak berani junjung quraan? Berani kerana benar? Atau diliwat juga? hehehe

cucu mamak kutty said...

bersedia le kau wahai tukang penyebar fitnah.....seksa kubor menunggu kau....api neraka akanmembakar tubuh tukang fitnah....bersiap sedia le kau aduhai tuykang penyebar fitnah....mak bapak kau yg dalam kubor tu pun turut terseksa diatas dosa fitnah yg kau buat....setiap perbuatan pasti akan ada balasan......hancur berkecai le tubuh \kau tu nanti,bila di balun oleh malaikat zabaniah...teruskan lah kerja jahat kau itu....tapi ingat akan setiap perbuatan jahat pasti akan ada balasan....

cucu mamak kutty said...

kahkahkah....takut le tu....api neraka menjulang2...menunggu kedatangan tukang pembuat fitnah....dan penyambung lidah fitnah ezam alkotaki....fitnah kau tu akan menyebabkan kau dicampakkan kedalam neraka jahanam....

cucu mamak kutty said...

kahkahkah....takut le tu....api neraka menjulang2...menunggu kedatangan tukang pembuat fitnah....dan penyambung lidah fitnah ezam alkotaki....fitnah kau tu akan menyebabkan kau dicampakkan kedalam neraka jahanam....

cucu mamak kutty said...

kahkahkah....takut le tu....api neraka menjulang2...menunggu kedatangan tukang pembuat fitnah....dan penyambung lidah fitnah ezam alkotaki....fitnah kau tu akan menyebabkan kau dicampakkan kedalam neraka jahanam....

bRAVEhEART said...

CMK, takut apanya, kau pun terbakar sama jadi kayu api yang membakar, kahkahkah

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...