Suara Anak Pahang - Perlu Baca

03 June, 2010

MELAYU YANG HITAM DAN PUTIH



Yang hitam dan putih ini adalah Melayu



Politik UMNO hitam-putih, itulah yang diamalkan oleh politikus UMNO dan kerajaan selama ini. Dalam amalan politik hitam-putih ini mereka akan mengenalpasti individu tertentu dan menetapkan warnanya berdasarkan sokongan yang mereka dapati.

Penyokong tegar mereka akan diwarnai dengan warna putih manakala mereka yang tidak menyokong akan diwarnai dengan warna hitam. Bagaimana pula yang mungkin sokong atau mungkin tidak sokong atau maksudnya yang tidak dapat dipastikan sokongannya? Ooo! Mereka ini akan diwarnakan dengan warna kelabu. Maka lengkaplah 3 warna dalam kehidupan; putih, hitam dan kelabu.

Apa yang kerajaan amalkan secara jelasnya selepas PRU12 lalu? Amalan yang sama; politik 3 warna - putih, hitam dan kelabu!

Dalam kontek kerajaan persekutuan, kita akan melihat layanan berbeza berdasarkan warna-warna yang diberikan tadi.

Siapakah yang berwarna putih? Mereka adalah orang-orang Melayu yang menyokong UMNO hidup dan mati mereka. Oleh kerana sokongan mereka ini jelas dan tidak berubah bagi maka pemimpin sedar walau tidak dilayani apa pun kehendak mereka, mereka akan tetap juga menyokong kerajaan. Jadi, tidak perlulah kerajaan melayani mereka bersungguh-sungguh. Maka kerugianlah si putih ini. Siapakah si putih ini? Mereka adalah orang Melayu.

Siapakah yang berwarna hitam? Mereka adalah juga orang-orang Melayu yang menyokong Pas hidup dan mati mereka. Oleh kerana sokongan mereka ini jelas dan tidak berubah bagi maka pemimpin sedar walau mereka dilayani apa pun kehendak mereka, mereka akan tetap juga tidak menyokong kerajaan. Jadi, tidak perlulah kerajaan melayani mereka bersungguh-sungguh. Maka kerugianlah si hitam ini. Siapakah si hitam ini? Mereka adalah orang Melayu.

Siapakah yang berwarna kelabu? Mereka adalah kaum pendatang lainnya yang sokongan nya tidak menentu serta berdasarkan apa yang akan mereka dapat dari sokongan itu kelak. Oleh kerana sokongan mereka ini tidak jelas dan selalu berubah-ubah bagi maka pemimpin sedar jika tidak dilayani apa kehendak mereka, mereka akan mampu mengugat kerajaan. Kerana inginkan undi dan sokongan dari kumpulan ini, jadi kerajaan perlulah melayani mereka bersungguh-sungguh. Maka beruntunglah si kelabu ini. Siapakah si kelabu ini? Mereka adalah kaum pendatang yang selain dari orang Melayu.

Perhatikanlah sekeliling kita sama ada dasar kerajaan, perlantikan menteri kabinet, peruntukan semasa PRK, siapakah yang lebih untung? Dan siapakah yang akan kerugian selamanya kerana kerajaan lebih cenderung untuk mendapatkan undi dan simpati kumpulan kelabu ini?

Kita semua sudah ada jawapan dalam fikiran masing-masing, jika kita melihat bahawa kebenaran adalah kebenaran, maka isu yang saya bawa ini adalah benar dan nyata.


4 comments:

Wake UP! said...

Semua umat Islam di Malaysia tanpa mengira parti patut bersatu agar menimbulkan ketakutan di dalam hati kafir harbi yang memusuhi Islam.

Islam apa kalau bersekongkol menjual nama Allah kepada Kristian?

bRAVEhEART said...

Salam Wake up,
Andai bangsa Melayu dari Pas dan UMNO boleh bersatu tentu masalah ini tidak timbul sama sekali. Tentu hidup kita lebih aman damai. Begitulah cabaran utk kita org Melayu dan Islam. Lihat Bangsa Arab yang besar yg mengelilingi Israel yg kecil namun mereka terpaksa tunduk kepada Yahudi itu.

Anonymous said...

S'dara BH,

Hakikat sebenarnya kat kampung2 yang hitam je x dpt apa2, PPRT,KWAM,uniform sklh,wang ehsan dll bantuan k'jaan yg puteh & kelabu je dapat,yg hitam selalu dinafikan wlupon peruntukan tu dr k'jaan bukan parti.

Adakah kita akan aman jika melayu je yg bentuk k'jaan?berapa % kerusi melayu kat parlimen (UMNO+PAS+PKR)?Kenapa HS UMNO bg kat MIC?Melayu majoriti kan?

Fikir2kan...

Anonymous said...

Islam apa kalau halalkan judi dan rasuah

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...