TAJUK EDISI PAGI ESOK: IMBAS KEMBALI PRK BUKIT GANTANG - MELAYU DITIPU
Penyokong PAS dikampong-kampong bukan ada NI, kita tipu macamana pun dia tetap percaya sebab NI-nya kurang, hehehe
Oleh kerana kunci syurga mereka yang pegang, maka mereka bolehlah membuka dan menutupnya pada bila-bila masa. Oleh kerana mereka ustaz dan tuan guru dalam PAS maka bolehlah mereka berbohong atas sebab apapun dan bila-bila masa pun - kerana ahli PAS tentu tetap akan percaya setiap keberbohongan atas sebab mereka orang alim...dan sebab ahli-ahli PAS memang fanatik dan suka guling-guling baring tengah jalan. Bacalah 2 cerita dibawah ini;
1. Tajaan Dipertikai, Nik Aziz Batal Tunaikan Haji
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, membatalkan hasratnya menunaikan fardu haji musim ini kerana bosan dengan kerenah media, yang katanya banyak mempersoalkan permergian beliau ke tanah suci itu yang ditaja pihak tertentu. Beliau berkata pemergiannya ke Tanah Suci yang dijadual 17 November ini ditangguhkan kerana media heboh mempersoalkan pemergiannya itu kerana ditaja orang tertentu yang didakwa mempunyai kepentingan dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar. Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata laporan dalam media dan laman blog mengenai tajaan untuk beliau itu bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya. "Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Makkah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu
BH: Tapi Nabi tidak ditaja untuk mengerjakan haji bernilai sehingga RM65,000 seorang. Nabi juga rasanya tidak melakukan perkara yang sama jika perkara berkenaan tidak disukai apabila orang lain melakukannya. Dalam kata lain; apabila orang lain melakukannya mereka kata salah dan apabila mereka lakukan perkara sama mereka kata tidak salah – itu yang kita pertikaikan. Andaikata beliau diamanahkan memegang kunci syurga, tak seorangpun ahli UMNO akan dapat masuk ke syurga.
2. Baiah Lafaz Cerai Taklik Talak 3 - Mengapa PAS Selangor "Memandai"?
Bai'ah PAS menjelang pilihan raya umum lalu tidak melibatkan lafaz menceraikan isteri, tetapi melibatkan "sumpah setia laknat" bagi mengelakkan risiko lompat parti, kata setiausaha agungnya. Datuk Mustafa Ali berkata, bai'ah tersebut digunapakai di setiap negeri selewat-lewatnya sejak pilihan raya umum 1974 lagi apabila beliau kali pertama bertanding mewakili PAS.
Menurut Mustafa, lafaz bai'ah tersebut berbunyi:"Wallahi, wabillahi, watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini. "Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat. "Mustafa mendedahkan teks bai'ah tersebut dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara pagi ini bagi menjelaskan hasil siasatannya terhadap dakwaan berlakunya bai'ah talak tiga yang menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak.
Beliau juga mempamerkan kepada media beberapa salinan bai'ah pemimpin kanan PAS, termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan surat sumpah yang ditandatanganinya sendiri bagi membuktikan perkara itu. Bekas pengarah pilihan raya pusat PAS itu juga berkata, walaupun terdapat lafaz sedemikian yang digunapakai, PAS juga mengenal pasti terdapat juga "dua kes terpencil" di Selangor yang menggunakah kandungan bai'ah yang berbeza.
...../
Menurutnya, satu kes tersebut melibatkan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mengakui memasukkan lafaz cerai taklik dalam bai'ahnya bagi mengukuhkan pendiriannya supaya tidak mengkhianati parti. Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkan seorang lagi pemimpin PAS di Selangor yang terlibat menggunakan bai'ah tersebut yang didakwanya berlaku di luar pengetahuan pemimpin atasan PAS.Ditanya sama ada PAS akan mengambil tindakan disiplin terhadap Khalid kerana mengamalkan bai'ah yang berbeza, Mustafa berkata: "Saya sudah peringatkan. Apa yang telah berlaku itu, lain kali jangan buat lagilah."
BH:
Kenapa mereka perlu mengambil masa agak lama untuk menjelaskan perkara ini seolah-olah mereka memerlukan masa untuk mencari jawapan dan bukti yang disengajakan.
Sama ada ini kes terpencil atau tidak adalah soal lain. Pokoknya bai’ah itu ada berlaku, Jangan cuba ubah tajuk persoalan. Mungkin Mustafar Ali ini pembantu kepada Nik Aziz aka pemegang kunci syurga atau beliau adalah pemegang kunci penduanya.
Mereka ini tidak pernah bercakap jujur selain dari spin...spin...dan spin segalanya untuk terus menipu penyokong-penyokong nya yang masih tertidur dan berbaring diatas jalan raya.
Suara Anak Pahang - Perlu Baca
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penafian / Disclaimer
Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.
Terima kasih
8 comments:
Salam.kesian para pengikut pengikut fanatik parti parti politik ni kan . semua kena tipu hidup hidup oleh pemimpin mereka. Yang salahnya ialah kenapa terlalu fanatik? dan kenapa jadi bodoh mcm lembu?,Ini terjadi bukan hanya kepada pengikut pas,tetapi kepada pengikut UMNO jugak. yg penting pemimpin politik ni semuanya sama saja penipu.
Hahahahaha.... kenyataan hancing dari pemimpin2 kaki kencing hamPAS.
1. Siapa yang menghalang niat Totok Guru untuk mengerjakan haji tahun ini?? Yang dipersoalkan sumber perbelanjaan ke Mekah datang dari mana???
Duit sendiri atau ditaja?? Jika pakai duit sendiri, pergilah... semoga mendapat haji mabrur di sana. Jika ditaja, pasti ke tiada unsur2 suapan atas tajaan tersebut???
Jika tidak cukup duit untuk mengerjakan haji, saya pasti ramai pengikut beliau yang ikhlas sanggup bergolok gadai untuk menaja Totok Guru Niky Ajeh ke Mekah untuk mengerjakan haji.
2. Pemimpin hamPAS satu lagi ini (Mustafa Ali) cuba memesongkan fakta yang terang2 orang lain sudah tahu. Bai'ah talak tiga dikatakan tidak pernah dilakukan oleh pimpinan hamPAS, dan mereka langsung tidak mengetahui tentang perkara tersebut.
Tetapi beliau terlupa, orang yang mula2 menceritakan tentang bai'ah talak tiga adalah Nasarudin Isa. Siapa Nasarudin dalam pimpinan hamPAS??? Budak pembancuh kopi ke??? Takkan dalam banyak2 pemimpin tertinggi hamPAS, Nasarudin seorang sahaja yang tahu mengenai bai'ah talak tiga ini???
Seperti biasa, kepada pencacai hamPAS bertaraf LEMBU bolehlah mereka kelentong hidup2. Pada orang yang masih boleh berfikiran waras, cubalah cari alasan yang lebih munasabah sedikit.
PAS 4 all = Israel 4 all = Piss 2 all
maka celakalah kamu org2 Umno-bn y telah mnghina,mencaci sorg ulamak..nerakalah tmpt yg plg sesuai buat kamu smua..wahai pmilik blog, bertaubatlah sblm kamu terlambat!!
Wah.. marah betul anon 5:05pm ye. Dimanakah anda ketika ulama seperti TS Harussani dilabelkan sebagai "pelacur politik" oleh pencacai hamPAS???
Apakah gelaran tersebut bukan satu cacian atau hinaan juga ke??? Cuba anon senaraikan perkataan yang blogger ini tulis dan dikategori sebagai 'menghina' atau 'mencaci' ulama kesayangan anda itu....
Baca fakta2 yang diberikan, jangan fikir guna kepala lutut je...
PAS 4 all = Israel 4 all = Piss 2 all
salam bro..bernas sekali...nampaknya ano je lah yang comment ..nak reveal tak berani sebab apa yang bro sampaikan adalah benar..tq
Salam shonzu dan Apache, salam untuk anon juga. Malas saya nak komen balas pada anon tu, sebab saya tau bahawa dia ni jenis yang sentiasa rasa dia benar dan orang lain semua salah. Bro shonzu telah memberikan 2 komen dengan jawapan yang bernas. Terima kasih dan datang lagi ~ bRAVEhEART
Salam bro, Nik Aziz dah pegang kunci pintu syurga...... apa yang dia takut nak buat dosa...........
InsyaAllah saudara bRAVEhEART..... Teruskan usahamu....
Post a Comment