TAJUK EDISI PETANG: NIK AZIZ DAN MUSTAFAR ALI BERBOHONG LAGI
TAJUK EDISI SISIPAN SABTU: MISTERI KEMATIAN TEOH (Sebentar Lagi kira-kira jam 11 pagi)
Saya dihubungi oleh seorang sahabat tentang sebuah blog dan isi kandungannya. Apa yang menarik tentang posting blog berkenaan adalah mengenai perubahan yang diharapkan akan berlaku dalam UMNO Bahagian Jerantut. Mengenai keberkesanan dan pencapaian matlamat kursus memperkasa UMNO serta rasional dan penambah-baikan yang perlu dilakukan dimasa akan datang bagi mencapai sasaran dalam kursus berkenaan.
Sila klik disini untuk ke blog berkenaan. (http://suarajulia.blogspot.com)
Baca sebahagian CnP posting berkenaan dibawah ini:
....../
Sejauh mana UMNO Bahagian Jerantut boleh berubah selepas kursus ini belum dapat kita pastikan. Bagaimanapun beberapa perkara penting harus diambil perhatian dalam me-realisasikan matlamat memperkasakan UMNO berdasarkan pengalaman menyertai kursus tersebut:
- Kehadiran yang dicatat hanyalah 83 orang peserta dimana 20 darinya adalah wanita dirasakan kurang memberangsangkan dan sebahagian pesertanya diambil disaat-saat akhir (tangkap-muat) berikutan kegagalan menghadirkan diri oleh mereka yang sepatutnya hadir.
- Ketidaan tanpa sebab wakil dari sayap Puteri dalam menyertai kursus ini sangat mendukacitakan dan memperlihatkan sikap tidak komited ketuanya kepada program parti.
- Timbalan Ketua Bahagian merangkap Ketua Pemuda Bahagian xxxx yang sepatutnya hadir sebagai peserta namun berubah menjadi fasilitator kursus, mungkin kerana enggan disama-tarafkan dengan peserta lain walaupun dengan jelas termaktub didalam peraturan Gerak Kerja Penerangan UMNO Malaysia mukasurat 14 dibawah tajuk Kursus Orientasi Perdana UMNO 1/2009 perkara 3 yang menyatakan; Setiap peserta ketepikan perbalahan lama, protokol, pangkat dan gelaran.
- Naib Ketua Bahagian xxxx juga macam biskut ’chipsmore’ – sekejap ada sekejap tak ada – selalu ponteng. Beginikan contoh seorang pemimpin?
- Bagaimanapun saya memuji sikap Setiausaha UMNO Bahagian yang konsisten dan fokus kepada kursus dari awal hingga akhir.
- Ketua Wanita UMNO Bahagian xxxx juga didapati senang bersama peserta-peserta lain tanpa rasa bangga diri dan kelihatan ’low profile’.
- Fasilatitor kursus ini seharusnya dikendalikan oleh mereka yang datang dari negeri lain supaya mereka boleh bersikap tegas dan tidak berlaku malu-alah fasilitator terhadap peserta yang terdiri dari mereka yang berjawatan dan berkedudukan.
- Tindakan mesti diambil terhadap mereka yang gagal menghadiri kursus tanpa alasan kukuh dan mereka yang tidak mematuhi peraturan berkursus bagi mendisiplinkan UMNO. Selagi mereka yang berjawatan masih menganggap mereka ahli UMNO kelas pertama atau golongan elite, maka selagi itulah UMNO tidak akan mampu berubah dan akan menerima padahnya di PRU13 nanti.
- Di mukasurat 16, peraturan Gerak Kerja Penerangan UMNO Malaysia dibawah tajuk Jentera Siber @ Media Baru perkara 2 dan 3 menyatakan;
- 2 ahli setiap bahagian iaitu seorang lelaki dari Pemuda & Seorang wanita dari Puteri UMNO
- Tujuan wujudkan jentera siber yang cekap guna blog, youtube dan Facebook untuk menjadi nucleus dan penggerak kepada jentera media maya UMNO di bahagian-bahagian dan negeri-negeri
Sepatutnya perkara telah digerakkan lebih awal namun kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut masih lagi tidak memandang berat peranan media baru sebagai alat sebaran maklumat yang berkesan kerana itulah di Jerantut ada banyak blog pembangkang sedangkan blog UMNO masih tidak kelihatan.
- UMNO di bahagian-bahagian harus berubah lebih pantas memandangkan PRU13 sudah semakin hampir. Kita bimbang bahawa nanti kita tidak sempat berubah sepenuhnya sebelum PRU13 menjelang.
- Ahli-ahli UMNO diperingkat bahagian jangan lagi hanya mementingkan diri mereka sendiri sahaja dengan berebut jawatan bagi tujuan mendapat faedah dari jawatan tersebut, mereka seharusnya berusaha lebih keras membawa UMNO kembali gagah dan disayangi oleh semua umat Melayu serta disegani bangsa lain.
3 comments:
Salam bro, kekadang kita tak dapat nafikan juga ada sesetengah AJK Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan sama ada Pemuda, Wanita atau Puteri dari kalangan yang tidak berada...... jadi yang mana perlu didahulukan....
Lainlah bagi mereka-mereka yang bersifat mengejar kebendaan ketika menjadi AJK, puak-puak ini menyertai UMNO semata-mata untuk mendapat sesuatu, kalau mereka tidak dapat maka puak-puak ini akan menjadi duri dalam daging pada UMNO....... inilah yang sepatutnya diubah dulu dalam UMNO....
Ko lagi celaka punye melayu...
Sebenarnya melayu seluruhnya patut berubah.ni nampak mcm melahu ni pemikiranya tahap lembu aje. mcm mana nak berubah? asik kena tipu dgn pemimpin pemimpin aje.oengikut pas kena tipu dgn pemimpin pasnya dan pengkut UMNO kena tipu dgn pemimpin UMNO kenyataannya pengikut itu sendiri kena cerdik bukan bodoh mcm lembu
Post a Comment