Mari kita bebaskan diri dan jiwa kita. Mari kita taruhkan badan dan nyawa kita untuk kebebasan itu .......untuk sekali ini saja.
Abdullah Ibnu Rawahah - pahlawan dan pujangga tersohor di Zaman Nabi pernah melafazkan ..........
Wahai diri....
Jika kau tidak gugur di Medan juang
Kau tetap akan mati
Walau di atas ranjang.
Dimanakah perginya waris pejuang wira dan srikandi kita? Kemana lunturnya semangat juang bangsa yang dipegang zaman berzaman? Lupakah kita pada kata ’Tidak Melayu Hilang Didunia?
Mari kita bersama bediri dalam saf, kita rapatkan dalam barisan dan bersama kita berjuang untuk bangsa dan negara tercinta ini........
Kendati tergantung awan di langit
Telah terlanjur kubentangkan layar
Walau badai datang menggulung
Walau berdentum guruh di langit
Walau bumi berkeping dua
Takkan mungkin ku berbalik haluan
......Hidup Melayu!
Nota:
Kepada blogger-blogger Anak Negeri Pahang, tanpa prejudis dan mengira perbezaan fahaman, saya menyeru untuk mengadakan satu pertemuan yang akan manggabungkan kita semua dalam satu kumpulan dalam waktu terdekat. Kita tidak perlu mengharapkan sesiapa untuk membantu kita lagi kerana kitalah akan membantu diri kita sendiri. Sila hubungi saya dialamat email; anakpahang@ymail.com sebagai respon awal dari saudara. Segala maklumat peribadi saudara/i adalah rahsia.
4 comments:
Mari bersama demi Agama , Bangsa dan tanahair...bila-bila sahaja bro...tetap bersama
BH, kita tidak pernah menolak pelawaan.... berjuang walau tidak dinilai....
Salam. Good artikal.persoalannya ada kah pemimpin melayu yang sanggup berjuang seperti yang sepatutnya? setahu aku pemimpin melayu sekarang cuma berjuang tuk membuat duit aje. mereka tidak fikir pun pasal bangsa.Kata kata berjuang utk bangsa hanya retorik semasa pilihan raya aje.Ynag penting sekarang kita tendang semua pemimpin yg tak berguna dulu baru kita boleh berjuang
Salam Semua dan terima kasih kepada Apaceh dan Yanggambi,
Benar kata sdr Anon tu sebahagiannya, dan bukan hanya pada UMNO bahkan PAS pun sama, mereka hanyab pentingkan diri dan kroni serta parti sahaja sehingga sanggup gadaikan maruah bangsa ~ bRAVEhEART
Post a Comment