22 November, 2009

MEMPERKASA ATAU MEMPERKOSA UMNO?

Siapa perkosa UMNO?



...Badan Perhubungan UMNO Negeri memang berusaha sehabis mungkin untuk melakukan segala yang patut bagi memastikan UMNO Kedah benar-benar bersedia menghadapi PRU ke-13. Sejauh mana berkesannya usaha itu, hanya masa -dan usaha mereka - yang menentukannya. Tetapi usaha tu satu hal. Nak berdepan dengan karenah pembesar-pembesar bahagian pun satu hal juga. Begitu juga dengan si pembesar bahagian, selain yang sememangnya bermasalah, ada juga yang terpaksa berdepan dengan segala jenis 'Hang Jebat, Hang Kerat, Hang Ampu, Hang Sebat, Si Kitul' dan sebagainya di bahagian dan cawangan...Demikian sebahagian dari posting diblog DEPA KATA. (Klik sini)

Demikianlah sebahagian dari kisah benar dalam UMNO yang mungkin ramai sudah tahu tetapi pura-pura tidak tahu atau sengaja tidak mahu ambil tahu. Bagaimanapun ini adalah perkara pokok dalam soal kestabilan serta kekuatan UMNO sebagai sebuah parti politik yang menjadi tunjang BN dan kerajaan.

Pemimpin tertinggi 'Satu Malaysia' saya yakin sudah mengetahui masalah ini yang berlaku dimana-mana bahagian sekali pun, harus berusaha keras membenteras perkara berkenaan dari berterusan dan memburukkan imej UMNO seterusnya menjadikan sebab utama mengapa kebanyakan rakyat terutama generasi muda menolak dari menyertai UMNO.

Benarlah kata bahawa 'UMNO mesti di perkasakan bukan terus diperkosakan'. Pahang tak terkecuali. Saya tidak mahu memperkatakan bahagian Bentong, Raub dan Pekan, bimbang nanti ada orang yang masam muka. Maklumlah orang UMNO, orang Pahang pulak tu. (Baca apa sindiran Husin Lempoyang disini) Tetapi satu bahagian di Ulu Negeri dan di Ulu Sungai Pahang itu memang terkenal dengan pergolakannya yang tidak pernah reda. Mungkin kerana semangat para pejuang dahulu masih mengalir dalam darah mereka membuatkan mereka sentiasa bersemangat untuk berjuang dan berperang sesama sendiri, atau mungkin juga kerana derasnya arus air yang mengalir membuatkan mereka terbiasa dengan kekerasan.

Bahagian ini selalunya dipimpin oleh Menteri atau timbalan-timbalan menteri. Namun sesiapa yang naik akan dijatuhkan. Menaikkan yang lain kemudian menjatuhkan semula. Mungkin boleh diibaratkan sebagai mendirikan binaan dari buah-buah mahjong, bina dan runtuhkan semula.

Menurut seorang sahabat, pemilihan bahagian terbaru menyaksikan 'penjanaan ekonomi' yang sangat memberangsangkan kerana melibatkan wang yang banyak. Maka seperti lazimnya, pihak yang kalah menuduh yang menang bermain politik wang sedangkan mereka sebenarnya melakukan perkara sama. Maka menanglah mereka yang bertanding sambil menyebut disokong oleh nama tokoh politik diatas yang sangat mashur dalam pemuda.

Seorang AJK Wanita di bahagian berkenaan juga, yang baru terpilih (walau pun dia bukan baru lagi, dah kira kategori vantage) dihebohkan berjaya mendapatkan jawatan juga kerana kebaikan hatinya dalam 'memberi' kepada para perwakilan. Namun yang diberinya adalah hak rakyat dan hak UMNO yang mana dia hanyalah petugas yang telah menyalahgunakan kuasa memberi itu. Terbaru beliau diberitakan terlibat dengan skandal dengan AJK Bahagian yang juga telah beristeri. Mereka kesana dan kemari, serta si AJK Wanita itu yang kelihatan macam jutawan sering membelikan baju dan hadiah-hadiah kepada si lelaki itu.

Ini kalau tanya AJK Wanita bahagian tersebut, mereka semua tahu mengenainya. Bahkan 'orang kampong' semua dah tahu. Tinggal lagi apakah keluarga nya mengetahui? Apakah suami dan anak-anak juga mengetahuinya? Insaf-insaf lah Kak oiii! Walaupun muka dan kulit tidak kerepot kerana 'botox' tapi usia bukan kekal lama.

Bukan soal keburukan atau salah laku peribadi itu yang kita ingin tonjolkan, tetapi seperti kata Tun Dr. Mahathir, pemimpin harus bersih dan kelihatan bersih. Namun jika sikap yang saya nyatakan tadi diperbincangkan, maka mereka inilah yang merosakkan UMNO dan mereka inilah diantara yang memperkosa UMNO. Mereka yang naik dan berebut-rebut untuk menjadi AJK bahagaian dengan menabur rasuah kemudian pula dengan harapan untuk menerima pula habuan rasuah oleh pihak atasan. Mereka yang tidak ada perasaan dan jiwa serta roh UMNO didalam darahnya.


bh dulupun pernah jadi Ketua Pemuda Cawangan, Ketua Cawangan serta AJK Pemuda Bahagian, tapi rasa tak selesa kerana politiking yang keterlaluan dalam UMNO. Sekarang mungkin masih ahli biasa yang tidak aktif, kalau nama tidak dipotong serta tidak dicantas oleh Ketua Cawangan ~ Huhu. Aku tetap aku ~ bRAVEhEART
(Mungkin lain kali boleh letakkan foto lama semasa bersama Ketua Bahagian dan DS Najis sewaktu beliau Ketua Pemuda UMNO).

2 comments:

YANG GAMBI said...

Salam BH, Pahang memang banyak keturunan Pahlwan perkasa, tetapi yang anehnya, negeri Pahang seolah-olah ketandusan pemimpin.......... sehingga orang luar lebih layat jadi pemimpin di Pahang.....

Anonymous said...

Salam. Tu Pahang dulu. Pahang sekarang dah mmg tak ada pemimpin yang berwibawa.yg ada cuma pemimpin cari makan aje

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...