03 November, 2009

SATU MALAYSIA: BERSUARA DEMI RAKYAT - ADA DURI DALAM DAGING BHG 3

CEKUP...penguat kuasa mengambil KESEMPATAN
mencuci mata tertuduh yang disyaki berkhalwat.




Juruwang dicekup khalwat tak sempat uji bakat TV – Harian Metro Isnin 2 November MS-4 = clik utk ke link di Harian Metro Online


KUANTAN: Impian seorang juruwang wanita untuk menjadi artis dengan menyertai uji bakat satu program realiti televisyen di sebuah pusat beli-belah di bandar ini berkecai apabila dicekup penguat kuasa agama di sebuah hotel bajet di sini, selepas disyaki berkhalwat,semalam.

Juruwang berusia 19 tahun itu ditahan bersama seorang juruteknik berusia 23 tahun selepas didapati berdua-duaan dalam sebuah bilik hingga mendatangkan syak dalam serbuan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), kira-kira jam 7.15 pagi.

Ketika disoal penguat kuasa agama, wanita yang bekerja di Bukit Tinggi, Bentong itu mendakwa tiba di bandar ini kelmarin bersama tiga rakan lelaki untuk menyertai uji bakat itu yang diadakan di sebuah pusat beli-belah di sini. - (Demikian petikan dari sumber seperti dinyatakan diatas)

Kita sokong segala usaha penjawat awam bagi melaksanakan tugas mereka dengan berkesan. Hanya dalam hal berkenaan, saya merasa kecewa apabila melihat gambar yang disiarkan dimana tertuduh perempuan berkenaan masih dalam keadaan separuh bogel (berkemban). Menyiarkan gambar dengan tujuan untuk memalukan dan menjatuhkan martabat seseorang – mungkin jurufoto atau wartawan berkenaan yang melakukan tindakan demikian, tetapi pihak JAIP yang membenarkan jurufoto/wartawan merakamkan gambar sedemikian untuk siaran akhabar adalah tanggungjawab JAIP yang mengetuai operasi tersebut.

Sebelum ini kita pernah terbaca diakhbar dimana seorang bekas penguatkuasa Jabatan Agama Islam disebuah negeri (bukan Pahang) menyamar sebagai penguat-kuasa dan meminta habuan sek bagi menutup kes berkenaan. Kita juga mendengar bahawa apabila pihak penguat kuasa menjalankan pengintipan selalunya mereka akan ’memuaskan’ mata mereka terelebih dahulu sebelum melakukan tindakan.

Persoalannya, benar mereka diberikan kuasa tetapi apakah mereka melakukannya kerana Allah atau mengambil kesempatan diatas kuasa yang mereka ada (menyalahgunakan kuasa)

Kita berharap Kerajaan Satu Malaysia kini akan memfokuskan kepada penjawat awam yang mana mereka inilah yang akan mencerminkan pentadbiran kerajaan yang berkuasa. Segala bentuk penyalah-gunaankuasa, penyelewengan dan rasuah mesti di benteras dari sekarang bagi memberikan imej bersih.

Saya masih ingat kata-kata Tun Mahathir yang maksudnya lebih kurang begini: ’Pemimpin bukan sahaja harus bersih tetapi mesti juga nampak bersih’

Satu Malaysia – harapan baru rakyat ~ bRAVEhEART

2 comments:

Anonymous said...

Salam. Itu ajelah kerja jabatan agama islam. tangkap org khalwat aje. tak ada pulak nak ke masjid masjid nak mengajar org pun? apa jabatan agama islam ni? lebih kurang jabatan agama yahudi aje?

Ekompute said...

Sebenarnya, agama adalah antara manusia dengan Allah. Bagi saya, perkara ini penuh dengan ironi. Orang yang mencuri wang rakyat berbilion ringgit dipanggil "Yang Berhormat" manakala orang yang tidak menjejaskan orang lain selain daripada diri sendiri dihukum.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...