07 November, 2009

SATU MALAYSIA: BERSUARA DEMI RAKYAT - SIAPA DURI DALAM DAGING

Rumah Rehat Bukit Residen Kuala Lipis



Saya dihubungi oleh sahabat saya dari Kuala Lipis yang mengadu mengenai duri dalam daging. Mulanya saya sangkakan beliau berburu dan mendapat daging kijang atau pun rusa, rupanya dia hanya hendak lepaskan amarah dalam hatinya yang luka. (Ianya mengenai perniagaan. Selain dari ’Pertanian Adalah Satu Perniagaan’, saya nak sebutkan bahawa Rasuah Juga Bolehlah Dikira Sebagai Satu Perniagaan yang sangat menguntungkan. Kata Husin Lempoyang; ’Meniaga Orang Lagi Untung Dari Meniaga Onta’)

Kata sahabat saya itu, YDP Majlis Daerah Lipis patutlah berbangga kerana Majlis Daerah Lipis yang mengwujudkan perniagaan dengan menjalankan Rumah Rehat Bukit Residen dan Rumah Rehat Tanjung Lipis telah memberikan saingan yang hebat kepada sebuah hotel besar di Kuala Lipis. Selain itu Tourist Information Centre yang diujudkan oleh MDL juga menjejaskan empayar perniagaan syarikat berkenaan. Demikian yang dijelaskan oleh wakil syarikat tersebut sepertimana laporan 'tuan-tulis' dilaman blognya - klik utk baca ’titik bukan nokhtah’

Ada beberapa perkara yang dipertikaikan oleh sahabat saya itu;
1. Apakah perniagaan syarikat berkenaan tidak boleh diberikan saingan? Bermakna orang lain jangan berniaga kerana dia saja yang berhak berniaga.
2. Sedarkah bahawa syarikat berkenaan juga telah menutup peluang perniagaan orang lain (bumiputera) berikutan dengan keputusan jabatan kerajaan tertentu menawarkan pajakan sebuah pusat pelancongan di Kuala Lipis kepada syarikat terbabit yang menjalankan dasar monopoli.
3. Menurut sahabat saya itu juga, dahulunya jabatan berkenaan mensyaratkan tender pajakan hanya kepada bumiputera sahaja dibawah dasar membimbing dan membantu usahawan bumiputera. Namun mungkin kerana dasar Satu Malaysia atau pun 'Perniagaan Sharklee' menyebabkan ianya dibuka kepada semua.
4. Kata sahabat saya lagi, beliau juga sanggup ’berhutang’ kerana ingin membayar RM20.00 kepada ’tuan tulis’ sebagai upahnya membuat surat sepertimana yang dibuatnya untuk taukeh berkenaan dan tujukan surat tersebut kepada MB serta salinan kepada PM supaya mengkaji semula dasar kerajaan negeri dan pusat dalam membantu dan melindungi bumiputera.


Saya menung dan cuba mencari-cari, siapakah duri dalam daging yang dengan sinis sahabat saya itu maksudkan? ’Si-Tuan Tulis’kan, Penjawat Awam di Jabatan berkenaankah?, Pentadbir Negeri atau Negara-kah? Atau dasar kerajaan itu sendirikah? Namun pasti ada pihak yang mendapat sesuatu yang mengembirakan. Senang-senang nanti bolehlah SPRM menjenguk dan buat lawatan muhibbah ke Jabatan berkenaan.

Yang saya nampak adalah rasa kecewa dan malang menjadi seorang Melayu di negara sendiri apabila dianak-tirikan hanya kerana pihak tertentu ingin mengambil hati orang lain.

Kita minta jabatan terbabit agar membukalah mata luas-luas supaya jangan hak bangsa Melayu digadaikan sewenang-wenangnya. MB @ Abang Long pun patut juga memandang kebawah sekali sekala, jangan hanya memandang keatas sahaja kerana langit tidak akan runtuh tetapi bumi yang akan merekah dan terbelah dua akibat gempa.

Sekalung ucapan terima kasih kepada Exco Pelancongan YB Dato' Shafik Fauzan kerana telah berbuat sesuatu walaupun ianya tidak menjadi kenyataan. Bagaimanapun, perhatikan juga perkembangan pelancongan di Lipis yang semakin lesu dan malap. Lakukanlah sesuatu - jalan Kuala Lipis ke Cameron Highland nanti mampu meningkatkan pelancongan Lipis sekiranya dipantau dan dirancang dengan teliti dari sekarang.

Mungkin sahabat saya itu juga kecewa bilamana YB Ahli Parlimen tempatan tidak mampu membantunya dan tidak berbuat sesuatu. Sebelum memutuskan talian sempat sahabat saya itu mencemuh slogan hidup melayu yang diperjuangkan UMNO, katanya; 'Melayu mana yang akan hidup dan Melayu mana yang akan terus tertindas'? (bRAVEhEART - Beranikan Hati berjuang untuk rakyat)


Berikut saya salinkan sepenuhnya posting dari blog berkenaan kerana bimbang ianya akan dipadamkan oleh pemilik blog:




Diantara yang datang minta tolong buatkan surat ialah seorang tokeh besar. Pengarah Urusan the Lipis Centrepoint hotel & Restaurant. Aduh! makan besarkah aku atau terlayankah aku dek orang ini!!!

Seorang peniaga, seorang orang bisnes atau taukehlah cakap mudahnya, dalam kepala hotaknya tiada lain, melainkan memikirkan soal untung semata-mata.

"En. Hashim, tolong betulkan surat saya ni, kasi buat cantik-cantik dan sekejap lagi saya mari"
"Ok" , saya ambil deraf dia, baca dan faham maksudnya. Dengan segera saya menghadap skrin dan terus mengetik.

Rupa-rupanya bisnes dia merosot apabila Majlis Daerah Lipis mengadakan saingan hebat dengan membuka sendiri bisnes yang sama di Rest House Bukit Residen, Rest House Tanjung Lipis, Guest House Bukit Bius, Lipis Velley Inn dan Pahang Club dan mengadakan sebuah Tourist Information Centre (TIC) di Pejabat lama MDL. Suratnya dialamatkan ke YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Untuk Perhatian Biro Pengaduan Awam meminta dasar Kerajaan Tempatan di semak semula dengan salinan kepada YAB Menteri Besar Pahang, Persatuan Perniagaan China, hotel dan restauran dan kawan-kawan chinanya yang berkaitan.

Sekali imbas MDL juga tidak patut, menutup rezeki orang lain. Dimanakah letaknya Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan?

"Ok,siap?"
"You baca"
"Good, how much?"
"My minimun is only RM 10."
"Alright, I pay you RM 20."

Saya tersenyum, Dua puluh ringgit Malaysia sudah cukup untuk saya punya satu hari belanja. Bagaimana dengan hari-hari yang tak berpengupah. Debit saya tak boleh cover credit. Ini macamkah berniaga? Nampaknya kalau dalam dua bulan lagi begini, bisnes ini akan saya tutup.

Lepas dua bulan ni, lu orang kalau mahu bikin surat , lu orang fikirlah sendiri....

5 comments:

Anonymous said...

Kawan rasa pihak jabatan hutan kena lebih telus dan jujur dalam membangunkan taman rimba kenong atau jika perlu taman berkenaan dicadangkan untuk diletakan dibawah jabatan lain i.e. perhilitan yang nampak lebih bersungguh2 memajukan eko-pelancongan. Penerangan pelancongan kuala lipis mungkin boleh turut membantu dalam memberikan promosi yang meluas.

Unknown said...

Salam,

Boleh juga beri pada Felda (bersebelahan Taman Rimba Kenong)yang banyak berpengalaman dan berjaya mengendalikan produk eko/agro pelancongan seperti Tekam Plantation Resort, Sg Kelah dll.Apa 'pendapatan'?

bRAVEhEART said...

Salam,
Terima kasih komen dari sahabat-sahabat dari lepih (agaknya). Menarik bila orang Lepih mula bersuara dan itu pendapat yang bagus kerana mereka lebih mengetahui masalah dalaman, teruskan bersuara sdr hassantuan dan terima kasih kerana memberi komen ~ bRAVEhEART

Anonymous said...

[u][b]Xrumer[/b][/u]

[b]Xrumer SEO Professionals

As Xrumer experts, we from been using [url=http://www.xrumer-seo.com]Xrumer[/url] quest of a long leisure conditions and grasp how to harness the massive power of Xrumer and build it into a Bills machine.

We also yield the cheapest prices on the market. Many competitors desire cost 2x or consistent 3x and a end of the term 5x what we pervade you. But we believe in providing great service at a small affordable rate. The unbroken direct attention to of purchasing Xrumer blasts is because it is a cheaper alternative to buying Xrumer. So we focusing to stifle that contemplating in recollection and outfit you with the cheapest standing possible.

Not only do we take the unexcelled prices but our turnaround in the good old days b simultaneously for your Xrumer posting is wonderful fast. We will pull someone's leg your posting done before you know it.

We also cater you with a full log of well-heeled posts on manifold forums. So that you can catch a glimpse of over the extent of yourself the power of Xrumer and how we hold harnessed it to help your site.[/b]


[b]Search Engine Optimization

Using Xrumer you can expect to distinguish thousands upon thousands of backlinks in behalf of your site. Many of the forums that your Location you intent be posted on oblige great PageRank. Having your link on these sites can deep down help establish up some top-grade quality endorse links and uncommonly riding-boot your Alexa Rating and Google PageRank rating through the roof.

This is making your instal more and more popular. And with this inflate in celebrity as grammatically as PageRank you can expect to appreciate your area really superiority gamy in those Search Mechanism Results.
Traffic

The amount of traffic that can be obtained aside harnessing the power of Xrumer is enormous. You are publishing your plat to tens of thousands of forums. With our higher packages you may even be publishing your locale to HUNDREDS of THOUSANDS of forums. Ponder 1 post on a in demand forum will almost always cotton on to a leave 1000 or so views, with communicate 100 of those people visiting your site. Modern devise tens of thousands of posts on popular forums all getting 1000 views each. Your freight will go because of the roof.

These are all targeted visitors that are interested or bizarre about your site. Imagine how divers sales or leads you can execute with this great loads of targeted visitors. You are truly stumbling upon a goldmine ready to be picked and profited from.

Retain, Shipping is Money.
[/b]

TRAVERSE B RECOVER YOUR INFERIOR BURST TODAY:


http://www.xrumer-seo.com

Anonymous said...

Predilection casinos? pass over and beyond this unripe [url=http://www.realcazinoz.com]casino[/url] proffer to and manufacture online casino games like slots, blackjack, roulette, baccarat and more at www.realcazinoz.com .
you can also pore over our untrained [url=http://freecasinogames2010.webs.com]casino[/url] standard‘nesis at http://freecasinogames2010.webs.com and harvest spirit substitute !
another late-model [url=http://www.ttittancasino.com]casino spiele[/url] lollygagging is www.ttittancasino.com , in close up in on range german gamblers, branch in manumitted online casino bonus.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...