16 November, 2009

TAUBATLAH NIZAR: KERAJAAN DITEKAN KUMPULAN PENDESAK BUKAN MELAYU

TAJUK EDISI ESOK PAGI: ??


Yang rela berjuang untuk kepentingan bangsa lain
adalah bangsa Melayu sendiri yang bodoh dan kurang akal




UMNO adalah tunggak Barisan Nasional dan Kerajaan yang memerintah sekarang ini. Seandainya kekuatan UMNO goyah maka bangsa-bangsa lain sama ada dari dalam parti komponen BN atau luar akan segera mengambil kesempatan dengan menuntut segalah hak-hak dan keutamaan yang selama ini diberikan kepada bangsa Melayu sebagai bumiputera dan penduduk asal negara.



Kekalahan dibeberapa negeri berikutan kemerosotan sokongan kepada UMNO dan parti-parti komponen BN telah menyemarakkan semangat parti pembangkang yang didalangi bangsa pendatang untuk mendesak kerajaan bagi mendapatkan lebih banyak lagi hak-hak yang selama ini hanya diberikan kepada bangsa Melayu serta peribumi sahaja. Sekiranya UMNO tidak kukuh maka kerajaan terpaksa tunduk kepada permintaan mereka itu.



Antaranya adalah dari Jawatankuasa Suqiu dan antara tuntutannya yang dianggap elstrem adalah:

- Atasan alasan menggalakan perpaduan, Suqiu meminta dimansuhkan perbezaan bumiputera dengan bukan bumiputera dalam semua bidang.

- Atas alasan mempertahankan Hak Asasi Manusia dan Menegakkan Keadilan, Suqiu meninta dipinda Akta Kesatuan Sekerja, Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, Akta Polis dan Akta Universiti dan Kolej Universiti supaya selaras dengan piawaian hak asasi manusia dan mempertahankan kebebasan bercakap, perhimpunan dan persatuan.

- Dibawah tajuk Laksanakan Dasar Ekonomi Yang Adil, Suqiu meminta diberikan bantuan secara adil dan mencukupi kepada semua sektor termasuk industri penternakan babi.

- Suqiu juga mahu mahu dihapuskan sistem kuota yang berasaskan kaum dan menggantikannya dengan sistem pengagihan yang berasaskan kebolehan.

- Dalam tuntutan Laksanakan Dasar Pendidikan yang progresif dan liberal, Suqiu meminta dibatalkan rancangan Sekolah Wawasan dan hentikan perlantikan guru-guru yang tidak berkelayakan bahasa Cina untuk memegang jawatan-jawatan tinggi di sekolah rendah cina untuk memastikan sifat dan cara pendidikan di sekolah rendah cina itu tidk diubah. Suqiu juga mendesak dihapuskan kuota untuk kemasukan ke universiti.

- Dalam usaha memodenisasikan kampung baru, Suqiu mendesak kerajaan memastikan semua penduduk perkampungan beru diberikan hak milik tanah dengan segera.



Anggota Jawatankuasa Suqiu:

- Dewan Perhimpunan Cina Selangor

- Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan

- Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong)

- Persekutuan Persatuan-Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia

- ???

- Federation of Guangdong Association of Malaysia

- Federation of Guangxi Association of Malaysia

- Taiwan Graduates Alumni Association of Malaysia

- Nanyang Universiti Alumni Association of Malaya

- Persekutuan Persatuan-Persatuan Alumni Sekolah Cina Malaysia

- Federation of Sanjiang Association of Malaysia

- Centre of Malaysian Chinese Studies (formerly known as Huazi Resource @ Research Centre)

- Federation of Fuzhou Association of Malaysia.



1. Apa yang mereka minta dan apa pula yang mereka rela memberikan?


2. Apakah mereka yang menguasai ekonomi ini selalu jujur dengan bangsa Melayu dalam peluang pengagihan ekonomi? Apakah mereka tidak mensabotaj perniagaan bangsa Melayu dan yang kerajaan ujudkan? Masih ingat dengan kedai G-Mart yang dianjurkan oleh Pernas? Kenapa mati? Bukankah merka yang menguasai pengedaran barangan mensabotaj usaha tersebut? Siapakah mereka itu?


3. Jika jujur mengujudkan bangsa Malaysia dan hendakkan hak sama rata, kenapa perlu pertahankan sekolah bahasa cina? Kenapa tidak ada hanya sekolah berbahasa Malaysia sahaja? Bukankah semua setuju bahawa Bahasa Malaysia adalah bahasa resmi negara?


4. Banyak lagi ketidak jujuran mereka terhadap kita, namun malangnya bangsa kita sendiri yang menjadi musuh dalam selimut dan menjadi dalang memusnahkan bangsa sendiri. Siapa agaknya Si-Kitul dan Raja Mendaliar abad ini?


5. Siapa yang kadang-kadang tidak mempercayai kebolehan bangsa sendiri dalam perniagaan lalu membuka peluang lebih luas kepada bangsa lain? Mungkin kerana adanya sedikit imbuhan @ hadiah @ sumbangan jelasnya RASUAH!


6. bRAVEhEART akan dituduh rasis, tetapi apa yang mereka perjuangkan itu bukankan rasis juga? Apakah kita mesti takut dituduh rasis untuk pertahankan hak bangsa kita dibumi kita sendiri?



Yang akan tetap beranikan hati berjuang untuk rakyat, bangsa dan negara

~ bRAVEhEART

3 comments:

Anonymous said...

SEGELINTIR >> << BANGSA MELAYU DI TANAH MELAYU MALAYSIA INI BELUM MAHU BANGUN LAGI DAN TAK TAU SAMPAI BILA BANGSA MELAYU NI MAU SEDAR DARI TIDUR LENA NYA

YANG GAMBI said...

Salam BH, selagi ada bangsa Melayu yang sanggup mengadai maruah bangsa, selagi itulah Melayu akan sentiasa dipandang rakyat kelas 2 di bumi sendiri.....

Anonymous said...

Salam semua.. persoalannya yg kita perlu jgk temggok ialah kenapa pemimpin melayu UMNO jugak tidak menjaga kepentingan bangsa?,ini yg membuatkan org jugak tidak mempercayai UMNO kerana pemkimpin UMNO sendiri jugak bangsat

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...