16 November, 2009

TAUBATLAH NIZAR: TAHNIAH PAHANG DAILY ONLINE

TAJUK EDISI SISIPAN (KHAS): MANA BLOG UMNO PAHANG?



TAJUK EDISI PETANG: KERAJAAN DITEKAN KUMPULAN PENDESAK BUKAN MELAYU








  1. Ketika saya mula ber-blog, saya telah menyedari akan kewujudan blog Pahang Daily Online. Ketika itu persaingan hebat berlaku diantara PDO dan Pahang Daily bagi menjadi suara rakyat negeri Pahang di media maya ini. Persaingan itu juga mengambarkan persaingan diantara blog berita pro UMNO dengan pro Pakatan Rakyat akan Pembangkang. Namun akhirnya PDO terus unggul.

  1. Antara yang menyaingi PDO sebagai blog berita di Pahang namun gagal meneruskan misinya adalah; Pahang Daily (posting terakhir 8 bulan lalu), Pahang Kini (5 bulan), Pahang News (11 bulan) dan terbaru adalah blog Pahang Press kelolaan Sakmongkol AK47 dengan posting pertamanya pada 18 September 2009 dan nampaknya masih aktif sehingga semalam. Selain itu, Laman Sidang Online – blog PAS juga terkubur dengan posting terakhirnya pada 7 bulan lalu.

  1. Pada pengamatan saya, semalam ada kira-kira 1258 pengunjung yang dicatatkan melawat blog PDO dengan sejumlah 5 posting yang disiarkan pada hari semalam sahaja sehingga pukul 11:25 malam. Tahniah kepada PDO kerana menunjukkan usaha gigihnya dan kommited terhadap penyebaran berita terutamanya yang memberikan manafaat kepada Pakatan Rakyat. Bolehlah kita istiharkan bahawa PDO adalah media resmi Pakatan Rakyat bagi negeri Pahang.

  1. Selain itu terdapat 2 buah blog aggregator yang menyenaraikan laman-laman blog bagi blogger-blogger Pahang. Gabungan Suara Anak Pahang di url – http://gerbang temumaya.blogspot.com dan Himpunan Blog Pahang url - http://bloggerpahang.blogspot.com/

  1. Terdapat beberapa Blog Politik di Pahang yang aktif menulis ulasan politik. Bagi Blog Pro Kerajaan antaranya adalah; Warisan Pahang, BumiYang, YangGambi, Sri Tri Buana, Amin Chenor, Sakmongkol AK47, Juri Rakyat, Seratah, Shamsuddin El-Askarey dan Saka Adiwangsa. Manakala blog-blog pro pembangkang adalah; ababina_328, Angkatan Muda Keadilan Pahang, Barisan Rakyat Pakatan Rakyat, Nak Marah Marah Lah, Mesti Lawan dan Tok Perai. (Sila ke blog aggregator Gabungan Suara Anak Pahang untuk melayari blog-blog tersebut).

  1. Malangnya kita tidak melihat adanya blog dari itu UMNO sendiri. Memang ada beberapa tokoh / penjawat-penjawat UMNO secara peribadinya, di peringkat bahagian yang menulis blog, namun akhirnya blog berkenaan tenggelam begitu saja. Malahan blog Small Talk pun hanya dikunjungi 25 orang (11:28 malam) dengan posting 2 hari lepas (13 November). Bagaimanapun visitor counternya mencatat sejumlah 56861 pengunjung telah melawat blog berkenaan sejak dibina. Mungkin semalam bukan hari pengunjung melawat blog beliau agaknya.

  1. Andai benar UMNO memandang serius dan mengakui bahawa media baru berpengaruh dalam menyebarkan maklumat dan juga sebagai alat propoganda, maka usaha bersungguh-sungguh harus dilakukan bagi meningkatkan keupayaan blog-blog UMNO menarik minat pembaca seterusnya mampu mempengaruhi mereka.

  1. UMNO Pahang baru-baru ini mengadakan kursus penulisan blog untuk UMNO dibahagian-bahagian, namun enggan menggunakan khidmat blogger Pahang yang ada untuk berkongsi pengalaman entah kerana apa, maklumlah tindakan orang politik sentiasa berhelah. Tidakkah ini akan menguris hati sahabat-sahabat blogger Pahang. Dato’ Sam mungkin ada jawapannya!. Blogger Megat Pisau memperakui perkara berkenaan lewat komen di blog bh tak lama dulu.

  1. Hanya UMNO yang harus rasa cemburu dan curiga, was-was dan waspada kerana mereka yang menguasai media mampu menguasai fikiran generasi muda, yang mampu pula mengubah fikiran generasi sebelumnya. Misi tawan Pahang PAS itu jangan dianggap mudah kerana segalanya serba mungkin.

  1. Mana susulan kepada pertemuan MB dengan aktivis-aktivis media baru Pahang? Mungkin sudah sejuk sebagaimana bak kata pepatah; hangat-hangat tahi ayam! Ya, PRU13 masih jauh lagi dan UMNO telah menang di Bagan Pinang...tapi kalau bukan TS Isa, mampukah UMNO Menang? Kemenangan itu kemenangan Isa bukan kemenangan UMNO!

  1. Bagaimanapun, sekali lagi saya ucapkan tahiah kepada PDO kerana telah berjaya manjadi blog berita nombor satu di Pahang dan seterusnya menjadi ejen memecahbelahkan bangsa melayu dengan berita-beritanya yang sentiasa meburuk-burukkan pemimpin kerajaan (Melayu). Hanya UMNO yang harus rasa cemburu dan curiga, was-was dan waspada kerana mereka yang menguasai media mampu menguasai fikiran generasi muda, yang mampu pula mengubah fikiran generasi sebelumnya serta mengubah keputusan Pilihanraya.

3 comments:

YANG GAMBI said...

Salam BH, satu paparan yang menarik buat pagi Isnin ini......

Tetapi, kawan lihat, UMNO-BN tidak berminat dengan blog yang dapat menyalurkan maklumat kepada masyarakat terutama dikalangan generasi muda. Apa yang jelas, mereka langsung tidak ada masa dan peka dengan kelebihan media IT, mungkin merasakan masih selesa dengan kemenangan....... Blog pro pembangkang bertungkus lumus kerana mereka merasakan perlu berjuang, sebab itu mereka mengutamakan laman blog untuk menyebar maklumat......

Biarkanlah........ mungkin UMNO-BN Pahang merasakan selesa untuk menghadapi PRU13, sebab itu mereka tidak peka dengan blogger-blogger di Pahang yang mungkin tidak memunafaat bagi UMNO-BN......

bRAVEhEART said...

Salam Yang Gambi,
Posting sisipan jam 11 pagi nanti kita menembak tepat pada sasaran. Teruskan perjuanhan kita ~ bRAVEhEART

Apache said...

Salam bro...mungkin kerana perbezaan generasi kepimpinan menjadikan umno pahang begitu...mungkin ketika ini umno pahang perlu mendapatkan kepimpinan baru supaya ianya relevan dengan keadaan..kalau tidak mungkin beginilah nasib umno pahang yang leka dibuai mimpi dengan nostalgia dua pemimpin pahang jadi PM tetapi tdaik ada hebatnya negeri tercinta ini....

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...