01 June, 2010

HANGAT: ISRAEL MENGGANAS PERAIRAN GAZA, PROKSINYA MENGGANAS DI PULAU PINANG.



Selepas empat bulan ditangguhkan, Kafe Do Re Mi di Tanjung Bungah dekat sini akhirnya menyembah bumi semalam apabila operasi meroboh dilaksanakan oleh anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Operasi yang bermula pukul 9.30 pagi itu bagaimanapun kecoh apabila pemiliknya, Johar Ismail, 34, bersama isteri dan ibu mentua pada awalnya enggan meninggalkan premis terbabit.

Beberapa rakan beliau termasuk wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan turut mengadakan solat hajat diikuti membaca surah Yasin bagi menghalang kira-kira 30 penguat kuasa MPPP yang dibantu polis dan bomba daripada bertindak merobohkan kafe itu ~ Kosmo

Baca juga blog Papa Gomo

http://www.papagomo.com/2010/06/kekejaman-rejim-zionis-menular-ke.html

Dalam kita masih bersedih dengan kekejaman Rejim Zionis yang menyerang dan membunuh Peserta Misi Bantuan Gaza semalam, kita di kejutkan dengan tindakan Kejam Rejim ZIONIS DAP P.Pinang bila merobohkan dengan Kejam Cafe Do Re Mi milik Umat Islam yang telah menjalankan perniagaan bertahun lamanya.

Bermacam macam rundingan teah di jalankan oleh pemilik Cafe DO Re Mi ini kepada pihak kerajaan Negeri bagi memberikan waktu serta gantian lokasi yang sesuai namun tidak di endahkan oleh Rejim Zionis DAP ini. Maka akibatnya telah hancurlah satu lagi kedai Umat Islam P.Pinang akibat kerakusan dan kekejama Kerajaan DAP Komunis

Ternyata kekejaman Zionis DAP telah menjadi jadi dalam Negeri P.Pinang ini dan seharusnya satu tindakan yang sewajarnya perlukan di lakukan oleh Ngo Ngo Melayu P.Pinang dalam mempertahankan serta membela nasib para peniaga peniaga Melayu di dalam P.Pinang ini.

Sejak hari pertaa DAP menguasai P.Pinang pekara yang pertama di lakukan pentadbiran Guang Eng Komunis ini adalah dengan menghapuskan Dasar Ekonomi baru yang mana DEB ini adalah satu pelan pembangunan dalam membela orang orang Melayu dalam mempertingkatkan Ekonomi dan taraf kehidupan mereka. Dan itulah hakikat nya bila DAP memerintah, DEB di hapuskan sama sekali.

Selepas DEB kita dapat lihat bagaimana satu persatu tapak perniagaan orang melayu telah di halau dan di Robohkan atas alasan Guang Eng DAP Komunis yang menyatakan tapak perniagaan terbabit menggangu lalu lintas dan tidak mempunyai permit yang Sah.

Bertahun tahun peniaga melayu menjalankan perniagaan di dalam P.Pinang dan tidak ada sebarang masaalah pun yang timbul. malah peniaga Cina juga tidak mengeluh dengan pentadbiran kerajaan BN terdahulu. Tidak pula ada hal yang mana peniaga Cina di robohkan gerainya semasa kerajaan BN dahulu. Tapi sekarang ini?

Setakat hari ini sudah berpuluh puluh gerai makan orang Melayu di robohkan oleh kerajaan Zionis DAP. Namun tidak ada 1 pun gerai peniaga cina di robohkan. mengapa Melayu yang menjadi mangsa kekejaman ini? Apakah kerana kami orang Melayu tuan Tanah di tanah Melayu ini maka kami perlu berundur dan memberi peluang kepada kaum PENDATANG untuk hidup senang walaupaun kami yang kelaparan?

Sesudah tapak perniagaan orang melayu di robohkan maka Kontraktor Bumiputera pula yang di halau oleh Guang Eng Komunis Rejim Zionis ini. Tender tender hanya di berikan kepada keroni dan kaum nya sahaja. Sampaikan Kontrak Cuci JAMBAN pun kaum Cina keroni Guang Eng Komunis yang perolehi. Kontraktor melayu hanya mampu melihat hal ini di depan mata mereka sahaja.

Mujur kerajaan Pusat ada membantu kontraktor Melayu sedikit sebanyak meringankan bebas kontraktor melayu di Pulau Pinang itu Namun ianya tidak dapat menampung untuk hari hari mendatang memandangkan banyak kerja kerja di bawah kerajaan negeri P.Pinang itu sendiri. Dan keputusanya Kontraktor Melayu hanya akan Gigit jari sahaja.

Jika Pakatan Rakyat Haram menyatakan kerajaan BN kejam dan sama seperti Zionis maka mereka lupa yang sebenarnya kerajaan Pakatan haram terutama DAP ini adalah lebih kejam sama seperti Zionis. Orang Melayu Islam di halau dari mencari rezeki. Orang Melayu di halau untuk keluar dari P.Pinang.

Jika Kerajaan BN Kejam seperti Zionis sudah lama Kaum Pendatang Di halau dan merempatlah mereka mencari rezeki. namun atas dasar keperihatinan Kerajaan BN maka semua kaum sama ada ASAL ataupun PENDATANG boleh hidup aman dan mencari rezeki yang luas tampa sekatan sama sekali.

Apa yang jelas di sini adalah Kekejaman DAP Zionis yang menindas orang orang Melayu dalam Negeri P.Pinang. Kita perlu berbuat sesuatu yang mana dapat menjamin kehidupan yang lebih bermakna buat orang orang Melayu P.Pinang.


Psssttt...DAP Rejim Zionis Kejam yang amat sangat pada orang Islam. Jahanam!!!

11 comments:

ariffaiman said...

Itulah yg beliau dapat setelah memangkah dan mengundi DAP, dlm masa yg sama mengutuk dan menghina UMNO...

ariffaiman said...

Pengorbanan Melayu PP yg mengundi DAP berbaloi dgn apa yg DAP lakukan kpd mereka...

Anonymous said...

Husam: Malaysia berdengkur dalam dakapan Apco

Serangan Israel ke atas flotila kapal yang membawa bantuan kemanusian kepada rakyat Gaza yang dikepung terus dikecam pelbagai pihak.

Lewat malam semalam, exco Kelantan, Datuk Husam Musa membidas kekejaman Zionis itu yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 20 sukarelawan kemanusiaan yang menuju Gaza terbunuh manakala puluhan lagi cedera.

Bagaimanapun, menurut Husam apa yang paling dikesalinya ialah sehingga jam sembilan malam semalam, semakan menerusi laman web Bernama, menunjukkan tidak ada satu pun kenyataan dari mana-mana pemimpin Malaysia mengenai serangan Israel itu.

“Menteri Luar masuk tidur begitu awal? Kerajaan Malaysia hanya beroperasi mengikut jam pejabat hingga lima petang?


“Kita tidak merasa apa-apa dengan serangan Israel ini? Kita tidak risaukan tentang keselamatan rakyat kita? Kita tidak marahkan Israel bertindak kejam dalam perairan antarabangsa menghalang bantuan kemanusiaan untuk ummat manusia yang sedang menunggu dunia membuka jendela mereka?” katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Menurut Husam, pemimpin dunia lain termasuk tindakan Perdana Menteri Turki, Erdogan bertindak mengarahkan duta Israel di Ankara supaya berundur manakala tiga latihan ketenteraan dengan negara itu dibatalkan.

“Sweden, Sepanyol, Denmark dan Greece juga memberikan reaksi segera dengan memanggil duta Israel. Perancis meminta insiden ini segera disiasat. Malaysia?

“Sehingga jam 9 malam, 31 Mei 2010, semakan menerusi web Bernama, tidak ada satu pun kenyataan dari mana-mana pemimpin Malaysia mengenai serangan durjana Israel ini,” kata Husam.

Sehubunganan itu, katanya Malaysia seharusnya membatalkan kontrak dengan syarikat Israel - Apco - sebeberapa segera.

“Jika Malaysia telah membayar RM 77 juta kepada syarikat Israel itu, kita mesti menyumbang untuk manusia tertindas di Gaza lebih banyak dari itu.

“Malaysia perlu menyokong tindakan Turki memanggil sidang khas Bangsa-bangsa Bersatu. Malaysia perlu menghantar apa jua bantuan yang diperlukan untuk warga kita yang terlibat,” katanya.

Menurut Husam, dalam respon segera, DAP, Pemuda Umno, PAS dan PKR masing-masing telah mengeluarkan kenyataan.

“Kerajaan Malaysia? Lena dalam dakapan Apco,” katanya.

Anonymous said...

Isu terbaru dibawah telah menyebabkan penyokong fanatik Melayu Umno mula sangsi dan memperlekeh dasar dan perjuangan Najib dan Umno..mereka mula sedar dari mimpi indah, dan sedikit demi sedikit menaruh sangsi atas keupayaan najib memimpin Umno dan negara...Antara isu panas tersebut ialah:

1. Isu penyerahan beberapa blok/wilayah minyak yang berharga pada kerajaan Brunei.

2. Penyerahan tanah KTMB (satu2nya tanah kepunyaan Melayu/Malaysia di Singapore) pada kerajaan Singapore.

3. Isu ramalan Malaysia akan bankrup dalam masa sembilan tahun lagi oleh Menteri Umno. (Malaysia diramal bankrup tahun 2019 sebelum diishtihar Malaysia maju 2020?..sungguh lucu Wawasan 2020 Tun M)

4. Isu GST dan penarikan balik subsidi kerajaan kepada rakyat (segala yg berkaitan dengan 'Barang Naik', termasuk desas desus harga minyak akan naik)

5. Isu kerajaan Umno/BN merestui pertaruhan judi bola sempana Piala Dunia 2010

6. Isu penyerahan 40% kouta hak pemilikan tanah orang Melayu di Kampung Baru kepada bukan Melayu

Cukup dengan 6 isu HOT dan terbaru ini, penyokong totok Umno mula berasa kecewa, malu, hampa, terkejut seterusnya memperlekeh, mempersoal, tidak kurang yang menghina, mengeji dan mengutuk kerajaan Najib dan parti mereka sendiri (Umno) yang seoalah2 bagi mereka sudah lari dari matlamat asal perjuangan asobiyah Melayu mereka (Najib terlalu mengangungkan Cina dari Melayu katanya), perjuangan untuk rakyat sudah berubah kepada perjuangan demi nafsu diri semata2, perjuangan BN dan PR sudah sama, dan lain2 luah rasa.

Anonymous said...

Boleh ikuti antara luahan perasaan/kekecewaan/kemarahan penyokong Umno di blog2 mereka, termasuk di laman forum politik...antaranya di laman forum penyokong Umno MYKMU:

- DAH MACAM BUNYI CAKAP PAKLAH MASA JADI PM
- Subsidi: Antara K'jaan Jimat Kos atau Kos Sara Hidup Naik
- Hak Tanah Melayu Kampung Baru (Surat terbuka kepada Tok jib)
- Apa perlunya Idris Jala/kerajaan ramalkan negara bangkrap?
- undi rosak untuk menghukum najib dalam isu KTM - Singapork

Dan banyak lagi termasuk di ruangan blog penyokong totok Melayu Umno..insyaAllah, jika berkesempatan, penulis akan sertakan blog2 fanatik umno yang mula mengkritik pentadbiran najib bersama ayat kecaman dan hinaan terhadap najib dan slogannya '1malaysia', termasuk ayat2 rasis menghina kaum Cina dan lain2 bangsa...wallahua'lam...

Anonymous said...

Mereka termasuk dua wartawan sebuah televisyen berbayar di Malaysia.


Mereka adalah sebahagian daripada misi 11 anggota yang dinamakan Lifeline4Gaza, yang mengambil bahagian dalam 'Flotila Kebebasan' bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Semenajung Gaza.

Adalah dipercayai Lifeline bukan badan kemanusian tunggal dari Malaysia yang terbabit, kerana ada beberapa kumpulan yang bergerak secara berasingan dengan kapal yang lain.

Jurucakap Lifeline4Gaza, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata sembilan daripada mereka adalah sukarelawan dari enam NGO dari Malaysia.

Mereka termasuk Haluan, Aqsa Syarif, Yayasan Amal, Muslim Care, Palestine Centre of Excellence (Pace) dan Jemaah Islamiah Malaysia (JIM).

Dr Hafidzi berkata dia gagal menghubungi kumpulannya itu apabila serangan bermula dan mereka belum dapat mengenal-pasti identiti ke-12 rakyat Malaysia berkenaan.


Sementara itu, menurut ADUN Meru, Dr Abd Rani Osman ang kini di Instanbul juga mengesahkan penahanan rakyat Malaysia itu.

Dr Abd Rani melalui SMS kepada Malaysiakini juga memberitahu bahawa sekurang-kurangnya 16 aktivis pro-Palestin dibunuh, manakala puluhan lagi cedera dalam serangan itu.

Kapal Mavi Marmara yang dimiliki Turki itu kini dilaporkan dibawa ke Haifa, manakala semua penumpangnya akan dipenjarakan.

Dua wartawan Astro Awani itu dikenalpasti sebagai Ashwad Ismail dan jurugambar dan Samsul Kamal Abdul Latip. Usaha Malaysiakini menghubungi Ashwad setakat ini tidak berhasil.

Manakala dalam laman Twitter-nya, Ashwad hanya mengemaskinikan statusnya kira-kira 14 jam lalu.

"Mavi Marmara on alert. Semua berada pada tahap tertinggi. Dua pesawat pemantau Drone dipercayai milik Israel kelihatan," coretan terakhirnya sebelum tragedi itu dipetik.


Terdahulu, menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, laporan awal mengesahkan dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.


Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan makanan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

Kini kita akan lihat adakah Najib a.k.a mat Monggol akan berdiam diri?

Adakah hanya kerana sayangkan rakan - rakan Israel nya seperti APCO dia sanggup menggadaikan nyawa rakyat sendiri? Nilai lah sendiri Wahai 1 malaysia siapa yang menjadi tali - barut Israel yang sebenarnya.Fikirlah sendiri pada PRU-13 adakah undi UMNO - APCO itu akan membawa anda ke syurga atau hanya akan mengundang Murka Allah S.W.T

Fikirlah sendiri

Anonymous said...

Mat Monggol di beri tempoh 48 jam supaya berhenti menyokong Zionis

Najib diberi tempoh 48 jam untuk bertindak segera membentang pelan bagi menyelamatkan rakyat Malaysia yang ditawan oleh rejim Zionis.



Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, parti itu juga menuntut dalam tempoh 48 jam berkenaan Najib perlu memanggil sidang khas parlimen membincangkan isu serangan Israel ke atas flotila kebebasan yang menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza.

"(Selain itu), dalam tempoh tidak lebih dari 48 jam kerajaan hendaklah menamatkan kontrak dengan syarikat perunding antarabangsa yang merupakan proksi kepentingan politik Israel dan Amerika Syarikat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan Rakyat, juga katanya menuntut kerajaan menghentikan dengan segera sebarang urusan perdagangan yang rasmi atau tidak rasmi dengan Israel.


Beliau juga kecewa dengan Mat Monggol yang hanya mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan serangan itu Israel hanya pada tengah malam semalam.

"Kenyataan itu hanya dibuat selepas didesak oleh pelbagai pihak yang mengangap kerajaan terlalu lembab dan takut untuk membuat kenyataan mengecam perbuatan lanun laut rejim Israel," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kelembapan perdana menteri itu, katanya, dilihat seperti menunggu apa nasihat dari Apco Worlwide untuk kerajaan bertindak tanpa menjejas kerja firma Yahudi itu yang diamanahkan oleh kerajaan untuk memulihkan kepercayaan Amerika terhadap kerajaan Malaysia.


"Tindakan rejim Israel tersebut adalah berpunca dari sikap lunak dan pak turut dasar luar kerajaan-kerajaan di dunia termasuk Malaysia yang menyumbang kepada tindakan kejam Israel.

"Perbuatan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Mat Monggol yang begitu mesra Amerika dan Zionis mesti dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia," kata beliau.

Mengagung - agungkan Israel dan konco - konconya seperti APCO WORLWIDE adalah sikap UMNO dan Barisan Nasional.Lihat ini akibatnya bukan sahaja umat palestin malah rakyat sendiri turut di tahan dan mungkin di seksa oleh Zionis.Dua belas rakyat Malaysia disahkan berada di kapal Mavi Marmara - kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel.

.

Anonymous said...

Mulut kecam Zionis Israel dalam hati berapa puluh juta lagi nak bagi
Mari kita sama-sama doakan semoga semua sukarelawan rakyat Malaysia dan lain-lain negara yang ikuti rombongan hantar bantuan bekalan ubat-ubatan dan makanan kepada rakyat Palestine di Gaza berada dalam keadaan selamat daripada terus jadi mangsa kezaliman Zionis Israel yang dah bunuh hampir dua puluh orang sukarelawan tersebut.

Semua negara dah kecam Zionis Israel. Malaysia pun dah kecam. PM Najib pun kecam Zionis Israel kerana serang konvoi bantuan untuk rakyat Palestine di Gaza. Tapi dah berbelas jam tembak dan bunuh sukarelawan tu baru teringat nak kecam. Tak ada tindakan drastik. Sebab apa?

Inilah akibatnya kalau ambil penasihat negara daripada talibarut Zionis Israel iaitu Apco Worlwide yang dibayar RM77 juta oleh kerajaan Umno-Bn.Berapa lagi kerajaan Umno-Bn mau bayar kepada Apco? Mulut kecam dalam hati sayang sangat kepada Apco. Mulut pun jadi lemah nak kecam dan kutuk Zionis Israel. Hanya ala kadar saja. Dah bagi duit RM77 juta lepas tu termakan budi Apco pulak.

Kata seorang anak muda tadi sewaktu dok tunggu hujan berenti, "Duit RM77 juta tu kalau bagi kepada pasangan yang tak mampu berkahwin, tak cukup duit kan bagus. Tak la berlaku gejala buang anak dalam tong sampah, depan tangga masjid, bunuh dan tanam hidup-hidup!"

Anonymous said...

"Kita tidak merasa apa-apa dengan serangan Israel ini? Kita tidak risaukan tentang keselamatan rakyat kita? Kita tidak marahkan Israel bertindak kejam dalam perairan antarabangsa menghalang bantuan kemanusiaan untuk ummat manusia yang sedang menunggu dunia membuka jendela mereka?" soal beliau bertalu-talu dalam kenyataan itu.

Bagi beliau, Malaysia seharusnya membatalkan kontrak dengan syarikat Israel - APCO - sebeberapa segera.

"Jika Malaysia telah membayar RM 77 juta kepada syarikat Israel itu, kita mesti menyumbang untuk manusia tertindas di Gaza lebih banyak dari itu," katanya.


Israel - tanpa mempedulikan kutukan dunia - membunuh paling kurang dua puluh sukarelawan kemanusiaan menuju Gaza!

Israel nekad. Jika selama ini hanya rakyat Palestin dibedil sesuka hati, kini, warga dunia dari segala pelusuk, tidak terkecuali. 20 dilaporkan terkorban dan 50 yang lain cedera, tulisnya.

Sekalipun misi dunia menerusi Freedom Flotila adalah kemanusiaan - membawa makanan dan ubatan - untuk ummat Palestin yang telah lama menderita, Israel tidak teragak menumpahkan darah mereka.

"Bersama di atas kapal Mavi Marmara yang mengetuai konvoi ini ialah rakyat negara kita. Kita sangat berbangga!" katanya.

"Mungkinkah mereka juga terkorban?" soal beliau.

Anonymous said...

Kegananasan Israel: APCO lewat nasihat Najib?



KUALA LUMPUR, 1 Jun: Selepas 12 jam serangan dilakukan Israel ke atas kapal Mivi Marmara sehingga membunuh 20 sukarelawan dan 30 cedera, barulah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat kutukan ke atas serangan itu.

"APCO lambat nasihatkah?" tanya AJK PAS Pusar, Datuk Husam Musa (gambar) dalam laman komuniti facebook.

Najib membuat kenyataan itu pada jam 12:04 minit malam tadi melalui twitter beliau iaitu setelah lebih 12 jam peristiwa serangan berlaku.

"Kenapa begitu lambat sedangkan negara-negara lain di seluruh dunia, termasuk yang bukan Islam pun, mengeluarkan kenyataan mengutuk Israel dalam 3 jam pertama insiden itu berlaku," soal Husam.

Husam dalam kenyataannya sebelum ini menyifatkan Malaysia berdengkur dalam pelukan APCO apabila tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengutuk keganasan Israel.

Tulisanya, sehingga jam 9 malam, 31 Mei 2010, semakan menerusi web Bernama, tidak ada satu pun kenyataan dari mana-mana pemimpin Malaysia mengenai serangan durjana Israel ini.

"Menteri Luar masuk tidur begitu awal?" soal Husam.

Atau, kerajaan Malaysia hanya beroperasi mengikut jam pejabat hingga lima petang?

hj jamaludin said...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Dasar orang Melayu berniaga ,Untung nak lebih tapi kedekut . Tahap perniagaan orang Melayu sekadar di tepi longkang , tepi jalan raya malah terbaru di atas pokok . Tak malu ke kita bangsa Melayu kepada bangsa Thai yg datang ke Malaysia membuka gerai Tom Yam dengan menyewa gerai shop lot dengan sewaan ribuan sebulan dan bangsa Mamak (india Muslim)pendatang pun mampu menyewa gerai shop lot dengan sewaan ribuan sebulan .
Sudah 20 tahun berniaga masih tak mampu untuk menyewa atau beli gerai shop lot untuk meniaga . berapa teruk beruk orang Melayu macam ini . Beb sudah 20 tahun berniaga , mana pergi wang ??????
Duit pi Melabur kat mana?????atau dah berapa kali pergi mengerjakan Haji / Umrah atau dah berapa banyak sumbangan mendirikan rumah rumah anak2 yatim piatu . Samapi bila kita bangsa Melayu nak berubah , asyik nak FREE selalu .Tolong lah bangsa ku atau orang Melayu berubah lah jangan jadi macam katak bawah tempurung . Pendatang Orang Thai dan Pendatang India boleh maju dalam perniagaan makanan/minuman di Malaysia .Bangsa Melayu bila nak berubah?????????????????????????
Hello rezeki ada di mana2 . Dunia belum khiamat.Khas untuk em punya blogger " Mati nya bangsa Melayu kerana pengkhianatan Minda atau hasutan orang Melayu sendiri.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...