30 November, 2009

SEMPATKAH UMNO BERUBAH?

Mungkin logo ini akan jadi kahzanah sahaja kerana entitinya telah tiada




UMNO – apa yang diubah dan apakah yang sedang berubah? Setidak-tidaknya dibahagian dimana saya menjadi ahlinya, tidak ada apa pun yang berubah. Ahli Jawatankuasanya masih seperti dulu, tiada seorang pun yang berhasrat untuk berubah atau berkira-kira untuk berbuah. Diperingkat negeri Pahang? Oh! Pahang negeri kubu kuat UMNO dan UMNO tidak akan tergugat. UMNO Pahang akan selamat dan para pemimpinnya pun optimis akan selamat. Para pemimpin masih boleh lena dan bermain mimpi, jadi untuk apa berbuah?


Saya teringat dalam satu perjumpaan dengan MB Pahang di satu bahagian di Pahang Barat, seorang ahli dari cawangan meminta mereka yang diatas (pemimpin sedia ada) supaya turun dan diganti dengan dari kalangan mereka yang dibawah. Itu adalah sebahagian dari formula berubah dalam UMNO. Ahli diakar umbi ingin berubah, tetapi pemimpin masih belum bersedia berubah.


Jika kapal itu karam, siapa yang akan kita salahkan?



Komen saya diblog Tun Dr. Mahatir Mohamad:


Salam YBH Tun,


1. Harap Tun sekeluarga sihat dan sejahtera.


2. Memang semua yang Tun katakan itu benar, saya merasainya tekan sedemikian dicawangan namun apakah yang Ketua Bahagian mampu buat kerana ini adalah masalah sikap. Seseorang mesti melakukan sesuatu.


3. Saya sangat kecewa melihatkan ini masih berlaku sedangkan PRU13 hanya lebih 2 tahun lagi. Memang benar masalah dalam UMNO - tidak mahu menerima orang lain termasuk yang bijak pandai kedalamnya kerana bimbang tidak dapat memegang jawatan berterusan.


4. Saya juga berhasrat untuk meninggalkan UMNO, dengan tidak memihak kepada sesiapa. Memang itu akan merugikan tetapi adalah lebih baik dari terus menyimpan rasa benci dalam diri.




Sebahagian tulisan asal diblog Tun:

(UMNO) - http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/11/umno.html



1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).



2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.



3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

.....


6 comments:

Anonymous said...

Salam. Mmg UMNO dah lama busuk semenjak dulu lagi. cuma dulu pemimpin boleh mengawal kerakusan mereka.Sekarang semua pemimpin sudah tidak dpt lagi mengawal nafsu gelojoh mereka.dari bawah hingga keatas .kepentingan mereka hanya utk poket mereka sahaja. laungan membela bangsa hanyalah sekadar gimmik sahaja tak lebih dari itu.Salab kah rakyat jika mereka memilih parti lain? tepok dada tanya kepala otak pemimpin2 UMNO yg tak berakal tu. maybe mereka tau jawapannya

Anonymous said...

UMNO = parti kontraktor utk pemimpin dan macai macai nya membaham utk memenuhkan tembolok mereka.Tahniah

cucu che mamat said...

dulu memang ada org yg berjuang dlm umno mereka2 yg nak berjuang untuk rakyat tapi sekarang............................... golongan pertama yg bodoh masuk umno krn sokong umno dari dulu sampai sekarang..................................golongan ke2 sokong umno krn takut,nanti kalu tak sokong umno,tak dapat bantuan,tak dapat subsidi,takut dipulau oleh JKK,..................................yg ke3,golongan yg masok umno krn dapat projek dan boleh bina kekayaan bila dlm umno,.....yg ikhlas dlm umno dah pupus

YANG GAMBI said...

Salam BH, memang tidak dinafikan tulisan tuan, tetapi kawan rasa tidak kesemua pemimpin UMNO dipelbagai peringkat tidak merasai atau langsung tidak mahu berbuat sesuatu........ ahli yang telah memilih mereka, samaada kerana kewibawaan atau pun kebendaan tidak perlu dipertikaikan..... kerana itulah pilihan ahli dan ahli yang bertanggungjawab ini juga harus memastikan perubahan itu harus berlaku....

Kepada 2 anonymous, komen anda kerana terlalu taksub dengan parti anda sehingga tidak dapat melihat akan kepincangan dalam parti sendiri....... bkalah mata.

Cucu che mamat, kerana ada golongan yang dikatakan bodoh dan takut inilah yang menyebabkan kuasa Melayu masih berkuasa untuk memajukan Melayu. Mungkin tuan juga salah seorang dari Melayu subsidi yang berjaya dari hasil perjuangan UMNO sehingga boleh hidup berdikirai tanpa perlu dibantu kerajaan..... tetapi belajarlah berterima kasih dan bersyukur....

Anonymous said...

Salam. Aku bukan pengikut fanatik mana mana parti. bagi aku semua pemimpin sama aje.mereka bukan memimpin utk bangsa dan agama tetapi utk perut mereka sahaja. cukuplah jadi lembu yg dicucuk hidung. berfikirlah secara waras. salah kah bila aku mengkritik utk kebaikan?Harap saudara YANG GAMBI jugak dpt berfikiran secara terbuka.Aku tak tujukan kepada hanya pemimpin UMNO. sebab pemimpin pas pun sama jhk haram jadahnya.cuma pengundi yg perlu berfikiran waras

mie said...

eh..
umno je busuk?
x kan pkr, pas, dap, mca, mic dll partai politik wangi..
kan mereka juga manusia yg x lepas dari berpeluh..
pasti busuk kan..
yg penting muhasabah diri..

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...