Suara Anak Pahang - Perlu Baca

17 February, 2010

PDO Biadap hentam UMNO, UMB Pahang kecut memegang telor!

Edisi sisipan 3.37 ptg: GAP: Anu-ar - binatang politik


Blog pencacai No. 1 Negeri Pahang suara resmi Pakatan Reput parti tikam belakang.





KUANTAN, 16 Feb [12.32 am] - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang kecewa dengan tindakan UMNO yang bakal mengadakan konvensyen peringkat negeri di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Jengka pada 19 Februari ini. Timbalan Ketuanya, Kamarul Hatta (foto) berkata tindakan UMNO Pahang yang akan mengadakan program parti di institusi pengajian tinggi adalah amat dikesalikerana ia bertentangan dengan apa yang dilaung-laungkan selama ini. "Mereka cuba menghalang mahasiwa untuk berpolitik, tetapi sebaliknya dalam masa yang sama mereka membawa unsur-unsur politik ke dalam kampus", katanya. Malahan kami juga difahamkan, para mahahsiwa UiTM Jengka diarahkan mengosongkan kampus pada tarikh tersebut bagi memberi kemudahan kepada lebih 2,000 ahli UMNO berkampung di situ. Adalah difahamkan perasmian konvensyen UMNO Pahang itu bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak sendiri."Sepatutnya program parti tidak wajar diadakan di mana-mana kampus IPT di negara kita. Jika UMNO dibolehkan, maka kenapa pula parti lain tidak dibenarkan?. Inilah satu sikap double standard yang diamalkan sebenarnya", tambah Hatta lagi.


Begitulah laporan Pahang Daily Online diblognya semalam.

Kenapa AMK mesti kecewa apabila UMNO mengadakan konvensyennya? Apakah kerana mereka dengki apabila mereka tidak mampu melakukan perkara yang sedemikian? Apakah mereka sudah tidak mampu mengumpulkan penyokong-penyokong lagi berikutan semakin ramai penyokong PKR yang sudah hilang percaya terhadap parti terutama terhadap penasihatnya yang sekali lagi terlibat dengan salahlaku sex luar tabii?


Memang kerajaan UMNO menghalang mahasiswa terlibat dalam politik secara langsung (atas sebab-sebab tertentu), kerana itulah mereka tidak dibenarkan berada di kampus ketika konvensyen berlangsung. Soal kenapa tidak wajar konvensyen diadakan UiTM tidak timbul kerana infrastruktur itu dibina oleh kerajaan, salahkan kerajaan menggunakan apa yang mereka bina sendiri?


Bagaimana pula parti pembangkang yang menggunakan infrastruktur yang dibina oleh kerajaan untuk kepentingan mereka selama ini? Mesjid sebagai contohnya? Kenapa mesjid yang dibina oleh kerajaan tetapi mereka bebas menggunakannya untuk kepentingan politik mereka?


Lihatlah, belum pun mereka berkuasa namun mereka telah menguasai segala yang ada dan bayangkan andai mereka berkuasa nanti, sudah tentulah mereka akan dengan rakus menggunakan dan menguasai segalanya. Ambil contoh kerajaan PR di Perak tidak lama dulu. Segala-galanya digunakan sewenang-wenangnya. Itulah sikap sebenar pembangkang.


Nampaknya PR masih mengunakan neraca yang sama untuk membuat pertimbang iaitu; Jika mereka yang lakukannya maka hukumnya HALAL, tetapi jika orang lain yang lakukannya makan hukumnya adalah HARAM. Memang mereka ini dari kalangan haramjadah! Selamanya!


Saya sarankan AMK Pahang supaya tutup mulut mereka agar mereka tidak keluarkan kenyataan yang bodoh dan dalam masa sama tutup juga buntut mereka supaya sesuatu yang buruk tidak dilakukan oleh pemimpin atasan terhadap mereka, hehe.


Kepada Mohd Shukri Mohd Ramli yang mengaku Cucu Mat Kilau, di Pulau Tawar, Jerantut awak tidak diperlukan dan dimana-mana di Pahang ini pun awak tidak juga diperlukan. Tidak usahlah membuang masa untuk berceramah, pada PRU12 lalu awak dah ditolak rakyat kerana perjuangan awak bukan untuk apa-apa selain dari reformasi bagi membebaskan orang yang sudah nyata bersalah dari tindakan mahkamah.


Akuilah bahawa angin telah berubah arah. Rakyat kini telah melihat busuknya hati dan budi pembangkang. Segala janji yang mereka janjikan tidak pernah meraka kotakan. Pakatan Rakyat tidak mampu lakukan apa pun selama ini selain dari menyalahkan kerajaan terhadap itu dan ini. Mereka hanya pandai cakap tapi tak satu pun dapat mereka lakukan.



--------------


Kepada blogger UMB Pahang, mana pejuang siber mereka yang gagah perkasa itu? Kenapa tak mampu menjawab tohmahan PDO? Apakah kamu semua masih dalam selimut dan mengenggam ‘telor’?


Ketika saya lawati laman blog PDO pada 5:04 ptg, seramai 1462 pengunjung telah melawat laman berkenaan dan masih ada 25 pengunjung yang sedang online.


Saya lawati blog Small Talk pada 5:13 ptg, seramai hanya14 (bukan 1400) pengunjung dengan 2 yang sedang online. Keh keh keh! Maknanya kena ada 100 lagi blog seperti ini untuk tandingi PDO.


Kerana itu lah wahai Datuk-Datuk yang bijaksana dan bijaksini, kita kena bersatu padu. Jangan kecualikan sesiapa pun dari perjuangan ini. Jangan singkirkan sesiapa. Sentiasa hargai usaha orang lain juga. Dalam blog-list tu, letak jugalah link blog-blog dari blogger haprak seperti kami ni, berilah kami sedikit pengikhtirafan (bukan penghargaan) dan relakan kami berjuang bersama-sama. Jangan terlalu tamakkan kuasa dan nama. Bila melihat bintang dilangit jangan lupa rumput dibumi ini supaya nanti kaki tak terpijak ‘taik’ ayam.


Kepada blogger-blogger UMB Pahang yang berkursus dulu, saya cabar, mari masuk gelanggang!


Maaflah! Setiap hari saya akan menghentam lagi orang ‘tertentu’ UMB dan UMNO Pahang. Walaupun saya seorang diri, saya akan tetap peduli Pahang. Kalau saya bukan pejuang, saya juga bukan petualang, tetapi saya tetap akan perjuangkan kepercayaan saya – huhu! ~ bRAVEhEART.

14 comments:

Rafie said...

setuju sangat dengan hujah saudara pembangkang umpama ayam jantan berkokok nyaring tapi punggung berlumuran najis, tengok sahaja negeri2 yg mereka kuasai semua bangunan kerajaan mereka nak kawal & selia konon, sebenarnya dengkinya kpd bn yg lebih bahkan sanggup melihat anak2 bangsa yg belajar di tadika kemas diusir krn pengurusan yg tak sehaluan dgn politik busuk mereka.
sedangkan bangunan2 tersebut hasil perjuangan umno dan barisan nasional dan mereka la yg jadi penentangnya, tak dak satu idea pun mereka utk menghasilkan yg sedemikian bila dah berkuasa seolah2 mereka yg mengusahakan semuanya itu, mereka patut merasa malu dgn tindakan terkutuk tersebut.
Senang cerita minda pembangkang ni org ajak kerja malas pastu hina pula org yg bekerja bila org tersebut berjaya mula dengki,nak hasil dibagi sama rata bodoh punya pembangkang.
Pembangkang gagal menjadi pembangkang yg baik apa yg mereka perjuangkan utk bangsa agama dan negara, akhir2 ni masalah ekonomi dan sosial bertambah buruk tapi mereka masih sibuk membela golongan gay,suami zalim pada isteri,exco terlibat skandal tak bermoral, pemimpin gila nak jadi MB walaupun dah hilang kerpercayaan di DUN,bela tok guru yg dpt kek hari jadi,takut dgn dap hatta kedai jual babi dirobohkan pun dah jadi takut, mb pun tak leh nak selesaikan. KPnya perosak rumahtangga org,

orangtengah said...

Pemimpin UMNO ni pun bangang juga. Kalaulah dibuatkan satu usaha dan bina satu blog yang boleh saingi PDO kan kah bagus. Nampak tak, kerajaan bina semua kemudahan termasuk internet tetapi pembangkang menggunakkan sepenuhnya sedngkan pihak kerajaan tidak pula ambil kesempatan dan menggunakkannya. Mungkin kerana pemimpin tertinggi memang cerdik tetapi pemimpin di peringkat negerinya masih bodoh atau sibuk mengumpul dan mencuri harta.

Anonymous said...

Tidak, mereka sedang sibuk dengan facebook dan fuckbook mereka, hehe

Anonymous said...

Salam,

Tolong beritahu kat PDO tu, 19 hb memang budak UiTM tak de..cuti pertengahan semester..kalau nak cakap bohongpun, buatlah siasatan sikit, jangan bodohkan diri sendiri. Tu siapa cucu mat kilau tu, rasanya bkn cucu mat kilau, tapi sedara mara nik aziz juga yg dtg merempat kat Pahang dulu.

Anonymous said...

Saya peserta kursus blog UMB Pahang. Saya kesal kenyataan memperkecilkan kami dan menghina kami. Sepatutnya yang tua dan berpengalaman membimbing kami.

Anonymous said...

salam. mana ada pejuang umno yg bagus kat phg nie. blogger dia banyak upahan belaka. nak jadi blogger yg berwibawa kenala banyak pengetahuan dan menulis sendiri. ada ilmu dan menulis kerana nak sampaikan idea. idea yang baik dan bagus akan menjadikan tarikan ramai untuk membaca. kalau tak ada tarikan dan hampas, sapa nak lawat, bazirkan masa jer

sHOGUn said...

Terima kasih kerana melawatv blog ni dn beri komen, tetapi sebaiknyalah dengan bernama baru nampak gentleman sikit walaupun nama itu sekadar nama samaran supaya senang dirujuk.

PUTERI said...

Salam,

Saya blogger dr http://puterinafisah.blogspot.com, orang Pahang dan ahli BPN..syg sekali saya tgk url blog sy tidak dipaparkan di sini.

sHOGUn said...

Puteri, saya akn kasi tau abg bh utk dimasukkan dlm link di blog ini nnti, insyallah dia akn setuju.

YB Raz said...

blogger umno berpecah belah..semua ada kepentingan sendiri..macam mana nak menang kalau macam ni..blogger pas semuanya bersatu..bersatu kerana matlamat mereka nak jatuhkan umno..

kalau ada blogger pas yang berbeza pandanganpun ianya tak ketara sangat.

PDO tu capai hits sebab keluarkan cerita memburukkan orang..orang melayu ni kalau cerita memburukkan orang, suka benar membacanya..

cuba kalau cerita nasihat, nak ke mereka membacanya?

siapa nak baca kalau cerita kerajaan bantu orang susah, kerajaan bantu pekebun kecil, rancangan kerajaan nak bina itu ini. Ada ke yang nak baca?

cuba kalau buat cerita kerajaan ada skandal, ada rasuah..huh ramailah orang nak baca..

dah jadi tabiat manusia sukakan sesuatu yang sensasi..

bRAVEhEART said...

Mana komen dari blogger lepasan kursus blog UMB Pahang dulu? Takut masuk gelanggang? Keh keh keh! hentikanlah main telor tu. Menulislah jika itu dinamakan perjuangan. Mungkin kursus blog perlu diadakan setiap minggu untuk mereka yang bebal begini.

belantiboys said...

kenapa penulis ni bebal sangat...? jawapannya senang saja sebab penulis ni ejen umno kurop.Entah berapa yang di bayar pun hanya ALLAH saja yang tahu. Boleh dia kata umno boleh menggunakan bangunan UITM dan sebagainaya sebab ianya di bina oleh kerajaan,kerajaan bina dgn duit siapa duit bapak najib ataupun duit bapak kamu sudah tentulah duit rakyat jadi sepatutnya umno pun tidak boleh di benarkan menggunakan sewenang-wenangnya harta kerajaan,faham lah sikit jgn anggap kami ni bodoh dan bebalmacam kamu wahai si penulis yang bangang.

bapakbelanti said...

Ni belantiboys ni gay mana? blog dia pun tak ada orang nk baca. Kalau bangang jgn nak mencacai disana sini. Kerajaan yang memerintah sememangnya berhak keatas apa-apa pun yang dibina. Kerajaan yg rancang dan bina kalau tidak tentu tak ada bangunan itu disitu. Kalau tk suka jadi rakyat Malayisa boleh lah keluar bawak mak bapak sekali hijrah ke india ke palestin ke ikut suka hati lah. Belajar pun dengan biasiswa kerajaan nak cakap besar.

bRAVEhEART said...

belantiboys - yang bebal dan bangangnya adalah ko sendiri, lupa dimasa asal dan usul dan lupa juga apa yang diterima dan apa sangat yg telah kau beri. saya juga dh lawat blog awk tu, perkasamkan lah diri awk sendiri didalamnya dan tetaplah awk dalam kebebalan awk tu.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...