06 February, 2010

CIFU: ANWAR DAN NIK AZIZ SAMA-SAMA TAK BERMARUAH

Word of the day:
CIFU - Ringkasan kepada ayat 'mengayat' dari lelaki kepada lelaki yang bermaksud: Can I Fuck You. Ayat ini menjadi masyhur sejak di cakap ajukkan oleh Saiful sepertimana yang di tuturkan oleh Anwar kepadanya : Can I Fuck You Today? sewaktu berlakunya kejadian liwat yang sedang dibicarakan sekarang ini


Hehe! Bisik, jangan tak bisik!


1. Akhirnya perbicaraan kes liwat Anwar terpakasa ditangguhkan juga. Anwar sudah berkali-kali cuba melewat-lewatkan perbicaraan kes liwatnya ini dan kalau boleh berharap agar kes ini tidak langsung dibicarakan. Inilah keadilan cara Anwar namun bukan bagi Saiful. Peguam bela Anwar, Karpal Singh juga cuba sedaya upaya menangguh-nangguhkan perbicaraan ini dengan beribu alasan. Akhirnya perbicaraan kes liwat Anwar terpakasa ditangguhkan juga walau bukan atas desakan sesiapa. Ini semua adalah berikutan cuti umum hari Sabtu dan Ahad, dan perbicaraan akan disambung semula pada hari Isnin nanti.



Orang-orang sebelah sana, nak kata ini tipu? Konspirasi? Atau apa? Yang nyatanya ini adalah catatan sepertimana yang terdapat di mahkamah sewaktu perbicaraan.



2. Nik Abdul Aziz mencadangkan Pas dan UMNO duduk semeja berbincang dan menamatkan perseteruan lebih 50 tahun antara kedua-dua parti dokongan orang Melayu itu. Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau rasa amat gembira jika soal perbincangan yang menjadi isu bermusim itu menjadi kenyataan. "Ia kerana selama ini banyak masa, wang dan tumpuan dihabiskan kerana pertengkaran yang tidak membawa apa-apa faedah," katanya.

"Lebih 50 tahun kita bertengkar dengan UMNO, 50 tahun UMNO bertengkar dengan Pas. Apa hasil? Banyak masa habis, UMNO guna masa begitu banyak, kepakaran begitu banyak, lawan gerakan Islam yang dibawa oleh Pas, apa hasilnya?" katanya. Ujar Nik Abdul Aziz, Pas adalah sebuah parti yang ditubuhkan oleh alim ulama dalam UMNO sendiri dan adalah tidak wajar perseteruan yang ada terus menerus berlaku.

"Tolong fikirlah, 50 tahun UMNO bertengkar dengan Pas dan Pas ini dibuat oleh alim ulama UMNO.
"Pada 1946, semua orang Melayu bersama UMNO tok gurunya, cikgunya, pelajar, tetapi pada 1951, alim ulama keluar daripada UMNO dan buat parti baru namanya Pas, Persatuan Islam Se-Tanah Melayu kemudian berubah jadi Parti Islam Se-Malaysia.



Sahabat saya berkata begini tentang niat Nik Aziz itu:

Alahai Pok Nik.

Walaupun niat Nik Aziz ni dah bagus, tetapi ramai pasti agak musyhkil dengan cakap-cakap Nik Aziz ni. Ramai yang dah tahu tentang "ilmu konar baring" peringkat tertinggi didada Pok Nik.

Dulu, apabila ada usaha untuk diwujudkan kerajaan perpaduan di antara Umno dan Pas, si tua nyanyuk nilah yang berada dibarisan hadapan menentang perpaduan diantara melayu/Islam. Hinggakan pada satu ketika, Timbalan Presiden Pas sendiri dihalaunya keluar daripada parti.

Siapa yang dapat melupakan ucapan "PERGI JAHANAM DENGAN UMNO" yang dikeluarkan oleh Pok Nik bagi menyatakan rasa bencinya terhadap kerjasama perpaduan dengan Umno.

Siapa juga yang dapat memaafkan "fatwa-fatwa" songsang yang dikeluarkan oleh Nik Aziz kepada pemimpin-pemimpin Umno. Dan baru-baru ini, di doakan pula pemimpin Umno dengan "doa pecah perut" serta memohon bala diturunkan Allah kepada parti Umno.

Bagaimana kita nak percaya orang yang tutur kata sebegini?

Bukankah Nik Aziz telah menuduh Umno mengamalkan Islam palsu. Bukankah Nik Aziz juga yang melabelkan Umno membawa Islam sekerat-sekerat. Dan Nik Aziz juga yang berkata bahawa Umno tak akan membawa ke syurga.

Sekarang ini Nik Aziz mahu bermuzakarah dengan Umno mengenai agama Islam? Dah nyanyuk tahap kritikal nampaknya orang tua Pok Nik gamaknya.

Pas kan mengamalkan Islam tulen tahap "wali-wali". Ketulenan Islam Pas telah membuka mata kafir DAP untuk menghafal "surah aura" dan memerintah mengikut corak pemerintahan khalifah Islam. Bukan macam Umno.

Pas juga telah di endorsed oleh Nik Aziz, mendapat jaminan pahala hanya dengan memangkah kertas undi. Pas juga diakui kehebatannya oleh kafir DAP sebagai parti yang membawa ke sorga. Ini semua kehebatan Pas yang tiada pada Umno.

Jadi apa motifnya Nik Aziz yang bertaraf "wali selipar" itu mahu duduk semeja membincangkan soal agama dengan Umno? Apakah "priviledge" sorga kerajaan langit Pas mahu dikongsi bersama dengan Umno? Apakah Pok Nik telah mendapat "wahyu" supaya berdakwah untuk menjadikan Umno parti Islam tulen seperti Pas ?

Banyak persoalan yang timbul. Bukan kerana menolak "niat suci" Pok Nik untuk bermuzakarah, tetapi meragui kesahihan pemikiran "wali selipar" yang gemar makan "kek" ini. Maklumlah, dia kan dah nyanyuk.

Walau bagai manapun, diharap Pok Nik konsisten dengan apa yang dicadangkannya. Jangan lepas ni dia "flip-flop" macam mantan perdana menteri Tun Lah dulu.

Harap-harap apa yang muncul didalam fikiran Nik Aziz kali ini adalah merupakan hidayah dari Allah SWT semata-mata.

Bukannya akibat dari tersampuk penyakit sawan "MOKHTAR" sewaktu mengiringi si penggemar jubur pada hari pertama perbicaraan.



Saya cuma nak kata begini:

1. Sudah tak ada ke Syaitan dan Iblis yang nak bersahabat dengan Nik Aziz dan Pas? Kerana sebelum ini Nik Aziz pernah cakap beliau lebih sanggup berkerjasama dengan Syaitan dan Iblis dari dengan UMNO. Mungkin tok guru ini sudah lupa sebab dah nyanyuk. Cuba buka serban tu dan kita boleh tengok panjang mana tanduk yang sudah tumbuh?

2. Perpaduan Melayu bukan bererti bersatu diantara Umno dengan Pas. Melayu masih boleh bersatu didalam badan bebas seperti pertubuhan Pribumi Perkasa yang tidak cenderung kepada ideologi mana-mana parti politik.

3. Saya mencurigai niat tersebut sama ada; 1. Jerat untuk memerangkap Umno, 2. Ingin bergantung kepada Umno setelah mendapati PKR bukan rakan kongsi yang baik, 3. Ini hanyalah pendapat peribadinya kerana kepentingan peribadi juga dan bukanlah kehendak Pas secara keseluruhannya. (Ini tidak wajar kerana Nik Aziz bukan Pas dan Pas bukan Nik Aziz, Pas bukan Parti Aziz Sekeluarga)

10 comments:

Pemerhati said...

Tindakan TGNA sedemikian rupa kerana dia tahu bhw Anwar kali ini akan didapati bersalah dan dipenjarakan. PKR akan bungkus dan PR akan berkecai.
PAS tahu dia tak mungkin boleh hidup bersendirian dan menangi hati rakyat di PRU13 nanti terutamanya orang Melayu yg rata2 dah nampak kerakusan TGNA sekeluarga membalun duit rakyat.
Mungkin juga PAS telah lihat dan mula sedar yg mereka ditunggang oleh DAP yg akan menghancurkan orang Melayu dan seterusnya Islam.

Anonymous said...

Jangan layan niat nak kona baring N Ajis tu,kalau orang bijak akan tahu niat disebalik ajakan itu.....hanya nak jaga ego dan cuba cover kebodohan dia saja dek termalu akibat masalah rasuah dalam keluarga tak selesai lagi...malu dek kurang bijak membuat firasat/ pendirian tentang Anwar lbrahim,malu bila merasa dia sudah tak dihormati oleh rakyat yg waras fikirannya,dan macam macam lagilah tentang kekeliruan wataknya...!

Anonymous said...

Salam.
Pengalaman lepas telah mengajar kita utk berhati-hati. Disebalik imej ulama dan seorang tok guru, jangan lupa Nik Aziz ialah seorang ahli politik yg tidak sunyi dgn tipu muslihatnya. Jika benar dan niatnya ikhlas demi keutuhan dan perpaduan islam, cadangan Nik Aziz itu harus disambut baik. Tapi jika sebaliknya, lupakan saja.
Pada kebiasaannya Nik Aziz akan tukar fikiran dan pendirian pada saat-saat apabila keadaan akan menguntungkannya atau sebaliknya. Akhir sekali UMNO juga akan dipersalahkannya dan UMNO juga akan dilihat bersalah, kejam, penipu dan macam-macam persepsi buruk oleh mereka.
Jadi, jangan sekali-sekali terpedaya dan tertipu oleh kata-kata dari mulut Nik Aziz ini. Teruskan usaha "lawan tetap lawan".

AbgTuah said...

..NIK AZIZ SEBENARNYA CUBA HENDAK MENGALIH PERHATIAN IAITU MENDIVERSIKAN ISU PANAS SEMASA..

DENGAN MENGELUAKAN KENYATAAN YANG LEMBUT MENCADANGKAN AGAR UMNO-PAS BERBINCANG DAN BERPAKAT TENTU PADA SANGKAANNYA DAPAT MENGALIHKAN ATAU MENGURANGKAN PERHATIAN TERHADAP ISU YANG SEDANG PANAS MENGELEGAK SEKARANG INI.

ISU PANAS MENGELEGAK YANG PENULIS MADSUDKAN ADALAH PEMBICARAAN KES SODOMI II DAN KES HILANG KEPERCAYAAN KEPADA KEPIMPINAN KM PULAU PINANG LIM GUAN ENG YANG DIDAKWA DIKTATOR.

PADA NIK AZIZ JIKA ISU KEONARAN DAN KEDIKTATORAN SEKUTUNYA INI TERUS DIBIARKAN BERMAIN DI MUKA-MUKA DEPAN AKHBAR, DIPAPARAN-PAPARAN MEDIA DAN BLOG-BLOG MAKA LAMA-KELAMAAN SOKONGAN RAKYAT KEPADA PR DAN PAS PASTI AKAN TERJEJAS TERUK DAN AKHIRNYA AKAN TERHAKIS TERUS.

NIK AZIZ TAHU SELAIN DARI ISU HANGAT TENTANG ANUAR DAN LIM GUAN ENG ADA SATU LAGI ISU YANG PASTI MENARIK MINAT RAMAI DAN BOLEH MENJADI TOP HIT DI PERSADA POLITIK TANAH AIR IALAH ISU KERAJAAN PERPADUAN DAN ISU MUZAKARAH UMNO-PAS.

SEKIRANYA BELIAU BERJAYA MENGALIHKAN PERHATIAN AKHBAR..MEDIA DAN BLOG DARI BERTUMPU KEPADA ISU SODOMI II DAN KEDIKTATORAN LIM GUAN ENG KEPADA ISU MUZAKARAH MAKA IANYA AKAN MEMBERIKAN SEDIKIT RUANG KEPADA PAS UNTUK BERNAFAS KERANA TELAH MULAI LEMAS DAN TERCUNGAP-CUNGGAP DIDALAM KAPAL PAKATAN RAKYAT DILAMBUNG-DIHEMPAS TERUK OLEH BADAI TSUNAMI POLITIK DALAMANNYA.

JIKA NIK AZIZ BENAR-BENAR IKHLAS KENAPA BELIAU TIDAK MENGUSULKAN CADANGAN DUDUK SEMEJA UMNO-PAS BAGI MEMBINCANGKAN DAN MENCARI PENYELESAIKAN SECARA KOLEKTIF DAN KONSTRUKTIF ISU KALIMAH ALLAH KETIKA IANYA SEDANG KRITIKAL LAGI PANAS MEMBARA-BARA TEMPOHARI .

JAWAPANNYA SEMASA ITU PAS BELUM LAGI DALAM KEADAAN BENAR-BENAR NAZAK SEHINGGA MEMAKSA NIK AZIZ MENGELUAKAN KENYATAAN YANG BOLEH DIIBARATKAN MENJILAT KAHAKNYA SENDIRI.

TOKOH SEPERTI NIK AZIZ INI ORANG LAMA YANG AMAT TERROR BERPOLITIK SAIKOLOGI..FAHAM DAN MASAK BENAR AKAN SAIKOLOGI DAN JIWA MELAYU YANG BERKEHENDAKAN PENYATUAN UMMAH. DI ATAS KEFAHAMAN TERSEBUT..MAKA MUDAH BAGINYA UNTUK KEPENTINGAN KEPARTAIAN POLITIKNYA MENARIK ATAU MEHULUR TALI BESAR YANG BERADA DITANGANNYA.

SIAPA TAK INGAT SEMASA TIBA PRU 12..KETIKA ITU NIK AZIZ MENGUNAKAN SENJATA SAIKOLOGI AIR MATA DUYUNGNYA, DIMANA KETIKA ITU GAMBAR AIRMATA DAN SLOGAN PERTAHAKE ISLENYE DISEBARKAN KESELURUHAN KELANTAN BAGI MENAGIH SIMPATI RAKYAT MEMPERTAHANKAN KELANTAN DARI KECUNDANG DITANGAN UMNO.

JADI..TAK MUNGKIN SEORANG AHLI POLITIK PEMBANGKANG YANG TERKENAL DENGAN HATI-BATU YANG SANGGUP MEMBERIKAN KATA DUA KEPADA KEPIMPINAN PAS YANG LAIN JIKA MENERUSKAN ISU KERAJAAN PERPADUAN TIDAK LAMA DAHULU TETIBA CAIR LAGI LEMAH LONGLAI MENCADANGKAN MUZAKARAH-MESYUARAH UMNO-PAS.

PADA PENDAPAT PENULIS, ITU HANYA SELIT-BELIT POLITIK ORANG LAMA. PERCAYALAH APABILA BADAI YANG MELANDA PAKATAN KEMBALI TENANG BELIAU JUGA AKAN KEMBALI BERBISA TENTU UMNO JUGA YANG AKAN DIPATUKNYA SEMULA.

---------

TAPI APA PUN GAMBAR DI ATAS TU MEMANG POWERR...UNTUK HIBURAN HARI-HARI MINGGU..KEH KEH KEH..

bRAVEhEART said...

Salam,
Hai Abg Tuah, ni nak komen ke nak buat cerita hikayat? Kalau panjang2 mcm ni, bila masa nk tamat? Apa pun, terima kasih kerana ziarah harap kita dpt jumpa lagi pada suatu masa nnti.

Anonymous said...

haha..
hidup melayu hidup UMNO...
PAS dan PKR dah susah nak dipercayai sekarang.janji mkan janji.
'I LOVE ISLAM BUT I DONT LIKE PAS'

Arif Omar said...

mokhtar:

pok nik cakap tu salah tu.
terbalik sebenarnya. yang sebenarnya PAS yang dok asyik berbalah dengan umnosejak 590 tahun dulu. bukan sbaliknya. mimpi kot pok nik ni

mokhtar.

cekodokmasin said...

Wow!! Dulu bukan main lagi marah UMNO. Tak rela berbincang apatah lagi untuk tubuh kerajaan perpaduan. Iye lah, masa tu tengah kuat dan harum baunya. La ni sedang sakit semput nak nazak, barule terhegeh-hegeh hidung tak mancung pipi tersorong2. N.Ajis ni macam tau pulak SPRM dah mengetuk pintu, PRU13 mungkin hanyut, menantu dah spoil, etc-etc...

bRAVEhEART said...

Itulah, kalau Agama digunakan untuk keentingan politik. Malangnya adalah rakyat Kelantan dan Pengikut Pas yang tak pernah terbuka mata dan hatinya untuk melihat kebenaran dan mereka sebenar-benarnya percaya bahawa Pas akan membawa mereka ke Syurga, dan mereka percaya bahawa mengundi Pas akan memberi jaminan untuk mereka ke Syurga. Memang bebal.

-PembelaNegara- said...

Buatlah jahat mcm mana pon..dosa2 besar ka apa ka..kalau undi PAS masuk surga..yay!! ape ke bodohnya nik aziz ni?

Dulu ckp jika BN bergabung dengan MIC dan MCA dianggap murtad..skarang nih diorang plak murtad dgn bergabung dgn DAP..pandai betul ye nik aziz nih..mcm taik aku dgr..bodoh..!!! baik mati buang je lagi bagus.. selesai cerita..tutup kess..

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...