19 February, 2010

KONVENSYEN UMNO - TAK PEDULI PAHANG LAGI



PM 1 Malayisa


Selamat ber-konvesyen kepada semua peserta konvensyen Umno Pahang. Selamat datang dan merasmikan konvesyen kepada Dato’ Seri Najib. Namun selalu-selalu ingatkan diri bahawa nanti Dato’ akan dikelilingi dan disambut dengan segala yang manis, yang cantik, yang elok. Segala yang buruk akan disembunyikan, segala yang tak baik akan ditutupi dengan segala macam hipokrasi.

Dato’ juga mesti ingat,bahawa antara yang senyum diwajahnya menyambut Dato’ itu antaranya ada yang masam mencuka didalam hatinya. Antara yang runcing diluar itu ada yang pepat didalamnya. Antara yang menyokong diluarnya ada antaranya yang mendendami didalam hatinya. Dalam segalanya, Dato’ harus melihat didalam ada yang baik itu sentiasa ada yang buruk. Diantara yang jujur itu sentiasa ada yang berpura-pura.



-----------------------------------



Akhirnya saya memutuskan untuk tidak menyertainya dan mengeraskan hati atas nama menghormati prinsip diri sendiri. Walaupun dalam hati terasa sangat ingin untuk membuat bakti terakhir. Demikian rajuknya bila kita tidak dikenali.


Saya imbas kembali kenangan dari perkembangan media sosial negeri Pahang ini dan penglibatan saya dalam penulisan blog.;


Selepas kerajaan tertampar dalam PRU13 lalu yang antaranya kerana peranan penulis-penulis blog maka saya mula menulis blog. Sendirian tanpa adanya bantuan dan kawan-kawan. Bertatih dan melangkah satu demi satu. BPN mempelawa untuk bergabung namun saya menolak memandangkan umur sudah melewati usia wajar untuk bergiat dalam alam siber ini, tetapi saya terus didesak. Dilantik sebagai exco negeri Pahang kerana ketika itu mungkin anggota BPN tiada yang menyerlah dari negeri Pahang.


Apabila ada penggilan untuk pertemuan aktivis media baru di kediaman MB, saya gembira dan menyambutnya dengan baik. Perkenalan dengan sahabat-sahabat yang turut berblog dari generasi pertama blogger Pahang membina satu ikatan yang tidak tertulis diatas kertas namun ianya masih tetap kukuh hingga kini. Kebanggaan berbunga dihati bahawa Pahang sedang mendahului negeri lain melangkah dalam alam media siber ini. Sahabat-sahabat blogger negeri lain sentiasa memuji. Saya menanti hari demi hari adanya perkembangan baru namun saya kecewa kerana pihak berkenaan tidak ingin langsung melangkan kehadapan.


Sebelum pertemuan itu lagi saya sudah bergerak kehadapan. Bukan satu blog yang saya miliki tetapi banyak dan dalam masa sama saya menjadi mentor kepada blogger baru tanpa perasaan bangga ataupun riak. Segalanya dilakukan adalah untuk membawa Umno negeri lebih jauh kehadapan.


Selain dari 'Beranikan Hati', saya juga membina blog aggregator ‘ Gabungan Suara Anak Pahang’ bagi memudahkan pemantauan terhadap perkembangan blog-blog baru di Pahang sama ada pro dan penentang Umno. Suara Prihatin Umno Jerantut, BumiYang (yang kini saya serahkan kepada anak didik dari Muar - sepenuhnya), membina dan mementorkan blog Srikandi Melayu (Kuala Lumpur) dan terbaru khusus sebagai sokongan kepada perkasa, Berani Anak Melayu. Saya juga bertanggung jawab membina Perkasa Pahang. (dan masih ada beberapa blog lain lagi yang harus saya sembunyikan) (Saya sudah menyediakan pelapis untuk mengendalikan blog-blog berkenaan). Banyak lagi blogger-blogger baru lain yang saya beri sokongan walaupun saya hanya seorang blogger haprak, itulah sumbangan saya walaupun tidak setara apa yang UMB lakukan. Justru, kepada pihak UMB, jangan pandang saya hina keterlaluan.


Blogger-blogger UMB Pahang, apa yang dah dilakukan selama ini? Mungkin kena ambil masa lama agaknya untuk menghasilkan sesuata yang besar. Ibaratkan ayam yang nak bertelor besar. Cuma jangan terlalu lama meneran telor dan jangan juga sampai terkoyak jubur. Ibarat pepatah; ukur baju dibadan sendiri @ ukur telur dengan jubur sendiri. Ketua UMB ada nak kata apa? Atau pencacai facebooker UMB-nya masih ada tak puas hati?


Saya kecewa bila UMB ditubuhkan di Pahang namun saya dipinggirkan. Kami dari blogger generasi pertama diketepikan kerana mainan politik(?) orang tertentu. Saya kecewa bukan kerana disingkir tetapi kerana saya tidak dapat berbakti kepada perkembangan media sosial di negeri sendiri. Saya bersuara minta diperhatikan namun tidak diendahkan, dan saya terus bersuara lantang kerana saya sayangkan negeri sendiri. Sahabat-sahabat blogger yang biasa dengan saya tentu faham apa yang saya maksudkan dan apa yang saya perjuangkan.


Saya harus hentikan segala impian saya. Saya harus meminggir dan meninggalkan dunia siber ini. Namun tugas terakhir saya adalah membantu Pemuda Umno Jerantut mengendalikan kursus blog. Selepas ini saya akan tentukan arah saya sendiri. Saya tidak akan berharap pada Pahang lagi. Saya tidak akan peduli Pahang lagi.


Saya cuma kesal, siapakah blogger generasi kedua yang dapat diharapkan? Kerana yang banyak adalah sekadar penempel diruang facebook dan berinteraksi sesama sendiri saja. Tujuan sebenar untuk berpropaganda dan mempengaruhi untuk mendapatkan sokongan umum tidak akan berjaya sama sekali. Tunggulah akibatnya di PRU13 nanti, andainya kita tewas, siapa yang akan bertanggungjawab nanti?


Namun saya harap pihat tertentu akan berubah. Membuka mata dan fikiran mereka dan melakukan ini kerana ianya sebagai tanggungjawab bukan ada kepentingan politik mana-mana pihak. Saya akan nokhtahkannya disini. NOKHTAH

Yang beranihati pun lama-lama jadi sakit hati ~ bRAVEhEART


11 comments:

PUTERI said...

Salam tuan BH,

Apabila membaca catatan tuan BH saya faham akan ketulusan hati tuan utk membantu dan memberi khidmat kepada blogger2 yang masih baru dalam dunia perjuangan siber ini. Namun, itulah adat berjuang, itulah ujian, cuma saya harap tuan BH istiqamahlah, setiap ketukan keyboard itu jika diniatkan untuk kebajikan, maka disitulah nilaiannya di sisi Allah. Biarlah Allah sahaja menilai setiap pekerjaan kita.

Yb Raz said...

sabarlah saudara..setiap perjuangan pasti berat cabaran..

adakah kita perlukan UMB ni sekiranya inginkan perubahan media di pahang?

Adakah tanpa UMB,kita tidak mampu berbuat apa apa?

saya rasa PDO pun tidak mendapat bantuan secara terus dari pas..

jadi tak perlulah kita harapkan UMB..kita buatlah kerja kita..biarkan UMB terus bermimpi..

sayapun tak tahu dimana blog UMB pahang..

Anonymous said...

ni cabaran atau cari fulus,mcm kena kencing olih geng sendiri je kahkahkahkah.

TAIPINGMALI (TM) said...

Tak apa lah bro, kita kena kuat dan berusaha. Penting bagi kita ialah pelanggan kita, itu yang merindui tulisan kita. Baik dari pihak pembangkang, penyokong dan atas pagar. Mungkin krisis blogger Pahang dapat diselesaikan dengan mudah. berbincang untuk atasi measalah.

sHOGUn said...

Salam semua, abg bh kata di nk mendiamkan diri seketika. Puteri, dia arahkan saya masukkan blog puteri dlm gabungan suara anak Pahang dn dh diusahakan. BH kata dia tk sedia dn tk kecewa, cuma rasa usahanya sia-sia. Adik-adik dia yg ramai2 tu akan tenangkan hati dia.

Anonymous said...

Salam BH,

Tak kan begitu, apa nak kira orong tak menghargai pun BH tetap BH kan.Jangan merajuk dan sesal terutama BH kata dah berusia, tentu sangat wise, apa lh sangat hal dunia dan NPDM makmur ini.

Luahan BH ini sedikit sebanyak membenarkan posting SakmongkolAK 47 mengenai situasi dan keadaan NPDM. Tengok saja NPDM darisegi sosio ekonomi nya, atas sikit dari negeri perlis kok.

BH teruskan berjuang dan menulis, asalkan tulisan benar dari fakta bukan dari hearsay, tidak wujud unsur fitnah dan mengaibkan. Story line nya di verifikasikan.

Walaupun BH perasan tidak dihargai dan usaha bh nampak di sia-siakan, BH tetap BH kan. Terus berjuang dan membantu generasi baru.

Bab kata pejungga " kalau menyeberang jalan lupakan pengkalan atau jeti ". Makna kena revisit, mungkin ada benda BH tulis melukakan hati UMB atau orang lain. Itu kan lumrah kehidupan dan sifat homo sapien yang punya hati, akal dan nafsu.

Bh berjuang terus berjuang.

TQ and Solly.

Anonymous said...

Salam tuan,

Biasalah anak muda yang byk komen pedapat sendiri dan tanpa berfikir panjang, seperti beruk dapat bunga. ramai generasi skrg tidak tahu hormat, mereka hanya tau hormat apabila orang tertentu adalah somebody,mulalah yg busuk pun kata wangi, tak nampak silap langsung.
ramai juga yang ingat dapat rapat dgn somebody seolah dunia ni dia yg punya. bangga diri, cakap lepas..konon generasi baru berani kerana benar, ckp lepas kerana terus terang..tak jaga langsung adat bangsa melayu, mahu lelaki atau perempuan..ramai yg bergitu. mereka tidak faham apa itu low profile, mana tidak skrg rahsia negara, rahsia parti diheboh, dapat tahu sikit, kecoh satu dunia, nak tunjuk pada orang lain, mereka lah orang pertama dpt info, how close mereka dgn menteri tertentu..kesudahan tergandai negara sb mulut tak tau nak diam.kalau orang lain tegur tau nak marah, mereka ni hanya nampak silap org lain, silap sendiri tidak pernah nak kaji. bagi saya, tuan tak perlulah kerana golongan ni dan hentikan perjuangan.Klaau tuan ada di pihak yg benar..perdulikan je..teruskan perjuangan...1-2 org yg tak suka..maybe ramai lagi yg sokong...jgn putus asa dan kecewa krn mereka.

oyabun said...

Salam bro BH...

Kawan faham apa yang BH alami sekarang kerana perkara yang sama berlaku pada kawan. Biasalah blogger jalanan macam kita, tiada siapa yang mandang. Kita dah bergerak lama dan insyaAllah kita teruskan usaha murni kita ini tanpa mengharapkan sebarang balasan!

Kalau kita lihat ketika ini, sebahagian pemimpin di peringkat tertinggi UMNO sedang gigih menyingsing lengan untuk memastikan parti itu terus relevan sementara menantikan semboyan PRU Ke-13 ditiupkan.

Persoalannya, bagaimana pula dengan ahli-ahli UMNO di akar umbi? Adakah mereka telah bersiap sedia untuk menyahut cabaran menjelang pilihan raya umum akan datang.

Realitinya, masih wujud dalam kalangan ahli-ahli UMNO yang 'tidur' dan hanya bertepuk tangan melihat gelagat yang berlaku dalam pakatan pembangkang.

Jika tidak, masakan terdapat ribuan lagi ahli UMNO berumur 21 tahun ke atas dikesan belum mendaftarkan diri sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ambil contoh di Pahang sahaja, kira-kira 36,000 ahli UMNO dikesan belum mendaftarkan diri sebagai pemilih. Masalah sama dipercayai turut berlaku di negeri-negeri lain.

Justeru, Konvensyen UMNO peringkat negeri Pahang yang dirasmikan YAB Dato' Seri Mohd.Najib selaku Presiden parti di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Jengka semalam perlu dijadikan platform buat ahli-ahli parti itu untuk membuat persiapan lebih rapi dalam menghadapi PRU Ke-13.

Meskipun mencapai kemenangan selesa pada PRU Ke-12 apabila hanya lima daripada lebih 50 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) jatuh ke tangan pembangkang, pemimpin dan ahli UMNO Pahang perlu bermuhasabah terhadap kekuatan yang dimiliki jika masih ada 36,000 ahlinya belum berdaftar sebagai pemilih.

Menurut Pengerusi Biro Daftar Pemilih UMNO Negeri Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail, dalam Parlimen Kuala Krau sahaja, seramai 2,637 ahli UMNO dikesan masih tidak berdaftar sebagai pemilih manakala lebih 1,000 ahli parti itu tidak berbuat demikian di Parlimen Rompin.

''Di Maran, kita mengesan kira-kira 3,000 ahli UMNO yang tidak berdaftar sebagai pengundi," katanya.

Menurutnya, antara faktor ahli UMNO tidak mendaftar adalah kerana berasa selesa dan yakin BN Pahang mampu mengulangi kemenangan besar dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengarah SPR negeri, Ismail Mohd. Yusof pula mengklasifikasikan bahawa Pas merupakan parti paling aktif mendaftar ahlinya sebagai pemilih berdaftar apabila seramai 1,437 orang didaftarkan berbanding komponen BN iaitu MCA, Gerakan dan MIC yang tidak serius menjalankan gerak kerja itu.

'Bayangkan sepanjang tahun lalu, MIC hanya mendaftarkan lima orang ahlinya sebagai pengundi,'' katanya.

Menurut rekod Jabatan Pendaftaran Negara ujar Ismail, seramai 815,707 penduduk Pahang layak mengundi sebagai pemilih dalam pilihan raya akan datang tetapi seramai 200,489 orang masih belum berbuat demikian.

''Hasil gerakan bersepadu dengan parti-parti politik kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO), seramai 615,218 orang berjaya didaftarkan sebagai pemilih sepanjang tahun lalu," katanya.

Justeru, angka tersebut perlu diberi perhatian serius dalam konvensyen tiga hari yang ditutup tirainya oleh Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad ini.

Kehadiran dua pemimpin tertinggi UMNO iaitu Najib dan Muhyiddin di tanah rancangan itu sebenarnya membawa mesej yang cukup besar bahawa Pahang perlu terus dijadikan 'simpanan tetap' UMNO dalam pilihan raya akan datang.

Ia bertepatan dengan resolusi PKR yang berhajat untuk menawan sebuah lagi negeri kelahiran Perdana Menteri selepas Kedah dan Pulau Pinang.

Menariknya, resolusi itu dicapai dalam Konvensyen PKR Pahang yang dirasmikan Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuantan pada 13 Januari lalu.

bersambung...

oyabun said...

sambungan..

Bertunjangkan resolusi itu, PKR akan menggerakkan segala kekuatannya untuk menyelinap masuk ke tanah-tanah rancangan bagi mempengaruhi pemikiran golongan peneroka terutama yang tidak berpuas hati dengan pengurusan Felda.

Pastinya, Felda Wilayah Jengka menjadi sasaran pembangkang berikutan ia merupakan tanah rancangan terbesar di Pahang, hatta di negara ini.

Keyakinan Anwar bertambah meluap apabila keputusan PRU Ke-12 lalu menyaksikan calon BN, Wan Salman Wan Ismail hanya menang dengan majoriti 596 undi ketika menewaskan calon Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pakatan pembangkang melihat laluan untuk menawan peneroka di Jengka semakin mudah selepas dua pemimpin Pas di kawasan itu, Tuan Ibrahim dan Nasruddin Hassan masing-masing dipilih sebagai Naib Presiden dan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat pada pemilihan parti itu tahun lalu.

Di bandar-bandar utama terutama Kuantan dan Indera Mahkota, pakatan pembangkang berasa amat yakin untuk mengekalkan status quo mereka di kedua-dua Parlimen tersebut kerana beranggapan pengundi bukan Melayu akan terus menyokong mereka.

Di sini letaknya cabaran UMNO negeri untuk menawan semula kedua-dua Parlimen tersebut dengan mengembalikan keyakinan bukan Melayu kepada BN.

Sehubungan itu, UMNO Pahang yang diterajui Pengerusi Perhubungannya, Datuk Seri Adnan Yaakob perlu lebih mempersiapkan diri dengan mengikis sikap terlebih yakin (over confident) menjelang PRU Ke-13 nanti.

UMNO Pahang perlu pantas menangani segala isu berkaitan peneroka sebelum ia dimanipulasi pembangkang.

Kerja-kerja ini bukan mudah apatah lagi wujudnya sebuah persatuan yang dikenali sebagai Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang dikatakan didalangi pembangkang sentiasa menjadi 'duri dalam daging' dalam kalangan peneroka.

Menyedari hakikat itu, Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, pihaknya sentiasa bersiap sedia berdepan dengan segala ancaman yang bakal diberikan oleh pembangkang.

Beliau tidak menafikan Felda Wilayah Jengka yang terletak dalam Parlimen Kuala Krau sentiasa diberi tekanan oleh pembangkang berikutan wujudnya pemimpin Pas bertaraf 'jeneral' di kawasan terbabit.

''Secara umumnya, kita sentiasa mendekati peneroka dengan mencari jalan supaya segala masalah mereka dapat diatasi secepat mungkin," jelasnya.

Antara isu yang sering dijadikan modal pembangkang di kawasan berkenaan, katanya, adalah isu perumahan bagi generasi kedua.

Walaupun pelbagai pendekatan diambil termasuk menyediakan banyak rumah bagi generasi terbabit, beliau kesal masih ada peneroka yang termakan dengan dakyah pembangkang.

Apa pun, Konvensyen UMNO peringkat negeri Pahang itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh ahli-ahli parti supaya tiada ruang bagi pembangkang untuk menawan satu lagi negeri yang melahirkan dua Perdana Menteri di negara ini.

Sudah semestinya kita tidak mahu melihat Pahang senasib dengan Kedah dan Pulau Pinang selepas PRU Ke-13 nanti. Jadi disini saya melihat apakah peranan yang bakal di mainkan oleh blogger UMB dan juga blogger2 pro-kerajaan dalam membantu jentera gerakan UMNO Pahang bagi mendaftarkan 36,000 ahli2 UMNO yang masih belum menjadi pemilih. Dan bukan ini sahaja malah bagaimana untuk menarik pengundi2 muda yang belum menjadi ahli UMNO. Wallahuallam.

Salam perjuangan

Anonymous said...

Salam.
Saya nak bertanya UMNO dah berubah ke? Adakah penyakit UMNO sebenar dah dihapuskan? Adakah selama ini seruan pemimpin atasan UMNO utk berubah itu hanya satu retorik saja? Adakah perubahan yg diinginkan itu telah sampai ke akar umbi diperingkat ahli cawangan? Adakah UMNO masih dilihat sbg sebuah parti yg suka berpuak-puak, cantas mencantas, sebuah parti utk mencari projek-projek kerajaan, sebuah parti utk mencari kekayaan, dan sebuah parti yg ego dan elitis yg tidak mahu mendengar pandangan dari akar umbi? adakah UMNO masih lagi dipimpin oleh mereka-mereka yg mempunyai agenda peribadi dan berselindung disebalik kesetiaan pada parti? Bila kita tanya pada pemimpin diperingkat bahagian, jawapannya mungkin "semua beres Dato' Sri" tapi lain pula ceritanya bila kita tanya pada ahli-ahli dipeingkat akar umbi yg terperusuk jauh dikampong-kampong. Juga pada ahli-ahli veteran dan orang lama yg telah berjuang dgn jujur dan ikhlas yg telah disisih dan yg telah dilupakan..Apa jawapan mereka agaknya. Kalau mereka tak nak jawab atau malas nak jawab atau tak kosa nak jawab atau last sekali, lantak awok me lah...
Yg berada di bahagian bukan main gah lagi. Berpakaian melayu lengkap dgn songkok dan sampingnya. Bagi wanita/puteri pulak lengkap dgn tudung berlitup. mereka ini berduyun beramai-ramai berjalan megah berlagak dgn tag memenuhi dewan. Tapi, ikhlas ke mereka semua ni? jujur ke mereka ini utk berkhidmat dan berjuang utk parti? atau mereka ini datang beramai-ramai utk berpesta bercuti dan utk bermegah berlagak. Dlm brief case mungkin terselit satu dua profile syarikat utk meminta projek kerajaan yg dibawa sekali supaya boleh diminitkan oleh yg YAB Dato' Sri..
Inilah dia kelakuan atau pe'el orang UMNO. Tak tahulah kawan, sejak jadi ahli UMNO pada tahun 1978 kawan lihat orang UMNO yg dipilih menjadi ketua cawangan, ketua bahagian, ajk bahagian, deme ni semuanya sama saja tak pernah nak berubah...

afzainizam said...

Salam Maulidur Rasul dari kami:
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Ziarah kami ke blog entry anda tanpa di undang...
Moga dengan cara ini kami dapat mengiratkan silaturahim kita bernama insan...

Salallahu ala Muhammad
Salallahu alaihi wassalam

Selawat ke atas-Mu Nabi
Sejahtera ke atas-Mu Rasul

Akhlak yang terpuji
Kau contoh yang tertinggi
al Quran dan Hadith
Itu peninggalan mu
Rasulullah..
Kami menyintai mu

Sungguh mulianya pekertimu
Sinar bercahaya di wajahmu
Kaulah Nabi kekasih Allah
Kau jadi insan pilihan

Demi umat rela berkorban
Jiwa dan raga kau taruhkan
Demi Tuhan kau tempuhi
Dugaan dan cabaran

Ya Rasulullah
Tika mula kau menerima wahyu
Hatimu resah tiada menentu
Khadijah mengukir kata-kata
Bahwa kau Rasul buat seluruh umat
(Bahwa kau Nabi buat seluruh umat)

Bila kau hampir memejamkan mata
Lidahmu basah menyebut ummati
Kasih sayangmu tak bisa digambar
Hanya selawat pengikat kasih

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...