25 May, 2010

CELAKA - ANAK SAMY VELLU TUDUH UMNO PUNCA MASALAH DALAM MIC



S. Vell Paari, anak Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menuduh UMNO menggunakan 'pembunuhan politik' (political assassin) untuk memecahbelahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

Sambil merujuk kepada desas-desus mengenai kewujudan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) mendapat restu daripada pemimpin tertinggi UMNO, Vell Paari yang juga Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC menyelar UMNO kerana memulakan satu tindakan yang berbahaya.

''Adalah sesuatu yang berbahaya jika 'orang luar' terlibat (dalam urusan parti komponen). Lupakan dahulu bahawa bapa saya adalah Presiden MIC dan lihat isu ini dari perspektif demokrasi. Beliau dipilih oleh ketua-ketua bahagian.

''Jadi, apabila ada pemimpin yang tidak setuju dengan kuasa yang diberikan itu, adakah mereka menggunakan 'pembunuh politik' untuk menjatuhkan beliau?

''Apabila anda tidak gembira (dengan keadaan itu) anda gunakan orang dalam parti untuk melakukan perkara itu. Ia melemahkan asas demokrasi dan semangat BN serta keputusan ahli-ahli parti berhubung pemimpin yang mereka pilih,'' katanya. Beliau berkata demikian dalam wawancara dengan laman web Free Malaysia Today di sini hari ini.

Pada minggu lepas, bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan menubuhkan GAS yang akan dilancarkan pada 30 Mei ini selepas dipecat daripada parti berikutan desakannya supaya Samy Vellu segera berundur.

Pelancaran GAS dijangka dihadiri kira-kira 7,000 orang yang mempunyai hasrat sama mendesak Presiden MIC itu segera meletak jawatan. Vell Paari turut mempersoalkan adakah benar tindakan masyarakat Cina dan India tidak memilih BN dalam pilihan raya umum lalu disebabkan kepimpinan MIC dan MCA.

''Ia tiada kena-mengena dengan soal kepimpinan dua parti ini (MIC dan MCA). Ketidaksamarataan yang berlaku hari ini merupakan penyebab kepada perkara itu,'' katanya. Dengan menggunakan metafora BN sebagai sebuah bas, Vell Paari berkata, parti-parti komponen hanya penumpang dalam bas yang dipandu oleh UMNO itu.

''Parti-parti komponen hanya penumpang. Bas itu dipandu oleh UMNO,'' katanya yang membayangkan tindak-tanduk dan polisi UMNO menjadi punca masalah berkenaan. Beliau turut mendakwa antara sebab utama BN kehilangan undi kaum India pada pilihan raya umum lepas adalah berikutan tindakan meruntuh kuil, isu menarik kembali lesen pengedar besi buruk dan penahanan pemimpin Hindraf.

Menurutnya, semua perkara itu bukan dilakukan oleh bapanya, namun Presiden MIC tersebut dipersalahkan atas kehilangan sokongan kaum India untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar.

Beliau menyeru semua ahli MIC dan masyarakat India supaya 'membuka mata' mereka terhadap perkara berkenaan kerana jika dibiarkan pada masa hadapan pemimpin parti-parti komponen akan menjadi 'kad menu' UMNO yang akan menentukan siapa yang patut menjadi presiden, timbalan presiden dan sebagainya.

Dalam pada itu beliau memberitahu, Timbalan Presiden, G. Palanivel akan mengambil alih jawatan presiden daripada Samy Vellu apabila bapanya meletak jawatan nanti.

Sementara itu : Muhyiddin anggap kenyataan anak Samy Vellu biadap

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan anak Presiden MIC, Vell Paari menuduh UMNO menggunakan pembunuhan politik untuk memecah-belahkan parti komponen Barisan Nasional (BN), sebagai biadap dan tidak bertanggungjawab.

Timbalan Pengerusi BN itu menegaskan, BN dan parti-parti komponennya terutama UMNO tidak terlibat sama sekali dalam sebarang usaha yang menimbulkan masalah dalam MIC. "Saya hendak menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu kerana kita, lebih-lebih UMNO tidak pernah terlibat dalam perkara seperti itu.

"Ini adalah (tuduhan) tidak adil, biadap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan masjli ramah mesra warga pendidik dan guru-guru Muar di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini.

(Dari blog Penang Wasabi)

BH Cuma nak kata;

Kaum India di Malaysia sudah melampau dan Samy Vellu adalah pembawa celaka kepada MIC dan BN sendiri selama ini. Jika beliau prihatin terhadap kaum India, dia sudah lama mengundur diri kerana kaum India sudah tidak lagi ingin berketuakannya. Vell Pari juga membawa mulut celakanya, tidak kah dia sedar bahawa UMNO walaupun boleh meletakkan calon Melayu di Hulu Selangor namun masih meletakkan calon MIC kerana semangat BN. MCA dan MIC seharusnya berhenti dari berkata-kata yang mencelakakan mereka sendiri nanti. Terdahulu MCA salahkan Perkasa atas kekalahan BN di Sibu. (Klik)


1 comment:

Anonymous said...

Bak kata pepatah; KALAU TERJUMPA KELING DENGAN ULAR.... AMBIK KAYU
PUKUL KELING TU DULU...

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...